Header Ads

  • Semasa

    PAS Kelantan Tak Terkejut

    PAS Kelantan Tak Terkejut. PAS Kelantan tidak terkejut dan sudah menjangka penyertaan Nik Omar Nik Aziz dengan pakatan pembangkang. Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, penyertaan Nik Omar untuk bertanding di bawah parti lain bukan kejutan kerana ia sudah disebut beberapa kali oleh kepemimpinan Parti Amanah Negara (PAN).

    PAS Kelantan Tak Terkejut


    “Pandangan dia juga selepas balik dari Mesir sebelum ini juga sering berbeza dan bertentangan dengan PAS. Perbezaan ini sudah lama cuma hari ini dizahirkan dengan pertandingan.

    “Itu mungkin antara sebab arwah Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat) nasihat dia fokus kepada bidang pendidikan,” katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan, Pengkalan Chepa, hari ini.

    ADVERTISING

    Terdahulu, Nik Omar, 53, membuat kejutan apabila tiba di Pusat Penamaan Calon pada jam 9 pagi mengemukakan borang pencalonan bertanding di DUN Chempaka di bawah tiket PKR.

    Menurutnya, penyertaan Nik Omar di bawah tiket PKR tidak akan menjejaskan undi PAS.

    “Daripada segi politik, Barisan Nasional ( BN) serta PAS lebih dominan di sini dan pengundi akan beri sokongan kepada parti. Kalau dia tidak bertanding di bawah PAS sukar untuknya menang.

    “Saya yakin penyertaan Nik Omar itu tidak jejaskan akar umbi dan undi PAS malah dalam parti dia juga boleh dikatakan tidak popular berbanding adiknya Nik Abduh,” katanya.

    Mengulas lanjut, penyertaan Nik Omar dengan pakatan pembangkang itu mengugurkan keahlian PASnya.

    Ditanya mengenai perubahan kerusi Nik Abduh ke Parlimen Bachok, Mohd Amar berkata, ia bukan untuk mengelak dari bertembung dengan abangnya.

    “Langkah itu adalah strategi dan taktik politik PAS untuk memenangi kerusi Parlimen Bachok,” katanya. - myMetro

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad