Header Ads

  • Semasa

    PADAH !! "LU INI HARI SUDAH SILAP PILIH ORANG MAU TUNJUK SAMSENG ATAS JALAN.."

    PADAH !! "LU INI HARI SUDAH SILAP PILIH ORANG MAU TUNJUK SAMSENG ATAS JALAN.." Kisah 3 minggu lalu…budak lelaki Cina ni (baju hijau…wajah dimerahkan)…potong Q mengejut dari sebelah kiri kenderaan abam…di sebuah simpang lampu isyarat di bandar Batu Pahat.
    PADAH !! "LU INI HARI SUDAH SILAP PILIH ORANG MAU TUNJUK SAMSENG ATAS JALAN.."

    Dia ni dr laluan utama jalan lurus…abam lane paling kanan utk membelok. Dia datang dari kiri abam bila lampu hijau..sblm tu mmg nampak kenderaan ni dr cermin sisi…ingat dia nak jalan terus…rupanya dia cantas mengejut…
    biasalah kita terkejut tekan brek…org yg ada dlm kereta abam mcm biasalah…terkejut. So, mcm biasalah…abam marah…tekan hon berulang kali…
    mamat ni tadi yg masuk laluan abam…tekan minyak bagi bunyi ekzos dia sekuat kuatnya (tak puas hati sbb hon dia)…abam bantai hon lagi…dia pun mula mempermain2kan abam dgn memperlahankam kereta dia di depan…
    pd masa yg sama abam nampak cerminnya tinted gelap segelapnya…wife kata tak payah layan (biasalah org rumah…) ikutkan hati mmg tak nak layan…tambahan pula masa tu baru selesai balik dari tanah perkuburan (nenek meninggal).
    Tapi bila tgk cara kenderaan tu…abam mmg sangat tak puas hati…abam follow dia sambil tekan hon…akhirnya dia berhenti di tepi…abam berhenti sebelah…dia turunkan cermin…suku sahaja…
    Sambil pegang HP letak kat telinga…dia blh tanya abam…” Lu mau apa!?…Lu mau apa!?”…Masa ni mmg dah tercabar…sebab dia salah kita pulak dia nak tunjuk langsi…akhirnya abam parking tepi dan turun…
    masa ke kereta dia tu…risau jugak…sebab cermin mmg sangat gelap tak nampak langsung org di dalam walaupun tengahari panas terik (abam bimbang ada senjata berbahaya)…
    bila dia kluar jer…dia siap provok lg abam..almaklumlah masa tu…abam pakai selipar Jepun…siap ada lumpur tanah kubur di seluar jeans dgn baju…sling bag pun kena lumpur. Masa tu dia dah call org…
    abam tanya dia kenapa lu potong Q itu macam…dia buat muka langsi habis…dipendekkan…abam call pegawai di IPD Batu Pahat utk hantar bantuan…sbb dia pun dah call kawan2 dia…masa abam call bg tau abam tahan lelaki Cina…budak lelaki ni blh pergi dekat abam siap cakap “wa bukan Cina!!”…
    lepas tu abam call pegawai trafik Batu Pahat…sebelum Polis sampai org dah ramai tengok…almaklumlah…suara abam high note…sebab budak ni apa yg abam blh kata sangat sangat kurang ajar!!!
    Dia pertahankan tindakan dia…dia kata masa perlahankan kenderaan tu dia kata dia cari parking…pasal bunyi ekzos kereta dia kata ekzos dia mmg bunyi mcm tu…(masa ni abam tak perkenalkan diri lagi) org pun dah mula ramai tgk…rakam pun ada…(abam dok pikir jgn tular sudahlah…nanti dituduh pulaknya abam racist)…
    Dipendekkan lagi cerita…abam bagitau dia…tadi masa tepi jalan lu tanya sama wa apa???!!…dia jawab balik…”wa tanya apa sama lu!!??”….aduh sabar ajalah abam masa tu…
    abam tanya dia lagi…wa tanya sama lu…apa lu tanya sama wa tadi??!…abam pun cakap…tadi lu ckp sama wa…apa lu mau!! Apa lu mau!!…Ok skrg wa jawab wa mau sama lu…!…
    hallo!!! Lu ini hari lu sudah silap pilih orang mau tunjuk samseng atas jalan… lu punya cermin gelap…itu sebab lu samseng habis…
    abam pun keluarkan kad kuasa dan perkenalkan polis…bgtau kesalahan2 dia…itu muka punya air pun sudah tukar….dan pd masa yg sama datanglah MPV….disusuli pula 2 buah motosikal trafik…
    org pun makin ramai jadi penonton…lepas tu datanglah kawan2 budak lelaki Cina ni…minta maaf bagi pihak kawan dia…abam cakap…budak Cina yg asalnya langsi pun cuba nak terangkan perkara sebenar…bla bla bla…
    lastly abam tunjuk tapak tangan kanan kat muka dia sambil tunjuk tapak tangan abam dan ckp kat dia “talk to my hand”! Lepas tu dtg pulak budak lelaki Melayu perkenalkan diri sebagai kawan budak Cina ni…tanya apa kesalahan dia…abam kata pada dia kamu kawan dia ke?
    Dia kata “Ya”…so abam cakap…kau tlg nasihat kawan kau tu…belajar sikit adab dan budi bahasa…kalau tadi dia turunkan cermin kat tepi jalan dan cakap…Abang saya minta maaf sebab itu tadi potong Q…aku takkan marah tapi bila dia buat salah…dan dia tanya aku…lu mau apa berulang kali…aku rasa itu kurang ajar!!…
    Budak Cina tu nak explain lagi…abam ckp talk to my hand only…abam tanya dia lagi…kenapa tadi lu cakap sama wa…”wa bukan Cina!????”…apasal lu cakap itu macam?…
    abam tegur dia…brother…ingat..lu Cina ka…India ka…Melayu ka…adab kita mau jaga!! Tapi hari ni you choose a wrong person…so today I want to give you a lesson and to make you remember!!
    Abam tanya dia…kalau saya bukan polis…sy org awam org biasa…apa you akan buat tadi???!..Dia cakap sorry…kawan2 dia pun kata sorry boss…abam kata balik.. I’m not your boss…aku tak bayar gaji you semua!…
    akhir kalam…maafkan sebab panjang benor jalan ceritanya…budak Lelaki Cina tu mesti rasa “bangga” apabila dia dieskot dengan sebuah MPV di hadapannya dan dua buah motosikal anggota trafik di belakangnya secara percuma.
    Abam dimaklumkan oleh SM Trafik (nama abam rahsiakan)…lelaki Cina tersebut telah diberikan surat cinta 4 helai atas pelbagai kesalahan…yg paling win bila abam check roadtax…roadtax tak pamer simpan bawah seat (kalau tampal pun no point…tak nampak….cermin gelap)…
    itu blm lg brg2 yg abam jumpa dlm bonet belakang…lastly…dia kena kopek semua tinted film on the spot depan anggota trafik di Balai!!
    Dari insiden ini abam tiada nawaitu lain…abam tak boleh tengok orang yg biadab di atas jalan raya…mereka yang salah…bila kita menegur…mereka pula marah kita balik…buli…nak maki…dan sebagainya…
    pada abam tak kiralah kau Melayu…Cina…ke India…tolong hormat pd pengguna jalanraya yang lain…abam hanya menunaikan tanggungjawab sekiranya berkesempatan dan berpeluang…
    Bayangkan jika yg terlibat masa tu adalah org awam…bukan polis ada provokasi pulak pada ketika itu…mau begaduh…bertumbuk dan yang sewaktu dengannya…
    Terima kasih kepada Pegawai dan anggota IPD Batu Pahat…Sekian.
    p/s: Bro Syafiq Zaman…inilah kisahnya

    Perkongsian dari laman Facebook Zaiham Mohd Kahar

    2 ulasan:

    1. XSEDAP cerita mcm ini sbb abam tu polis..... kita mau orang biasa biasa je....

      BalasPadam
    2. SYABAS (bukan Syabas Selangor, itu mcm pundek) Inspektor Shahab! Wa doa lu mula lejeki, panjiang umor, anak lamai-lamai... ini maciam punyia pulis aaa kita punyia yalan tala susa wooo... bagut, bagut (wa mukan cinna wooo)

      BalasPadam

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad