Header Ads

Close
  • Semasa

    "Saya Beli Untuk Makan, Bukan Bela.." - Lelaki Goreng Kunyit Ikan 'Flowerhorn' Berharga RM2845, Dapat Perhatian Netizen Negara Jiran


    "Saya Beli Untuk Makan, Bukan Bela.." - Lelaki Goreng Kunyit Ikan 'Flowerhorn' Berharga RM2845, Dapat Perhatian Netizen Negara Jiran - Sejak 2 hari lalu, gelagat seorang lelaki tempatan dari Perak telah menarik perhatian jutaan netizen dari seluruh dunia terutamanya negara jiran Indonesia, Vietnam dan Thailand.

    "Saya Beli Untuk Makan, Bukan Bela.." - Lelaki Goreng Kunyit Ikan 'Flowerhorn' Berharga RM2845, Dapat Perhatian Netizen Negara Jiran


    Mana tidaknya, beberapa keping gambar dan sebuah video yang memaparkan aksinya menyiang seekor ikan hiasan "Flowerhorn'' , menggoreng kunyit dan makan ikan berkenaan telah mengejutkan mereka.

    Melalui cerita di laman Facebooknya, beliau menyatakan ikan itu dibelinya berharga lebih dari RM2000 bukan untuk di bela, tetapi untuk di makan.

    Berikut ada video beliau siang ikan tersebut dan menunjukkan apa yang ada di dalam benjolan di kepalanya.

    Berikut adalah gambar proses dari awal hingga ikan itu tinggal tulang.







    "Rase okay..macam rasa ikan talapia..Sebenarnye bonjol kat kepala ikan flower hon tu terkandung lemak ikan dengan daging sikit..macam agar2-agar lembik tapi kenyal," tulisnya.

    Melihat begitu banyak komen yang mengkritik dari pada netizen pelbagai negara, beliau telah mengemaskini statusnya dalam bahas Inggeris untuk menjawab persoalan mereka.

    Katanya"Yes, it's tasty.. sweet and juicy. Served hot righ away from pan. Super delicious fried fish. What do you mean cannot be eat? Fish is kind of food. That vivid and beautiful look doesnt mean you can't touch it. 

    "Yes, it's expensive. That hump on her head is nothing but fat. We remove them. Why I eat this fish? What? Why not?" tulisnya

    Bagi menjawab adakah ikan itu boleh dimakan, dia menjawab "Why not?".

    Video beliau itu kini ditonton hampir 1.4 juta kali dan dikongsi sebanyak hampir 12 ribu kali. 

    Sumber: Siakapkeli, Muhammad Firdaus

    1 ulasan:

    1. Do you need free Google+ Circles?
      Did you know that you can get these AUTOMATICALLY & ABSOLUTELY FOR FREE by registering on Like 4 Like?

      BalasPadam

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad