Header Ads

Close
  • Semasa

    SAYU !! "Maaf Ustazah, Saya Hanya Mampu Sediakan Duit Belanja Harian Anak-anak ke Sekolah' - Luah Ibu Huda

    SAYU !! "Maaf Ustazah, Saya Hanya Mampu Sediakan Duit Belanja Harian Anak-anak ke Sekolah' - Luah Ibu Huda

    SAYU !! "Maaf Ustazah, Saya Hanya Mampu Sediakan Duit Belanja Harian Anak-anak ke Sekolah' - Luah Ibu Huda

    Sambungan kisah adik Huda Batrisya dari Ustazah Jamaliah Amirul

    ADIK HUDA & HADIAH HARI GURU DUIT TABUNG RM0.70 SEN

    Assalamualaikum dan selamat petang semua yang menanti wajah adik Huda. Yang mesej saya supaya saya selfie dengan adik Huda, hari ini saya kotakan janji saya pada anda semua. Kenalkan, inilah adik Huda Batrisya binti Syahful Nizam.

    Kisah hari ini saya ingin sampaikan.

    18/05/2017, hari Khamis, setibanya saya di sekolah, saya tercari-cari Huda. Dalam perhimpunan, baru ternampak Huda duduk bersama rakan-rakannya. Nampak wajah yang sugul. Selepas perhimpunan, sesi solat zuhur berjemaah. Selesai solat, saya berbisik pada Huda.

    "Huda, nanti waktu rehat datang jumpa ustazah di kantin.''

    Huda anggukkan kepalanya.

    Selepas solat, terus rehat. Saya tertunggu-tunggu kehadiran Huda. Dia tak datang jumpa saya. Mungkin dia malu. Lalu saya menyuruh kawannya memanggil dia. Dia datang pada saya dengan wajah yang tunduk.

    "Huda dah makan?" tanya saya.

    "Dah makan ustazah, pagi tadi," jawabnya.

    "Awak makan apa pagi tadi?" tanya saya.

    "Makan roti dengan air," jawabnya.

    "Kenyang ke?"

    Huda hanya sekadar menganggukkan kepala. Saya ajak Huda ke kantin.

    "Ustazah nak belanja awak, pilihlah nak nasi lauk apa," kata saya pada dia.

    Pada awalnya dia agak segan dan malu-malu. Saya kata tak apa, pilihlah nak ayam masak apa. Perlahan-lahan jari dia tunjuk pada ayam masak merah.

    "Huda nak berapa?" soal saya yang dibalas dengan telunjuk satu jari.

    "Nak lauk lain tak?"

    Huda gelengkan kepala, "Cukuplah ustazah.".

    Saya belikan air sekali. Seronok tengok dia makan.

    Bila masuk ke kelas, selesai salam dan doa, saya panggil Huda dan tunjukkan duit syiling dan kertas yang dia tulis ada dalam bingkai gambar. Pada mulanya dia tersenyum malu. Bila 

    Huda di depan saya, saya ceritakan kisah Huda dalam kelas. Tak sangka ada murid lelaki yang bergenang air mata. Murid perempuan ada yang menitiskan air mata.


    Bila saya pandang Huda, merah matanya. Saya peluk dan beritahu yang saya amat terharu dan menghargai pemberiannya. Lagilah dia menangis dan pandangannya hanya tertumpu pada bingkai gambar itu sahaja.

    "Ustazah sangat terharu dan terfikir, ustsazah baru awal tahun 2017 mengajar Huda. Ada ramai lagi guru-guru pagi dan guru-guru petang yang lain untuk kamu berikan hadiah. 

    Tetapi kamu pilih ustazah. Ustazah menangis fikirkan kamu beri ustazah duit syiling dari tabung kamu sendiri," jelas saya.
    Huda hanya diam membisu.

    "Boleh tak ustazah nak ambil gambar dengan Huda?Ramai yang nak tengok wajah Huda," pujuk saya.

    Dia tersenyum tanda setuju. Alhamdulillah dapat pujuk Huda yang sangat pemalu orangnya untuk ambil gambar bersama.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad