Header Ads

Close
  • Semasa

    Tetak Kereta JKKK, Berang Gara-Gara Tak Dapat BR1M

    Tetak Kereta JKKK, Berang Gara-Gara Tak Dapat BR1M

    Tetak Kereta JKKK, Berang Gara-Gara Tak Dapat BR1M - Gara-Gara marah tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), lelaki mengamuk dan menetak kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Kampung Gong Duek, Hulu Besut, semalam.

    Tetak Kereta JKKK, Berang Gara-Gara Tak Dapat BR1M


    Ekoran tindakan ganas itu, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan ‘taser gun M26C’ tetapi tidak berkesan sehinggalah lelaki berusia 30-an itu melarikan diri ke dalam hutan.

    Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum kejadian itu, lelaki terbabit dilihat mengalami gangguan emosi dan cuba mengugut kedua-dua ibu bapanya yang berusia 80-an bagi mendapatkan wang.

    “Apabila cuba ditenteramkan, suspek beralih pula untuk meminta wang daripada Pengerusi JKKK itu dan dia bertambah marah apabila permintaannya tidak dilayan,” kata Mohd Zamri kepada media di Besut, hari ini.

    Mohd Zamri berkata, suspek yang berang menuduh mangsa tidak melayani permohonan wang BRIM yang dipohonnya sebelum ini, hingga mengambil tindakan menetak bahagian belakang kereta kepunyaan mangsa.

    “Walaupun empat tembakan dilepaskan ke atas tubuh mangsa termasuk pancutan air oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang membantu, suspek masih tidak dapat ditangkap tetapi sebaliknya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran,” katanya.

    Katanya, suspek mempunyai tiga kesalahan lampau termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan pihak polis meneruskan usaha untuk memberkas suspek hari ini setelah memberhentikan operasi, menjelang berbuka puasa semalam.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad