Header Ads

BTCClicks.com Banner
  • Semasa

    Budak nyaris mati tercekik gara-gara pengasuh berdendam dengan si ibu

    Budak nyaris mati tercekik gara-gara pengasuh berdendam dengan si ibuFUZHOU, CHINA - Alangkah terkejutnya sasangan suami isteri apabila mendapati anak mereka didera oleh pengasuh yang baru diupah sebulan yang lalu menerusi rakaman video live di telefon bimbit mereka, lapor Daily Mail. 

    Budak nyaris mati tercekik gara-gara pengasuh berdendam dengan si ibu

    Tindakan pengasuh berusia 40'an yang memukul dan mengoncang mangsa berusia setahun itu dirakam oleh monitor yang dipasang ibu bapa mangsa. 


    Budak nyaris mati tercekik gara-gara pengasuh berdendam dengan si ibu


    Apabila ibu bapa mangsa mempersoalkan tindakan wanita berkenaan, dia menjelaskan bahawa emosinya tidak begitu baik pada hari kejadian, sebelum keluar dari rumah majikan dengan membawa bersama beg pakaiannya. 

    Zhang dan isterinya, Chen, mengupah Cik Zhou, berasal dari wilayah Jiangxi melalui sebuah agensi sebulan lalu untuk menjaga anak mereka kerana mereka sibuk menguruskan perniagaan. Pasangan itu kemudian memasang monitor di rumah untuk memantau anak dan pengasuh berkenaan yang videonya boleh disiarkan ke telefon bimbit mereka sepanjang masa. 

    Sekitar jam 6 petang, 18 Mac lalu, alangkah terkejutnya Zhang apabila mendapati pengasuh berkenaan menyuap nasi pada anaknya secara paksa dan hampir menyebabkan anaknya tercekik. 

    Video rakaman yang dikongsikan itu juga menunjukkan mangsa muntah di atas meja, lalu kepalanya ditampar oleh pengasuh. Selain itu, hidung mangsa turut dipicit pengasuh untuk memastikan kanak-kanak itu menelan makanannya. Biarpun mangsa menangis, pengasuh itu langsung tidak menghiraukannya. 

    Ketika kejadian itu berlaku, Zhang dan isterinya berada di Quanzhou, menyebabkan mereka segera pulang ke Fuzhou pada keesokan pagi dan segera membawa mangsa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

    Zhang dan Chen kemudian berdepan dengan Zhou di rumah dan bertanya mengapa dia mendera anak mereka. Namun Zhou menafikan dakwaan itu. Selepas Ditunjukkan video rakaman tersebut, Zhou akhirnya mengaku dan menjelaskan emosinya tidak begitu baik pada hari kejadian sebelum melarikan diri dari rumah itu dengan beg pakaiannya.  

    Menurut Chen, dia sebelum ini pernah menegur Zhou yang membawa anaknya pergi ke tempat orang ramai. Chen mengesyaki Zhou tidak berpuas hati dengan teguran itu lalu melepaskan kemarahannya itu pada anak mereka. 

    Menurut laporan Shanghai Daily, mangsa disahkan menghidap aspiration pneumonia akibat didera pengasuh berkenaan. Polis kini sedang menyiasat kes tersebut. - The Reporter

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad