Header Ads

  • Semasa

    Misteri penemuan mayat wanita bertudung akhirnya terbongkar.

    Misteri penemuan mayat wanita bertudung akhirnya terbongkar. Penahanan dua lelaki warganegara Myanmar, di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh mereka dalam kejadian di sebuah bengkel membaiki lori di Jalan Sri Purnama, Kampung Sri Purnama di sini, malam semalam.



    Misteri penemuan mayat wanita bertudung akhirnya terbongkar


    Lebih malang, dua lelaki yang ditahan berkenaan juga adalah pekerja kepada wanita yang ditemui mati berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 7.30 petang oleh seorang pengadu yang memberitahu majikannya telah hilang.

    Menurutnya, bertindak atas maklumat berkenaan, polis kemudiannya pergi ke kawasan tersebut sebelum melakukan siasatan yang membawa kepada tangkapan dua warga asing berusia 39 dan 20 tahun.

    “Dua suspek terbabit ditahan selepas polis menjalankan siasatan di kawasan berkenaan. Kami kemudiannya menjumpai mayat mangsa di bawah sebuah rumah kontena dalam kawasan tersebut kira-kira jam 9.30 malam selepas dipandu arah oleh tangkapan.

    “Suspek direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut. Polis juga kini sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad