Header Ads

Close
  • Semasa

    "Janin Disuntik Dengan Cecair Garam Kaustik Kemudian Apabila Bayi Bernafas, Cecair Terbabit Memasuki Paru-Parunya Akan Terbakar, Kemudian Bayi Itu Meninggal.."


    "Janin Disuntik Dengan Cecair Garam Kaustik Kemudian Apabila Bayi Bernafas, Cecair Terbabit Memasuki Paru-Parunya Akan Terbakar, Kemudian Bayi Itu Meninggal.." - Pernahkah anda terfikir apa terjadi pada janin atau bayi yang telah digugurkan?Dari sudut perubatan, pengguguran terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
    • Pengguguran spontan (keguguran) 
    • Pengguguran yang dirangsang
    Keguguran biasanya terjadi secara tidak sengaja atau secara semulajadi. Ia diakibatkan oleh faktor persekitaran atau kecacatan kromoson. 

    Manakala, pengguguran yang dirangsang adalah satu bentuk penyingkiran bayi dari rahim yang dilakukan dengan sengaja oleh manusia.

    Ada banyak sebab mengapa pengguguran terjadi.

    Antaranya kerana ingin menyelamatkan nyawa wanita yang hamil, memelihara kesihatan fizikal & mental wanita, bayi yang bakal lahir akan maut atau dalam keadaan kesihatan yang teruk, atau atas sebab-sebab lain.


    Apa Terjadi Selepas Pengguguran Dilakukan?

    Selalunya, janin yang digugurkan takkan berjaya hidup. Namun, ada kes di mana janin tersebut hidup walaupun selepas prosedur pengguguran sudah selesai.

    Jika hal ini berlaku, janin itu akan dibiarkan di klinik hingga dia mati!

    Tak percaya?

    Mari baca perkongsian seorang jururawat di hospital Jacksonville, Florida yang berkongsi cerita menyayat hati ini tentang janin yang digugurkan di hospital tempatnya bekerja.
    “Satu malam, saya ternampak basinet terbiar di sudut hospital. Saya hampiri basinet tersebut. Ada bunyi bayi menangis. Ya Tuhan! Bayi itu dalam keadaan sempurna. Tapi… badannya melecur teruk. Dia bayi yang digugurkan mengikut cara penggaraman. 
    Kulit badannya melecur teruk. Tak ada doktor, jururawat atau ibu bapa yang cuba menenangkan bayi malang ini. Dia dibiarkan mati keseorang, dalam kesakitan.
    Saya malu dengan tugas saya malam itu! Susah nak percaya… tapi ini yang berlaku di hospital moden!”
    – Jururawat Kathleen Malloy

    Ya Allah! Kasihannya janin-janin yang tak bersalah itu…

    Kaedah Pengguguran Bayi

    Saline abortion atau pengguguran bergaram adalah prosedur biasa untuk menggugurkan bayi.

    Ia dilakukan dengan menyuntik larutan garam kaustik ke dalam cecair amnion yang melindungi kandungan. 

    Bayi kemudiannya akan bernafas melalui cecair terbabit, dan paru-parunya akan terbakar.

    Kulitnya akan melepuh dan dia akan mati dalam masa beberapa jam kemudian…


    Akan tetapi, kaedah ini menerima tentangan hebat kerana ia boleh membahayakan nyawa wanita hamil tersebut.

    Hati saya tersentak sekali lagi apabila membaca perkongsian seterusnya yang diceritakan oleh jururawat seterusnya ini pula. 

    Kisah Antara Bayi Yang Diingini Dan Bayi Yang Tak Diingini…

    “Suasana dalam hospital tegang. Ketika rakan setugas membawa masuk bayi yang digugurkan itu, ada 3 bayi pra-matang lain yang baru lahir. 
    Doktor berusaha keras untuk menyelamatkan bayi pra-matang tersebut. Saya diminta untuk menguruskan bayi yang digugurkan ini. 
    Saya lihat mukanya… Dia digugurkan mengikut kaedah prostagladin.
    Ibunya ada barah dan sedang menjalani rawatan kemoterapi sebelum tahu dirinya hamil. Bayi yang tak bersalah ini akan cacat jika dilahirkan.
     
    Usianya baru 23 minggu. Tapi dia masih bernafas, jantungnya masih berdegup kencang. Jadi saya panggil doktor bertugas. 
    Tapi, doktor tidak dapat berbuat apa-apa. Ini kes pengguguran. Pihak hospital tidak boleh melanggar etika…  
    Ironinya, selepas membiarkan janin tersebut menghembus nafas terakhir tanpa diberi bantuan, ada bayi pra-matang lain yang sedang diberi bantuan untuk meneruskan hidup.
    Saya kecewa dengan diri saya malam itu.”
    – Jururawat Joan S. Smith
    Semoga perkongsian ini membuka mata setiap insan di muka Bumi ini untuk menghargai setiap nyawa yang telah dipinjamkan oleh Tuhan kepada kita.

    Dan semoga syurga menanti bayi-bayi yang “gugur” sebelum berjaya meneruskan hidup ini. Amin. 

    Sumber rujukan: Babies Daily News, The Asian Parent

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad