Header Ads

  • Semasa

    “Saya Ada 10 Anak, Namun Hanya Seorang Saja ‘Ponteng’,” Luah Isteri Allahyarham TGNA

    “Saya Ada 10 Anak, Namun Hanya Seorang Saja ‘Ponteng’,” Luah Isteri Allahyarham TGNA. “SAYA mempunyai 10 anak, namun hanya seorang saja ‘ponteng’,” kata Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak iaitu isteri Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, ketika tampil berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, hari ini.


    “Saya Ada 10 Anak, Namun Hanya Seorang Saja ‘Ponteng’,” Luah Isteri Allahyarham TGNA


    Tuan Sabariah yang memakai baju dan tudung serba biru itu gagal menahan kesedihan dan menangis selepas memaklumkan Allah menduganya begitu kuat kali ini, namun beliau kekal dengan PAS.

    Ucapan Tuan Sabariah itu dibuat secara siaran langsung menerusi Facebook Dewan Muslimat PAS Pengkalan Chepa ditonton lebih 6,200 pelayar Facebook.

    Tuan Sabariah berkata, sehingga kini beliau berpegang kepada pesanan Allahyarham suaminya iaitu tiada parti lain yang lebih baik melainkan PAS saja dan tidak sesekali beralih arah walaupun ada pihak memujuk.

    “Saya bukan datang untuk ceramah, namun diminta bercakap menyebabkan saya gugup kerana selalunya hanya bercakap di rumah.

    “Pilihan raya bakal tiba tidak lama lagi, saya rasa biarlah kita kekal dengan apa yang Allahyarham tok guru tinggal selama ini. Sekarang, memang ramai mengaku parti Islam untuk tarik undi.

    “Baru-baru ini, orang ramai kata keluarga saya berpecah. Apapun, saya mempunyai 10 anak, namun hanya seorang saja yang ‘ponteng’,” katanya menerusi Facebook berkenaan.

    Katanya, DUN Chempaka adalah kawasan yang tidak asing lagi dengan Allahyarham Nik Aziz, dan beliau berharap pengundi terus menyokong PAS.

    Anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan Nik Omar tampil membuat kejutan apabila hadir di pusat penamaan calon pada Sabtu lalu untuk bertanding tiket PKR di DUN Chempaka.

    Nik Omar sebelum ini memaklumkan tidak akan bertanding di kerusi berkenaan kerana tidak mendapat restu ibunya, selain mengelak berlaku perbalahan adik-beradik. - myMetro

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad