Header Ads

  • Semasa

    Izzue Islam Buat Pendedahan Punca Sebenar Belum Dapat Anak... Apa Masalah?


    Izzue Islam Buat Pendedahan Punca Sebenar Belum Dapat Anak... Apa Masalah? - Selebriti popular, Izzue Islam telah berkahwin dengan isterinya Awin pada tahun 2013 dan sehingga kini masih belum dikurniakan anak.

    Setelah 4 tahun berkahwin, Izzue Islam telah membuat pendedahan punca beliau dan isteri lambat dikurniakan anak.

    Izzue Islam akui tiada masa berehat dan bercuti bersama isteri, Awin  dan inilah dikatakan punca pasangan ini masih belum dikurniakan zuriat.

    Tambah ahli kumpulan Forteen ini, dia akui banyak menerima nasihat supaya berehat daripada kerja untuk memudahkan mereka menimang cahaya mata.

    Ini komennya:

    "Saya akui sejak saya berkahwin, saya belum ada masa untuk berehat daripada kerja apatah lagi untuk bercuti.

    "Jadual kerja saya memang penuh dan saya hanya dapat bercuti jika ada produksi yang menunda atau membatalkan temu janji penggambaran atau sebagainya.

    "Ramai yang menasihati saya supaya mengambil masa untuk bercuti dan berehat bersama isteri kerana ia salah satu cara memudahkan kami untuk menimang cahaya mata.

    "Bukan tak mahu bercuti, cuma saya dan isteri memang suka bekerja dan tidak sampai hati untuk menolak tawaran kerja yang diterima kerana pada saya, selagi orang mahukan kita, selagi itulah saya tak mahu tolak rezeki," 

    "Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni. Insya-Allah, suatu hari nanti. 

    "Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami,"

    Izzue Islam dan isteri berharap dengan izinNya dapat menimang cahaya mata kelak.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad