Header Ads

  • Semasa

    Kalau Anak Atau Ahli Keluarga Ada Masalah Pernafasan, Elak Keringkan Pakaian Dalam Rumah. Bahaya! Doktor Kata Boleh Rosakkan Paru-Paru


    Tinggal di bandar di mana kebanyakan rumahnya terdiri daripada kondominium, apartment mahupun rumah pangsa bererti ruang untuk menyidai pakaian yang telah dicuci adalah terhad. Jika tidak mempunyai mesin pengering pakaian, maka ruang khas untuk menyidai pakaian perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.

    Namun, ada segelintir daripada anda memilih untuk menyidai pakaian di dalam rumah. Lebih-lebih lagi pada musim hujan. Tahukah anda bahawa tindakan sedemikian adalah tidak baik untuk kesihatan? Menyidai pakaian yang lembap atau basah di rak pengeringan di dalam rumah mampu meningkatkan tahap kelembapan kawasan sekitarnya sehingga 30%.

    Walaupun kelihatan tidak membahayakan, namun anda perlu tahu bahawa ia bakal menggalakkan pembiakan kulat di dalam rumah. Kulat yang terhasil boleh mengakibatkan masalah aspergilosis paru-paru. Ia dikatakan sebagai penyakit yang tidak mampu dipulihkan dan kadang kala boleh membawa maut, merosakkan paru-paru dan menyebabkan sinus.


    Lembapan yang terhasil daripada pakaian yang lembap memberi kesan buruk kepada individu yang telah sedia ada masalah kesihatan. Kulat aspergillus memberikan kesan kepada sistem pernafasan dan mampu bergerak daripada saluran udara ke paru-paru atau ke mana-mana sahaja bahagian di dalam badan individu.

    Kebiasaannya apabila kulat ini berjaya memasuki badan, sistem imun seseorang individu dengan pantas mengasingkan dan memusnahkannya sebelum ia mula merebak ke paru-paru. Namun begitu, jika individu yang mempunyai paru-paru atau sistem imun yang lemah, maka dia cenderung untuk dijangkiti aspergillosis.

    Jadi, adalah lebih baik jika anda menghindarkan diri daripada mengeringkan pakaian di dalam rumah bagi mengelakkan diri sendiri, keluarga terutamanya anak yang masih kecil itu daripada mengalami masalah ini.

    Sumber: http://www.majalahpama.my

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad