Header Ads

Close
  • Semasa

    Inilah 3 Kelahiran Perak Yang Ada Gelaran Raja

    Inilah 3 Kelahiran Perak Yang Ada Gelaran Raja

    Inilah 3 Kelahiran Perak Yang Ada Gelaran Raja - Tiga individu kelahiran Perak ini sering dijadikan bahan ketawa dan jenaka di media sosial facebook. Mereka masing-masing memegang gelaran Raja yang berlainan kategori iaitu Raja report Polis, Raja Bomoh Sedunia dan Raja (Sultan) Melaka. Ketiga-tiga individu ini cukup terkenal bukan sahaja di seluruh Malaysia malah mungkin juga diseluruh dunia kerana isu-isu kontroversi yang dicetuskan oleh mereka sendiri dan disebar ramai.

      raja report

    Siapa yang tak kenal dengan Raja Report Polis di Malaysia ini? Abdul Rani Bin Kulup Abdullah merupakan seorang pesara tentera yang dilahirkan pada 10 Mac 1955 dan juga merupakan anak kelahiran negeri Perak. Beliau cukup terkenal dengan gelaran Raja Report Polis kerana beliau merupakan orang yang paling banyak iaitu melebihi 1,000 laporan polis yang dibuat olehnya di dalam Malaysia ini. Penggunaan #kipidap yang kian menular di media sosial juga adalah berasal daripada sebutan keep it up daripada beliau yang bersahaja.

      raja bomoh  
    Ibrahim Mat Zin yang berasal dari Teluk Intan, Perak digelar sebagai Raja Bomoh Sedunia secara sukarela tampil ke hadapan untuk membantu pasukan keselamatan mengesan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 yang lalu. Beliau mula dikenali ramai sejak pada hari itu dan sering menjadi bahan jenaka di media sosial facebook. Raja Bomoh Sedunia yang berumur lebih 80 tahun ini juga mempunyai gelaran lain iaitu Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dan mempunyai pengalaman dalam bidang bomoh selama lebih 50 tahun.

      raja melaka 

     Berikutnya adalah berkenaan dengan Raja (Sultan) Melaka. Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah dilahirkan pada 25 disember 1975 yang berasal dari Ipoh, Perak pula dikenali ramai disebabkan tuntutan beliau untuk ditabalkan sebagai Sultan Melaka. Hal ini kerana beliau menegaskan bahawa beliau adalah pewaris sah untuk takhta kesultanan Melaka dan Perak. Dikatakan, beliau juga mendapat pengitirafan daripada Mahkamah keadilan antarabangsa (ICJ) sebagai pewaris takhta yang dituntut. Itulah 3 individu yang merupakan anak kelahiran Perak yang ada gelaran raja dan popular di media sosial facebook. - orangperak

    1 ulasan:

    1. Are you looking for free Google+ Circles?
      Did you know that you can get these AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?

      BalasPadam

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad