• Semasa

    RAKYAT Tidak Sabar Menanti Detik Bersejarah Hari PERTABALAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 Pada 24 April Ini

    RAKYAT Tidak Sabar Menanti Detik Bersejarah Hari PERTABALAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 Pada 24 April Ini

    RAKYAT Tidak Sabar Menanti Detik Bersejarah Hari PERTABALAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 Pada 24 April Ini - RAKYAT Kelantan tidak sabar lagi menunggu detik bersejarah hari pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April ini.

    Seorang pegawai kerajaan Wan Mohd Abu Wan Hasan Wan Ibrahim berkata, sebagai rakyat Kelantan beliau menanti penuh debar hari pertabalan tersebut.

    RAKYAT Tidak Sabar Menanti Detik Bersejarah Hari PERTABALAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 Pada 24 April Ini


    “Alhamdulilah Sultan Muhammad V akan ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 tidak lama lagi. Saya amat gembira sekali.

    “Saya juga berharap kerajaan pusat tidak lagi meminggirkan Kelantan daripada aspek pembangunan seperti yang berlaku sebelum ini.

    “Kami berdoa tuntutan royalti minyak yang sudah lama diperjuangkan rakyat dan kerajaan Kelantan dilunaskan kerajaan Persekutuan,” katanya di Kota Bharu.

    Malah menurutnya isu tersebut pernah dititah Sultan Muhammad V ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini.

    Pada 24 April ini istiadat pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara.

    Di samping itu bacaan surah Yassin, doa selamat dan solat hajat akan diadakan 20 April di Masjid Putra, dan pameran Raja Kita akan diadakan 2 Mei di Muzium Diraja.

    Rosni Mustafar dari Bachok turut melahirkan rasa teruja terhadap pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 tidak lama lagi. - HARAKAHDAILY

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad