Header Ads

  • Semasa

    Empat Bekas Pelajar Kolej Dihukum Mati

    Empat Bekas Pelajar Kolej Dihukum Mati|Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas empat bekas pelajar kolej kerana membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena Omar Peter pada 2012.

     

    Mereka ialah Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 26; Mohamad Sharafe Matt Noh, 25; Azizi Aizat Ibrahim, 26 dan Mohamad Safwan Muhamad, 26. Panel lima anggota mahkamah diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif juga mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas Mohamad Zul Shahril Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat kerana membunuh bapa pensyarah tersebut, Omar Peter Abdullah.

    Empat Bekas Pelajar Kolej Dihukum Mati

    Hakim Raus memutuskan keterangan terhadap keempat-empat mereka mencukupi untuk mensabitkan. Mahkamah yang juga disidangi Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Sri Balia Yusof Wahi dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dengan sebulat suara menolak rayuan akhir oleh kempat-empat mereka.

    Mohamad Zul, Shahril, Mohamad Sharafe, Azizi Aizat dan Mohamad Safwan yang menuntut di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics dihukum gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi mendapati mereka bersalah membunuh Zara Eleena, 23, yang mengajar bahasa Inggeris di kolej itu antara jam 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.

    Mohamad Zul, Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat juga disabitkan kerana membunuh bapa pensyarah, Omar Peter Abdullah, 56, pesara sebuah syarikat kewangan antara jam 11.30 malam, 8 Mac 2012, dan 1.30 pagi hari berikutnya. Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di No 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong.

    Mahkamah Tinggi pada 2014 telah membebaskan Mohamad Safwan tanpa memanggilnya membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan bapanya.

    Pada 30 Julai, 2015, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan membebaskan Mohamad Safwan atas tuduhan membunuh Omar Peter, tetapi mengarahkannya membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan dia kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.

    Sabitan dan hukuman mati ke atas keempat-empat mereka kemudian dikekalkan Mahkamah Rayuan. Sementara itu, pihak pendakwaan tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan membebaskan Mohamad Safwan kerana didakwa membunuh Omar Peter.

    Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohamad Sharafe berhujah terdapat banyak percanggahan dalam keterangan saksi pihak pendakwaan Fadhil Rusdan Rahman, yang Mahkamah Tinggi tidak mempertimbangkan. Saksi adalah seorang rakan sejenayah tetapi menjadi saksi pihak pendakwaan.

    Beliau berkata, Mahkamah Tinggi sepatutnya mempertimbangkan keterangan saksi itu di peringkat prima facie tetapi Mahkamah Tinggi hanya membuat pertimbangan selepas tertuduh dipanggil membela diri.

    Peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Muhamad Safwan berhujah, bahawa jika Hakim Mahkamah Tinggi percaya keterangan Fadhil Rusdan, maka mahkamah harus membebaskan anak guamnya kerana saksi tersebut telah memberi keterangan bahawa Muhamad Safwan tidak terlibat dalam pembunuhan.

    Timbalan pendakwa raya Nurul Huda Noraini Mohamed Noor Noor berhujah bahawa Mahkamah Tinggi telah menilai keterangan Fadhil Rusdan secara keseluruhan dan mendapati dia saksi yang boleh percaya. Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahmud mewakili Mohamad Zul Shahril sementara peguam Shamsul Sulaiman mewakili Azizi Aizat.

    1 ulasan:

    1. Suami saya dan saya mempunyai kredit yang sangat buruk apabila kita mendalam kepada ahli hukum kewangan sehingga sejauh mana kita memohon kebankrapan, kita mempunyai sedikit atau tidak ada wang untuk menghantar anak perempuan kita ke emily ke kolej yang kita tidak mampu. Kami mengawal pinjaman gaji (syarikat pinjaman), yang telah membantu orang seperti kita, mendapat perubahan gadai janji. Setiap syarikat yang dihubungi kami mahu bayaran sebelumnya $ 1,000 hingga $ 2,000 yang kami tidak mampu. Kerana kami fikir kami tidak mempunyai harapan memilih untuk menjual atau kehilangan rumah anda dengan menutupnya. Kemudian saya berjumpa dengan majalah tempatan dan penutupnya ialah Perbadanan Ikatan Pinjaman. Tiga langkah utama; 1. Anda menghantar permohonan elektronik. E-mel: albakerloanfirm@gmail.com 2. Sediakan cara pengenalpastian yang betul sama ada warga negara anda memegang kad pengenalan atau lesen memandu dan maklumat akaun bank anda. 3. Pinjaman diproses, diluluskan dan dihantar. Cerita panjang dipendekkan, mereka membantu mendapatkan pinjaman pada kadar tetap 4% dan diubahsuai dengan pembayaran yang disemak semula. Mereka juga memberikan pinjaman anak-anak perempuan mereka untuk menyelesaikan gaji penuh kolej saya. Kami bekerja dengan pinjaman Lasson, yang memberi amaran kepada kami tentang kemajuan seluruh dunia. dia melakukan semua dokumen, panggilan telefon, dll. Mereka melakukan semuanya dan kami mendapat pinjaman yang kami terima. Apabila saya bersetuju dengan terma pinjaman mereka dan saya menyerahkan butiran bank saya, saya membayar harga yang berpatutan untuk perkhidmatan ini. Kita tidak akan mampu untuk mendapatkannya semudah dan berpatutan kerana melalui proses transformasi mereka dengan pengetahuan kita. Saya tidak mempunyai masa untuk mengucapkan terima kasih, jadi TERIMA KASIH! Saya tidak dapat meminta pasukan yang lebih baik. Saya dikemas kini dengan pembiayaan semula. Terbaik untuk anda, gadai janji bergerak Jika anda mempunyai masalah seperti kami, hubungi syarikat penyelesaian pinjaman. Mereka boleh bekerja. Yang ikhlas, Timothy dan Maria mengadopsi pada 17,2018 di Columbus, GA

      BalasPadam

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad