Header Ads

Close
  • Semasa

    Maksud 'Duli Yang Maha Mulia' Yang Ramai Orang Salah Faham. Penjelasan Sebenarnya..

    Maksud "Duli Yang Maha Mulia" Yang Ramai Orang Salah Faham. Penjelasan Sebenarnya..

    Maksud 'Duli Yang Maha Mulia' Yang Ramai Orang Salah Faham. Penjelasan Sebenarnya.. Hari Isnin yang lepas, kita baru sahaja menyambut Hari Pertabalan Yang Di Pertuan Agong yang baru, Sultan Muhammad ke V. Seperti dijangka, ada beberapa isu yang timbul antaranya mengenai penggunaan perkataan Duli Yang Maha Mulia.


    Maksud 'Duli Yang Maha Mulia' Yang Ramai Orang Salah Faham. Penjelasan Sebenarnya..


    Bagi sesetengah pihak, ada yang mengatakan perkataan Yang Maha Mulia tidak sesuai digunakan pada manusia sebaiknya hanya layak bagi Tuhan. Mereka mendakwa penggunaan perkataan ini boleh membawa kepada syirik kerana seolah-olah meletakkan seorang Sultan setaraf dengan Tuhan.

    Terima kasih kepada halaman Facebook Page The Patriot yang menjelaskan maksud Duli Yang Maha Mulia ini dengan ringkas dan jelas!

    Maksud "Duli Yang Maha Mulia"

     Adapun "Duli" itu maknanya "debu". Makanya "Duli Yang Maha Mulia" itu maknanya Raja yang bertakhta itu walau seluas manapun jajahan takluknya, hanyalah ibarat debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Adapun "Paduka" itu maknanya "selipar" manakala "Baginda" itu ialah baginda Rasulullah SAW.

    Maksud "Seri Paduka Baginda"

     Makanya "Seri Paduka Baginda" itu maknanya Raja yang berkuasa itu, meskipun segunung emas sepuluh mutu banyak hartanya, hanyalah selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah, utusan Tuhan Yang Maha Mulia.

    Masalah ini timbul akibat kurangnya pemahaman bahasa Melayu itu sendiri. Tertarik dengan komen daripada seorang komentar yang mengambil bait lirik lagu nyanyian Malique (Too Phat):

    Maafkan mereka,
    Mereka tidak tahu,
    Mereka tidak ramas buku,
    Mereka segan ilmu,
    Mereka tidak fasih malah fasik guna kata,
    Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa,
    Maafkan mereka...

    Diharap penjelasan ini jelas dan mampu membuatkan kita lebih bangga dengan keunikan dan kekayaan bahasa Melayu itu sendiri.

    Sumber: Iluminasi

    2 ulasan:

    1. saya kurang yakin dgn penerangan makna2 gelaran YDP Agung ini.

      sila maklumkan dari mana atau Bahasa apa yg memberikan erti bagi setiap perkataan itu seperti yg dinyatakan.

      sebab sy ada terbaca dalam sebuah laman blog seorang guru sebuah madrasah yg menerangkan makna yg berbeza dgn tulisan tuan tetapi lebih menyakinkan serta relevan.

      sy tidak bercadang memuatkannya di sini

      BalasPadam
    2. Ever wanted to get free Google+ Circles?
      Did you know you can get these ON AUTOPILOT AND ABSOLUTELY FREE by using Like 4 Like?

      BalasPadam

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad