Header Ads

  • Semasa

    "Perut Anak Lapar, Saya Curi Daging Buat Rendang" - Luah Ibu Tunggal

    "Perut Anak Lapar, Saya Curi Daging Buat Rendang" - Luah Ibu Tunggal

    "Perut Anak Lapar, Saya Curi Daging Buat Rendang" - Luah Ibu TunggalGara-gara mencuri bahan untuk membuat rendang, seorang ibu tunggal dibebaskan dengan bon berkelakuan baik kerana oleh Mahkamah Majistret Seremban..

    Nor Farina Che Ya, 38, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,500 tanpa penjamin oleh Majistret Rahimah Rahim yang membuat keputusan selepas mendengar rayuannya.

    Dia mengaku mencuri di sebuah pasar raya berhampiran Dataran Centrio, Seremban 2, Seremban, sekitar jam 6 petang, pada 5 Ogos lalu, lapor Sinar Harian.

    "Perut Anak Lapar, Saya Curi Daging Buat Rendang" - Luah Ibu Tunggal


    Barang-barang yang dicurinya adalah daun kunyit, daun pandan, serai, daging kambing, syampu rambut, minyak angin, pakaian dalam, seluar dan tudung, semuanya dianggarkan bernilai RM262.86.

    Mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, hukuman maksima yang diperuntukkan adalah 10 tahun penjara dan denda. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, pesalah boleh dihukum penjara, denda atau sebatan.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng, manakala Nor Farina yang tidak diwakili peguam tidak dapat menahan air mata selepas keputusan dibacakan.

    Nor Farina memberitahu mahkamah, dia menghidap diabetes kronik dan mempunyai anak perempuan berusia 10 tahun yang menghidap penyakit hipoglisemia.

    Katanya, dia mencari nafkah dengan mengutip dan menjual kotak serta barang lusuh dan menerima bantuan bulanan RM150.

    "Saya nak buat rendang.

    "Saya curi daging... curi serai untuk buat rendang... sebab tak mampu," kata Nor Farina dipetik sebagai berkata sambil berlinangan air mata.

    Ibu tunggal berusia 38 tahun itu dilaporkan nekad melakukannya perbuatan tersebut walaupun sedar tindakan itu berdosa dalam Islam dan salah di sisi undang-undang susulan tertekan dengan desakan hidup.

    “Memang masa buat tu saya tak fikir apa. Saya cuma fikir perut anak yang lapar. Saya kata pada diri sendiri, biarlah saya tanggung dosanya. Apa saya mampu bayar cuma beras pulut yang harganya lima ringgit lebih.

    "Macam pakaian tu, saya teringin sangat nak rasa. Bukan untuk saya saja, tapi untuk anak. Saya ambil tudung," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.

    Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Sembilan, Mohamad Hapil berkata, pihaknya akan menghantar pegawai untuk menyiasat situasi menimpa wanita berkenaan sebelum mempertimbangkan permintaannya.

    Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Kamal Amran Kamarudin pula berkata, pihaknya juga akan membuat semakan bagi memastikan kesahihan dakwaan Nor Farina berhubung permohonan bantuan Baitulmal.

    Sumber: Malaysiakini

    1 ulasan:

    1. Apakah dengan jumlah kecurian yang dilakukan oleh siibu tunggal ini boleh menyebabkan pasaraya berkenaan boleh jatuh bankrap? Bila dah terjadi barulah semua jabatan berkenaan sibuk melulu seolah-olah sebelum ini hanya menunggu lapuran datang atau sipengadu mohon bantuan, tapi amat sulit dan terlalu berbirokrasi. Perlu dapatkan tandatangan sana sini atau surat berbagai yang kadangkala diluar keupayaan sipemohon kerana masaalah tertentu yang tak mudah diungkapkan. Apahal dengan ketua kampung setempat dan JKKnya. Apa hal dengan pegawai daerah berkenaan, atau apa pula peranan JKM setempat, dan bagaimana pula dengan jabatan agama negeri dan baitulmalnya? Malang sekali semuanya berfungsi sekadar perlu saja. Kalau tak hebuh dek berita bergaji butalah semuanya. Baitulmal nak tunggu yang macamana lagi untuk salur bantuan? Nak tunggu yang kenal suku sakat sendiri? Atau rekomendasi sipolan-sipolan? Cakap mencontohi agama memang bijak tapi praktiknya terlalu lemah! Jabatan Agama atau baitulmal terkumpul dana begitu banyak nak buat apa? Takut nanti sendiri yang sapu kerana lemah dek dugaan yang selalu menggugat rasa lantara iman yang tercabar. Perkara seperti ini pernah ada berlaku, sesuatu yang amat memalukan kerana gagal berfungsi secara wajar. Bagaimana nasib siibu tunggal ini, dah tentu tiada peguam nak mewakilnya kecuali peguam fulus bagi orang yang mampu. Pihak berkenaan jangan sekadar bermukaddimah saja, tak jelajah ke

      BalasPadam

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad