Header Ads

  • Semasa

    Harga Ketiga -Tiga Bahan Api Utama RON95, RON97 Dan Diesel Alami Kenaikan Pada Minggu Ini


    Selepas mengalami penurunan pada minggu lali, nampaknya Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel pada minggu ini dilaporkan naik semula.

    Bermula pada 12.01 tengah malam ini minyak petrol RON95 akan mengalami kenaikan kepada RM2.19 iaitu kenaikan sebanyak 3 sen.

    Bagi minyak RON97 pula, minyak ini akan mengalami kenaikan kepada RM2.49 per liter iaitu turut naik sebanyak 3 sen.

    Manakala bagi diesel pula, akan mengalami kenaikan yang agak tinggi iaitu RM2.17 per liter iaitu 5 sen, dan bagi Euro 5 Diesel akan mengalami kenaikan 1 sen kepada RM2.27 per liter.



    Harga runcit ini adalah untuk minggu ini (5 Oktober 2017-11 Oktober 2017) dan akan berubah pada tengah malam 11 Oktober 2017.

    Kenaikan minyak mingguan akan berubah-ubah selepas kerajaan memperkenalkan kaedah pengapungan terkawal penetapan harga jualan runcit bahan api tersebut dan kaedah ini telah diperkenalkan selama 28 minggu.


    Sumber: Kpdnkk via Siakapkeli

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad