Header Ads

  • Semasa

    Kes Bunuh Penuntut UITM 2 Tahun Lalu. Pembunuh @ Teman Lelakinya Hari Ini Telah Di Jatuhkan Hukuman… MENGEJUTKAN !!

    Kes Bunuh Penuntut UITM 2 Tahun Lalu. Pembunuh @ Teman Lelakinya Hari Ini Telah Di Jatuhkan Hukuman… MENGEJUTKAN !

    Kes Bunuh Penuntut UITM 2 Tahun Lalu. Pembunuh @ Teman Lelakinya Hari Ini Telah Di Jatuhkan Hukuman… MENGEJUTKAN !!TAIPING, PERAK - Bekas tukang masak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping hari ini, selepas didapati bersalah membunuh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, dua tahun lalu, lapor Harian Metro

    Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan terhadap Syarafi Abu, 27, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

    Syarafi didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berdekatan Bukit Gantang, jam 11.55 pagi 2 Februari 2015. 

    Syarafi didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan. 

    Laporan akhbar sebelum ini melaporkan Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh Syarafi yang juga tinggal sekampung dengannya ketika mereka menaiki kereta menghala arah selatan pada hari kejadian. 

    Mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar ketika mendapatkan rawatan. 

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad