• Semasa

    SAYU !! Ridzwan dijemput ajal lepas dua bulan ucap Takziah pada sahabat .. kini dia menyusul (5 Gambar)

    SAYU !! Ridzwan dijemput ajal lepas dua bulan ucap Takziah pada sahabat .. kini dia menyusul (5 Gambar)
    SAYU !! Ridzwan dijemput ajal lepas dua bulan ucap Takziah pada sahabat .. kini dia menyusul (5 Gambar)Teluk Intan : Dua bulan lalu LK PAP Ridzwan telah mengucap takziah pada sahabat seperjuangan yang telah dijemput ilahi, namun kini dia pula yang menyusul menghadap ilahi, moment tersebut mengudang pilu sahabat-sahabat arwah.

    LK PAP Ridzwan Tarmizi, 33, dari Unit Provos Tentera Laut (Protela), Lumut, meninggal dunia tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan ekoran cedera parah di kepalanya.

    Manakala isteri mangsa Siti Mariam Mohd Shariff, 32, yang merupakan Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan Changkat Lada bersama dua anaknya Siti Nur Rania Zulaikha Ridzwan, 3, dan Nur Sofia Ridzwan, 7, masing-masing patah kaki kanan dan retak lutut kanan.



    Menurut salah seorang kenalan Siti Mariam, isteri mangsa ada menceritakan bahawa suaminya cedera parah kerana mengelak kereta yang merempuh mereka daripada melanggar bahagian hadapan penumpang yang menempatkan anak sulung mereka.

    "Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 23 tahun dari arah Teluk Intan menghala ke Bidor melalui selekoh sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan. Toyota Hilux itu merempuh kenderaan dinaiki mangsa sekeluarga secara berdepan.
    "Pemandu dan penumpang Toyota Hilux berusia 40 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
    Menurutnya, semua mangsa dirawat di HTI dan pada 1.24 pagi, polis menerima maklumat bahawa anggota TLDM terbabit meninggal dunia semasa dirawat.
    Sementara itu, sumber TLDM ketika dihubungi berkata, jenazah selamat dikebumikan di Kampung Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, Kedah pada 3.30 petang hari ini.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad