Header Ads

Close
  • Semasa

    Kisah Seram: Misteri Rumah Sewa Bumbung Tinggi Yang Berhantu

    Kisah seram ini berlaku pada tahun 2012. Ini merupakan kisah benar yang saya alami sendiri. Ketika itu saya merupakan pelajar semester akhir dan menyewa sebuah rumah di taman berhampiran. Hari pertama masuk rumah tu saya pelik sangat sebab rumah setingkat je, tapi bumbung rumah tu tinggi macam rumah ada loteng. Pakcik saya pernah cakap rumah yang bumbungnya tinggi ada benda suka duduk di antara bumbung dengan lantai. Tapi nak buat macam mana sebab rumah pun dah siap bayar untuk 1 semester, jadi duduk jelah.

    Kisah Seram: Misteri Rumah Sewa Bumbung Tinggi Yang Berhantu

    Kisah Seram: Misteri Rumah Sewa Bumbung Tinggi Yang Berhantu

    Ketika itu saya dan 4 lagi teman serumah merupakan pelajar semester akhir. Memandangkan kami hanya berlima, maka kami membuat keputusan untuk menyewa sebuah rumah setingkat. Pada hari pertama masuk ke rumah itu, saya terkejut apabila melihat siling sangat tinggi hampir sama dengan rumah double storey. Pakcik saya pernah berkata bahawa benda halus suka duduk di antara bumbung yang tinggi dan lantai. Masalahnya duit rumah sewa untuk 1 semester telah pun bertukar tangan. Redha sajalah duduk di situ untuk beberapa bulan.

      rumah sewa 
    Setiap hujung minggu dua orang teman serumah kami (lain course) akan selalu pulang ke rumah. Tak tahulah masalah homesick ke apa. Jadi tinggallah kami bertiga (sama course) ni. Satu malam, kami study sama-sama di meja makan dekat ruang tamu. Saya menghadap ke pintu dapur, manakala mereka berdua menghadap pintu utama rumah. Sedang asyik mengira, tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dari arah pintu dapur yang menghala ke ruang mesin basuh. Mata saya bulat menatap pintu.

      study

    Kisah Seram: Misteri Rumah Sewa Bumbung Tinggi Yang Berhantu

    Kawan saya bertanya “Bunyi ape tu kak?”. Saya hanya menggelengkan kepala tapi hakikatnya saya tahu rangka katil besi yang tersandar sendeng di ruang mesin basuh itu telah menghempap mesin basuh.”Kak, jom la tengok” bukan main cemas lagi muka semua orang. Perlahan-lahan kami berjalan ke dapur. Disebabkan saya paling ‘kakak’, jadi sayalah yang di hadapan. Sempat lagi tangan mencapai pisau kiwi baru beli di Tesco petang semalamnya.

      pegang pisau 

     “Siapa tu?” saya buat-buat berani nak tanya. Dalam hati ni kenapalah asyik saya aje yang terpaksa memberanikan diri yang hakikatnya hampeh. Mereka berdua hanya mengekori dari belakang. Semasa nak buka pintu, saya pejamkan mata sambil baca ayat kursi kuat-kuat. Saya tak nak nampak apa-apa. Kawan-kawan saya di belakang ternampak makhluk genit tetapi mengerikan tertenggek di atas alang rangka katil itu. Lantas mereka tarik tangan saya lalu menutup pintu. Saya terduduk atas bungkusan sabun serbuk. Alhamdulillah tak ada masalah peranakan jatuh.

      makhluk seram 

    Akak, kitorang nampak kak. Akak nampak tak? Apa kita nak buat ni?!” Saya yang memang tak nampak apa-apa bingung. “Korang nampak apa? Bawak mengucap. Baca bismillah banyak-banyak. Jangan lupa ayat kursi”. Segera saya menyuruh mereka ambil wuduk dan baca yassin. Bila teringat balik, nasib baik bukan saya yang nampak. Semasa kami baca yassin, rumah kami menjadi panas tiba-tiba. “Kamu pergi bukak tingkap” arah saya. Kemudian terus membaca. Tiba-tiba pintu rumah dicakar-cakar berulang kali. Besi grill diketuk-ketuk. Bingit sungguh. Mahu berpesta agaknya. Selesai membaca yassin, kami pagarkan rumah. Kemudian bunyi yang bising pun hilang.

      baca_yasin 

     Keesokan harinya lepas solat subuh saya pergi melihat pintu di hadapan. Ketara sungguh kesan cakaran 3 kuku. Saya dah terbayang muka tuan rumah akan marah tengok keadaan pintu rumah macam ni. Lepas itu saya pergi melihat keadaan ruang mesin basuh pula, besi katil yang menghempap mesin basuh itu kembali terletak pada kedudukan asalnya. Lama saya berfikir, mungkin mereka marah sebab masuk di rumah yang telah ditinggalkan lebih 3 hari sebelum kami masuk tanpa meminta izin. Mungkin jugak mahu meng’orientasi’kan kami. Selepas kejadian itu, kami tidak sekali pun meninggalkan rumah kosong lebih dari 3 hari. Kalau mahu pulang ke kampung pun bergilir-gilir 

    sampai hujung semester. tangan hantu 

     Kisah seram ini telah dikongsikan oleh seorang pembaca yang tidak mahu namanya di sebutkan di ruangan ini. Kesimpulannya, jika kita berpindah ke rumah yang baru tidak kiralah menyewa atau membeli, haruslah kita membuat solat hajat atau bacaan doa selamat untuk mendinding rumah itu daripada sebarang gangguan makhluk halus ini. Sekian, terima kasih. - kisahseram .com

    Tags: hantu paling seram, cerita hantu, cerita seram, hantu seram, kisah benar, cerita hantu seram, cerita seram kisah benar, kisah seram benar, cerita hantu paling seram, cerita benar

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad