Header Ads

Close
  • Semasa

    Seekor Belut Sepanjang 50cm Dikeluarkan Dari Perut Seorang Lelaki

    Seekor Belut Sepanjang 50cm Dikeluarkan Dari Perut Seorang Lelaki – Alangkah terkejutnya seorang doktor apabila menemui seekor belut ‘gergasi’ berenang-renang di dalam perut seorang lelaki yang berusia 49 tahun, lapor Shanghaiist.
    Malah, lebih malang lagi, belut sepanjang 50 sentimer itu turut memecahkan usus mangsa dan menyebabkan beberapa organ badan yang lainnya rosak.
    Dalam kejadian minggu lalu di sebuah daerah di Guangzhou, mangsa, Liu, pada mulanya dikejarkan ke hospital selepas dia mengadu mengalami sakit perut yang kronik.
    Seekor Belut Sepanjang 50cm Dikeluarkan Dari Perut Seorang Lelaki

    Seekor Belut Sepanjang 50cm Dikeluarkan Dari Perut Seorang Lelaki

    Melihat keadaannya yang teruk, doktor segera merawatnya dengan melakukan pembedahan ekoran perut mangsa yang dilihat semakin membengkak dan kelihatan sangat tidak normal.
    Liu berjaya diselamatkan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
    Seekor Belut Sepanjang 50cm Dikeluarkan Dari Perut Seorang Lelaki
    Menurut Liu, dia memaklumkan kepada doktor di mana dia pernah mendengar bahawa dalam perubatan tradisional, belut boleh digunakan untuk merawat masalah sembelit dan dia mengambil keputusan ‘gila’ berkenaan untuk mencubanya.
    Liu kemudiannya memasukkan belut hidup melalui lubang duburnya dengan harapan masalah sembelitnya berakhir namun malangnya kaedah itu tidak menjadi apabila keadaan menjadi semakin teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
    Pada Mei 2010, seorang lelaki di Sichuan meninggal dunia selepas rakannya memasukkan belut hidup ke dalam lubang duburnya sebagai gurauan sesama rakan.
    Bagaimanapun, belut itu telah merosakkan organ dalamannya dan akhirnya meninggal dunia.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad