Header Ads

BTCClicks.com Banner
  • Semasa

    Saat ngeri tangan budak disedut masuk celah rim motosikal ibu nya ketika membonceng (6 Gambar)

    Saat ngeri tangan budak disedut masuk celah rim motosikal ibu nya ketika membonceng (6 Gambar)

    Saat ngeri tangan budak disedut masuk celah rim motosikal ibu nya ketika membonceng (6 Gambar) - ALOR SETAR: Seorang budak lelaki yg berusia 7 tahun, yangg membonceng motosikal ibunya, mengalami patah tulang kiri selepas tangan kirinya tersepit di celah rim dan terjatuh dari motosikal akibat lengan bajunya terjerut ke celah rim. :'( 

    Insiden ini berlaku pd jam lebih kurang pukul 1.45 petang ini dekat Simpang Kuala, Alor Setar.

    Berita harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki patah tangan kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang sedang dinaiki bersama ibunya di Jalan Simpang Kuala, dekat sini, petang tadi.

    Mangsa yang berusia tujuh tahun membonceng motosikal bersama seorang wanita dipercayai ibunya kira-kira jam 1.50 petang.





    Mangsa dikatakan terjatuh dari tempat duduk dan tangan kirinya tersepit di jejari rim motosikal.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikejarkan ke lokasi untuk membantu selepas menerima panggilan jam 1.58 petang.

    "Sebaik tiba, tangan mangsa yang tersepit pada rim sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan pihak kami segera memberikan bantuan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan," katanya.

    Video saat ngeri itu telah berjaya dirakam, semoga adik tersebut cepat sembuh,pada ibu bapa moga ini dijadikan pengajaran pastikan lengan baju anak tidak terlalu labuh dari tangan nya bagi mengindarkan perkara ini dari berlaku ketika meunggang motosikal dengan anak.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad