Header Ads

BTCClicks.com Banner
  • Semasa

    Wanita bersalin dalam tandas rumah sewa, ini rupa-rupanya..

    Wanita bersalin dalam tandas rumah sewa, rupa-rupanya..
    Gambar hiasan | YouTube - Nurul Athira
    Wanita bersalin dalam tandas rumah sewa, ini rupa-rupanya.. - Viral di laman Twitter seorang wanita berusia 23 tahun bersalin seorang diri dalam tandas sebelum disedari oleh rakan serumahnya. Apa yang mengejutkan ialah, teman lelakinya berusia 16 tahun. Menurut AujiJiji yang mendedahkan kejadian itu, bayi terbabit kini berada di ICU kerana jangkitan kuman. Ibunya selamat namun kemaluannya koyak teruk kerana mengeluarkan bayinya sendiri.

    Wanita bersalin dalam tandas rumah sewa, ini rupa-rupanya..

    Dari Twitter AujiJiji Kawan aku baru cerita housemate dia bersalin dalam toilet malam tadi. Tanya mana husband dia, tak jawab. Rupa-rupanya tak kahwin lagi. Baby masuk ICU sebab kena jangkitan kuman. Yang lelaki datang sekejap, kemudian nak balik sebab "Mak suruh balik rumah..

    " Ye, lelaki itu baru berumur 16 tahun dan perempuan ini pula berumur 23 tahun. Perempuan itu dah tak ada mak dan ayah. Lagi kasihan. Perempuan itu tak bekerja, yang lelaki itu pula bekerja di Baskin Robin. Macam mana entah makan minum perempuan itu selama ini. Kawan aku bawa dia pergi ke hospital, baru tahu cerita ini semua. 

    Baby masuk ICU sebab kena jangkitan kuman. Perempuan itu okay, tak tumpah darah. Tetapi vagina dia koyak teruk sebab dia keluarkan baby itu sendiri. Barang baby satu pun tak ada. Kawan aku dahlah tak tahu apa nak jaga orang pantang. Aku tolong mana yang mampu sebab kasihan. Perempuan itu tak tahu ke bahaya beranak seorang-seorang dalam toilet? Jadi, aku ada soalan serius. 

    Macam mana kes ini akan diuruskan? Baby itu akan diambil oleh Jabatan Kebajikan ke? Atau macam mana? By the way, kawan aku kata baby bot yang keluar ini handsome. Aku cuma berharap dia tidak menjadi mangsa keadaan saja. Aku sudi nak tolong sebab perempuan ini simpan baby walaupun dia tak kahwin lagi. 

    Dia kuat sebab tak gugurkan baby dia walaupun dia tahu dia akan menanggung malu sebab melahirkan anak luar nikah. Betul dia salah tetapi dia tak buat salah kedua bunuh baby itu. Terima kasih kepada yang nak beri barang baby sebab aku pun memang tengah tolong dia untuk cari barang baby. Yang tak mampu nak bantu, boleh tolong doakan baby itu ada masa depan yang cerah dan tidak menjadi mangsa keadaan.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad