Header Ads

Close
  • Semasa

    Tak Puas Hati Bomba Masuk Rumah Pakai Kasut, Wanita Dikecam Netizen


    Tak Puas Hati Bomba Masuk Rumah Pakai Kasut, Wanita Dikecam Netizen - Akibat status pedas yang ditujukan kepada anggota bomba, seorang pengguna Facebook menerima kecaman netizen.

    Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Aya Nur Kasih menyelar tindakan anggota bomba yang tidak menanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah orang awam untuk menangkap seekor ular.

    “Kepada abe-abe dan pokcik pokcik bomba tu kalau nak naik rumah ore nak igat ular tok leh ko tolong pecat kasut… Buke polis nak ambat ore jahat..,” tulis Aya.

    ‘Screen shot’ status Aya mengkritik anggota bomba telah dikongsi di laman Facebook Kawe Anok Kelate.

    “Kak jange panggil BOMBA la kalu ado nk igat gapo-gapo.. Panggil JPJ..,”sindir page Kawe Anok Kelate terhadap Aya.

    Perkongsian page Kawe Anok Kelate berkenaan dengan status Aya itu mendapat lebih 1,800 komen netizen dan hampir 1,600 shares.

    Semenjak status tersebut viral, Aya mengambil tindakan untuk drastik dengan menyahaktifkan (deactivated) akaun Facebook miliknya.

    Rata-rata netizen mengecam tindakan Aya yang mengkritik anggota bomba. Ada juga yang meninggalkan komen secara sarkastik untuk memerli Aya.

    “Scha Shahinaz: Mohon abang bomba letak balik ular kat rumah dia. Biar ular patuk kepala dia bagi cerdik sikit.”

    “Shahzihan Sham Sabudin: Lain kali - 1. jemput abang bomba masuk dan suruh dia buka kasut, 2. hidang air sirap dulu sambil makan sisa-sisa kuih raya yang ada, 3. bersalaman bermaafan sambil hulur saki baki duit raya, 4. tangkap ular.”

    “Rumainor Ismail: Ya... Kalau rumahmu terbakar pun, biar bomba masuk dengan sopan santun… Bagi salam dulu.... Lepas tu bersalaman... Buka kasut... Baru pancut air... Bomba datang tolong pun dah kira bagus...”

    “Ah Razali Bin MJ: SOP pasukan tersebut hendaklah sentiasa berkasut ketika melakukan operasi. Redha dan terimalah dengan seadanya cara pasukan itu berkerja. Tambahan pula jasa dan khidmat mereka kepada kita lebih bernilai daripada secalit selut yang dibawa ke dalam rumah kita semata-mata utk menyelesaikan masalah kita sendiri.”

    Susulan penyebaran status Aya, seorang pengguna Facebook bernama Hafiy Tasnim tampil memohon maaf bagi pihak Aya.


    “Assalamualaikum…

    Saya mewakili FB Aya Nur Kasih ingin memohon maaf kepada semua anggota bomba di atas kenyataan pedas yang saya post kan.
    Saya juga pohon maaf sekali lagi kerana tidak mengetahui prosedur pihak bomba dalam kes penangkapan binatang merbahaya di dalam rumah.

    Dalam situasi kelmarin, saya terlalu emosional dan tindakan saya mengeluarkan kenyataan pedas itu adalah tidak betul.

    Segala perkara yang berlaku adalah kesalahan dan kesilapan saya sebagai seorang manusia yang lemah.

    Saya berharap pihak bomba dapat memaafkan saya di atas segala perkara yang berlaku,” tulis Hafiy.

    1 ulasan:

    1. Ever wanted to get free Twitter Re-tweets?
      Did you know you can get these AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?

      BalasPadam

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad