Header Ads

  • Semasa

    Mak Panggil PLUMBER Betulkan Paip Rumah. Apa Yang Ditemui Kat Siling Buat Kami Semua SERAM !!! Takut Kami Dibuatnya..

    Mak Panggil PLUMBER Betulkan Paip Rumah. Apa Yang Ditemui Kat Siling Buat Kami Semua SERAM !!! Takut Kami Dibuatnya..

    Mak Panggil PLUMBER Betulkan Paip Rumah. Apa Yang Ditemui Kat Siling Buat Kami Semua SERAM !!! Takut Kami Dibuatnya..Keluarga aku merupakan keluarga yang sederhana. Dulu, papa pernah ada 1 business. Bukan business kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Cukup untuk tampung hidup kami sekeluarga.

    Namun, pada mata orang sekeliling, MUNGKIN zahirnya, keluarga aku seolah-olah senang-lenang. Konon tidur berbantalkan emas. MUNGKIN. 


    Mak Panggil PLUMBER Betulkan Paip Rumah. Apa Yang Ditemui Kat Siling Buat Kami Semua SERAM !!! Takut Kami Dibuatnya..


    Aku rasa, kisah hidup keluarga aku ni, dah sangat sebati dengan masyarakat melayu. Penuh Hasad Dengki. (PHD) Kawan yang papa tolong, waktu dia susah, dibuang keluarga & papa ambil dia kerja dengan business papa, mulai hanyut. 

    Masalahnya, dia tarik papa hanyut sekali!! Kami sekeluarga terkontang-kanting. Keadaan kat rumah terbiar. Mama & papa sakan bergaduh. 

    Sampailah 1 saat, aku tengok, mama makin lesu. Kusut. Mama tak macam yang aku kenali! Sangkaan awalku, mungkin depression. Aku yang jaga mak aku, sedih! Mama tak kenal kami siapa; anak yang dikendongnya dulu! Mama mulai sakit teruk, yang doktor sendiri tak tahu apa puncanya. Aku pun buntu.

    Bila berlarutan, saudara dekatku suruh berubat dengan ustaz. Bukan satu. Banyak! katanya sihir. Bertahun juga. Bila aku masuk boarding school, mama tak cerita sangat apa yang berlaku. Katanya, semua baik-baik aje. Bila aku asasi, masa tu, business papa tu stable. Boleh nak tanggung aku dengan abang aku study kat universiti.


    Dekat rumah, rasa panas je semua. Aku pulak, tinggal dekat rumah sewa. tingkat 4. Bilik aku ada sliding door & aku ada sorang room mate. Kitorang memang jenis suka buka sliding door seluas alam. Malaysia panas kot! ada berapa kali, aku tidur, tiba-tiba aku terkejut! ada benda terbang atas aku! Tengok-tengok, PELESIT bertenggek kat kepala katil, atas kepala aku! Nasiblah room mate aku gagah, tolong bunuhkan. Dia kata macam benda tak elok ni.

    Room mate aku ni suka dinner pastu study kat luar terus tau. Ada 1 malam tu, room mate aku keluar macam biasa. Aku lepas maghrib, tidur jap. Bangun-bangun, tengok katil sebelah tu ade kawan aku. Tapi, EHH!! bukan ke minah ni keluar tadi, kata nak study luar. Dah lah baring kaku, tangan atas pusat, macam tengah solat. Aku pun ape lagi. Tegur lah dia! Kot ada problem ke,kan.

    “Minah! (bukan nama sebenar) kau bukan keluar ke tadi? Awal nau balik!”. Pastu, dia boleh toleh pusing kepala dia je pandang aku, tenung aku je tak cakap ape ape. Kelip pun tak. Eh! Dia ni! Pastu aku cakap lah, “kau tak jadi keluar eh? Kau dah kenapa baring camtu, pandang aku camtu?”. tapi dia buat dek je! cisss! Aku pun “takpe lah kalau kau senyap je. aku ngantuk!” dia duk tenung je aku tapi aku malas layan.

    Tiba-tiba aku terbangun sebab si kawan aku ni buka pintu bilik, nyanyi happy semacam. Aku mamai, duk tanya dia. “Eh minah! happy dah? tadi kau baring senyap je. Ade problem ke? Kejapnye keluar”. Kawan aku blur, duk cakap, “aku baru baliklah ni! kau ni mengigau ni! Aku siap lambai-lambai lagi”. Pastu, dah duk argue, bila rasa macam eh. eh. Hmmm, bayang jelah ye apa aku rasa.

    Aku memang jenis malas sikit nak dinner luar. Aku punya katil memang menghadap sliding door. Ada satu malam tu, aku study atas katil, guna meja study kecik tu. Pastu aku rasa semacam. Aku dongaklah pandang depan. Ah sudah! Elok je kat depang sliding door tu, tengah duk tenung aku, satu lembaga ni, besar gak lah, dengan rambut mengurai, Cik Ponti. Aku dah nampak,aku buat bodoh. Sebab terkejut sangat. Tergamam. dia pun duk tenung aku kat sliding door tu je. Ada dalam 10 langkah. Sebelah aku ada Quran. Sebab tu kot dia tak masuk. Aku duk baca macam-macam dah dalam hati. Benda ni jadi few times. Aku balik, cerita kat mak aku. Sebab macam-macam jadi bulan tu.


    Ada sekali tu aku dengan adik aku tengah tengok TV, sebelah TV, ada tingkap. Aku cakap kat adik aku. “Eh dik! Ada orang datang ke?” Dia tanya siapa? “tu kat tingkap tu. badan macam tegap, tinggi. Duk tercongok je perhati kita.” Dia duk nafi tak nampak ape. Tapi memang sumpah, ada je. Banyak kali gak. Kat pintu lah, tingkap lah. Tapi aku stress sebab aku sorang je yang nampak.

    Kadang-kadang, abang aku bawak kawan-kawan dia datang rumah. Kawan-kawan dia pulak yang jenis boleh nampak. Masing-masing cuak. “weh! rumah kau ni ada macam-macam. Pergi berubat lah!” “weh! ada benda atas bumbung kau!” “weh! ada Cik ponti atas bumbung rumah kau!” “weh! ada lembaga!”

    Masa tu makin rancak. Aku keluar, kadang-kadang aku rasa benda tu ada ikut. Aku cakap kat kawan aku. “Weh. kau rasa kau berani tak? Ada benda ikut kita ni. Dia berdiri sebelah kau” Haaa tak berani rupanya dia.


    Aku pulak anak perempuan tunggal. Mula-mula aku tak percaya. tapi lepas jumpa macam-macam doktor taktahu punca, aku redha lah. Ada 1 hari tu, mak aku panggil plumber. Suruh betulkan paip & dia nak panjat bumbung. Dia panjat masuk ikut ceiling tu. Lepas tu dia tanya mak aku, “kenapa akak letak batu nisan dengan kain kuning kat atas ni?” Ahah. Seram kejap. Ustaz kata, ramai orang yang dengki. Ada orang hantar macam-macam kat family aku. Orang tu tak lain tak bukan, kawan papa tu.

    Memang macam-macam dia buat, sampai lah business papa lingkup, dia sapu semua. Family aku jatuh tersungkur. Lagi susah dari dulu. Semua harta kena tarik. Semua kereta kena tarik sekelip mata. Aku hampir-hampir nak quit degree sebab time tu pun tak dapat MARA lagi. Sekarang ni, dah bertahun jugak kitorang suffer. Ni, kitorang baru je nak rasa bernafas tenang. Hidup tenang. Tak senang pun macam dulu tapi hidup ala kadar. Boleh lah happy ending kan?! tettttt salah!


    Sebab taknak kitorang hidup senang! Asthaghfirullah! Serious, family aku tak senang pun. Setakat mampu nak bayar hutang je sekarang ni. Tunggu jelah malam ni, tepat pukul 9. Replay ayat-ayat Ruqyah aje lah. Persoalannnya, yang aniaya family aku ni, orang terdekat dengan parents aku. Dorang tu jauh lagi senang dari family aku. 

    Kereta harga ratus ribu boleh tukar-tukar. Banyak pulak tu. Tolonglah doakan keselamatan family aku. Aku nak keluarga aku bebas dari mainan dengki manusia & sihir. Aku masih perlukan family aku! Aku tak punya harta. Family aku jelah harta yang aku ada. – Nora via IIUM.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad