Header Ads

Close
  • Semasa

    SAYU !! Hasrat berbuka bersama keluarga tidak kesampaian .. Anas dijemput ajal parah dikepala dilanggar lari (6 Gambar)

    SAYU !! Hasrat berbuka bersama keluarga tidak kesampaian .. Anas dijemput ajal parah dikepala dilanggar lari (6 Gambar)
    SAYU !! Hasrat berbuka bersama keluarga tidak kesampaian .. Anas dijemput ajal parah dikepala dilanggar lari (6 Gambar) Klang : Seorang pelajar perubatan UITM Sungai Buluh maut apabila motosikal yang dinaikinya dilanggar lari dalam keadaan hujan lebat petang semalam.


    SAYU !! Hasrat berbuka bersama keluarga tidak kesampaian .. Anas dijemput ajal parah dikepala dilanggar lari (6 Gambar)


    Mangsa Muhammed Anas b Abdul Wahab 22' tahun maut ditempat kejadian parah dikepala digilis kenderaan berat yang dipercayai lori selepas motosikal nya terjatuh dilanggar.

    Mengikut saksi ditempat kejadian lori terbabit terus meninggalkan tempat kejadian atau mungkin dia tidak sedar setelah melanggar mangsa, orang ramai ditempat kejadian cuba mengejar lori terbabit namun gagal kerana cuaca hujan.

    Anas dalam perjalanan pulang kerumah keluarga nya di Bukit Kapar untuk berbuka puasa bersama keluarganya dari UITM Sungai Buluh.

    Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, suasana pilu ditempat kejadian dalam keadaan hujan jasad Anas terbaring kaku dilebuhraya.

    Apa yang berlaku mengudang pilu sahabat baik nya Ahmad Nazeer Azhar yang menulis luahan untuk sahabat baiknya itu dilaman sosialnya.




    Mohon semua kawan2 di FB sedekahkan Al Fatihah dekat sahabat terbaik saya, Muhammed Anas b Abdul Wahab.

    Kali terakhir saya jumpa dia di kedai makan berdekatan rumah saya, iaitu pada 18 April 2017, tiba tiba dia whatsapp saya ketika saya sedang teman ibu saya di rumah. Memang sangat tak sangka, selalunya kalau kitorang keluar jalan2 sebelum ni, memang saya akan pickup dia dari rumah dia, tapi ini betul2 dia datang area rumah saya.

    Dia rajin tnya khabar saya, & juga dia tk lupa tanya khabar ibu saya. Dia tahu banyak pasal saya. Saya banyak berkongsi dgn dia, memang kami sangat rapat since kat Kuala Kangsar lagi. Kami selalu update sama2. Memang sangat penyayang orangnya.


    Sungguh tak sangka, Allah tarik nyawa dia di bulan yang teramat mulia.

    Anas Wahab, semoga kau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Allah lagi sayang kau Anas.

    Terima kasih ya Allah, kerana pinjamkan kat saya sahabat yang paling baik buat saya.
    "Ya Allah, kami memohon agar Kau ampunkan semua kesilapan & dosa2 arwah yang lalu, Ya Allah, kau permudahkan urusannya nnti di alam akhirat kelak"

    Mohon semua yang kenal arwah, tolong ampunkan dan maafkan kesilapan arwah, kalau arwah ada hutang dengan siapa2, boleh hubungi waris atau hubungi saya. In shaa Allah arwah tiada hutang dengan siapa2 sebab saya kenal sangat arwah, memang tak suka berhutang, cuma takut ada yang terlepas pandang.

    Kepada cikgu2 kami semuanya di Kuala Kangsar, ampunkan dosa arwah andai arwah ada terkasar bahasa mahupun terbuat kesilapan yang sukar kita nampak. Doakan yang terbaik buat arwah

    p/s: Arwah merupakan pelajar perubatan di UITM Sg. Buloh bawah tajaan JPA.
    Al-Fatihah

    Semoga roh Anas ditempatkan bersama-sama insan-insan yang diredahi yang maha esa semoga keluarga nya tabah. Al fatihah

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad