Header Ads

  • Semasa

    Doktor keluarkan Cyst 33kg dari perut wanita berusia 24 tahun (5 Gambar)

    Doktor keluarkan Cyst 33kg dari perut wanita berusia 24 tahun - Seorang wanita dipercayai mempunyai cyst (sista) terbesar di dunia yang mengandungi LIMA batu tumor telah berjaya dikeluarkan dalam usaha menyelamatkan nyawa wanita tersebut, lapor Mirror.

    Doktor keluarkan Cyst 33kg dari perut wanita berusia 24 tahun

    Imbasan menunjukkan ketumbuhan itu telah membengkak sebanyak 5 stone 3 lbs (33 kg) dalam masa lebih kurang setahun - menyebabkan wanita berumur 24 tahun tidak ingin dinamakan tersebut boleh mengalami kegagalan jantung.

    Pertumbuhan tersebut bersamaan dengan berat 10 bayi baru lahir - atau lebih kurang dengan berat seorang budak berusia 10 tahun.

    Butiran berkenaan pembedahan tersebut baru sahaja diketahui ramai setelah pesakit berkenaan pulih sepenuhnya dan telah kembali ke kehidupan asalnya.

    Doktor keluarkan Cyst 33kg dari perut wanita berusia 24 tahun


    Wanita dari Mexico yang tidak ingin dinamakan itu pada mulanya terkesima dengan kenapa perutnya terus membesar sedangkan beliau sedang dalam diet dan telah bertambah berat badan sebanyak 61 bs (4.3st/27 kg). 

    Tekanan daripada cyst tersebut telah menyebabkan beliau menghadapi kesukaran berjalan, bernafas dan makan akibat daripada mampatan terhadap organ beliau.

    Doktor tiada pilihan lain kecuali untuk melakukan pembedahan

    Dr Erik Hanson Viana, 27, Hospital Umum Mexico, telah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan cyst tersebut, dipercayai paling terbesar dikeluarkan keseluruhan pada tahun lepas.

    Kini, setelah lebih 6 bulan, butiran berkenaan pembedahan tersebut didedahkan memandangkan pesakit tersebut telah pulih dan kembali ke kehidupan asalnya.

    Dr Hanson dari Mexico City berkata, ”Ini merupakan cyst terbesar yang saya pernah saya bedah, ia sangat besar sehingga mengambil ruang sebanyak 95% di dalam perut beliau.


    “Ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku untuk membedah cyst sebesar begini, dengan garis pusat setengah meter dengan ukur lilit adalahnya 157 sentimeter.

    “Dalam semua kajian yang dilakukan, ini adalah dipercayai cyst ovari terbesar yang dikeluarkan keseluruhannya, tanpa memecahkan atau mengeluarkan isi kandungannya.

    “Terbesar di dalam sejarah pada tahun 1902 mempunyai berat 320lb dan ia memerlukan beberapa hari untuk mengalirkan isi kandungannya, saya tidak boleh bayangan dengan cyst yang sebegitu besar.

    ”Pesakit agak berisi, jadi selepas beliau mula berdiet, beliau perasan muka, tangan dan kaki beliau semakin mengecil tetapi perut beliau semakin membesar.

    “Bila saya bertemu beliau, dia cuma boleh jalan beberapa langkah sahaja sebelum dia berasa resah dan seakan-akan mengalami kesukaran untuk bernafas kerana cyst tersebut telah menghimpit paru-paru beliau.

    “Sesetengah pakar mengatakan cyst gergasi ialah yang lebih daripada 10 sentimeter, selain dari itu ia perlu mempunyai berat sebanyak 26lb (12kg) atau perlu lebih tinggi daripada pusat pesakit - cyst ini adalah lebih besar daripada semua itu.

    “Kalau kita tidak melakukan pembedahan tersebut, ia akan menyebabkan pesakit tidak dapat berjalan, mengalami kekurangan zat makanan yang teruk dan tidak boleh makan. Susah untuk dikatakan berapa lama dia boleh hidup, tetapi ia merupakan kualiti kehidupan yang teruk.


    “Dua hari selepas pembedahan pesakit berjalan keluar dari hospital. Sebelum ini dia telah biasa membawa lebihan sebanyak 73lb (33kg) kerana cyst tersebut, jadi pergerakan beliau seolah-olah rasa terapung dan seperti berjalan di atas bulan.

    “Bila kami berjumpa dengan pesakit selepas 6 bulan kemudian untuk melihat sama ada jahitan pesakit telah pulih dan untuk memastikan tiada masalah lain, pesakit telah pulih sepenuhnya.

    “Pesakit mampu berdiri lurus sepenuhnya. Dia sekarang berjalan seperti orang biasa tanpa memerlukan bantuan tongkat atau apa-apa jenis bantuan dan sekarang perut pesakit telah rata semula," katanya.

    Pesakit telah dirujuk ke Hospital Umum Mexico sebagai langkah terakhir disebabkan saiz cyst ovari tersebut dan pembedahan yang rumit diperlukan untuk mengeluarkannya.

    Pada tahap ini cyst gergasi tersebut adalah seberat 5st 3 (73lbs/33 kg) dan membesar pada kadar lebih kurang 6lbs setiap bulan.

    Dr Hanson berkata, ”Kerana cyst itu menjadi sangat besar, ia telah mula menekan usus dan menghalang pesakit daripada makan. Pesakit akan rasa kenyang dengan hanya memakan sedikit makanan dan oleh kerana saiz cyst tersebut, sukar untuk makanan lalu ke perut pesakit.

    Doktor keluarkan Cyst 33kg dari perut wanita berusia 24 tahun

    “Cyst tersebut juga menekan dua saluran utama di dalam badan iaitu urat dan arteri, yang boleh menyebabkan masalah jantung yang serius.” katanya.

    Kerana saiz tersebut, Dr Erik Hanson dan Dr Abel Jalife mengeluarkan tumor itu secara keseluruhan kerana risau penyaliran cyst tersebut boleh membahayakan nyawa pesakit.

    Lebih kurang 20% cyst gergasi adalah malignan (berbahaya), bermaksud jika cyst tersebut dipecahkan ia akan berisiko menyebarkan sel tumor ke dalam badan pesakit.

    Doktor keluarkan Cyst 33kg dari perut wanita berusia 24 tahun

    Dr Hanson berkata lagi, ”Masalah dengan cyst jenis begini adalah 80% benigna (tidak berbahaya) tetapi lebih kurang 20% boleh jadi malignan, dan kita tidak tahu ia jenis apa sehinggalah kita keluarkan ia.

    “Menyalirkan ia keluar sebelum itu agak berbahaya sekiranya ada cecair yang tertumpah dan berisiko mencemarkan dinding perut pesakit dan menyebarkan sel tumor. Tetapi untuk mengeluarkannya secara keseluruhan juga sukar kerana dinding cyst ialah senipis 1 ml dan perlu dipastikan tidak mengering atau ia boleh koyak juga.

    “Tiada persetujuan umum di dalam komuniti perubatan tentang apa cara terbaik untuk membedah cyst gergasi. 

    “Pesakit memilih untuk mengeluarkan secara keseluruhan cyst ovari tersebut daripada mengeluarkan bendalir dulu, walaupun pesakit mengetahui dia akan mempunyai parut yang panjang. Pesakit masuk ke bilik bedah dengan mengetahui beliau akan mendapat parut sepanjang dari dada ke kawasan kemaluan, beliau tidak risau dan rasa gembira.

    “Pesakit mengalami kesan regangan di perut dan kulit di kawasan perut adalah berkedut, tetapi sekarang dinding perut beliau telah kembali ke tempat sepatutnya. 

    Pesakit telah pulang semula ke kehidupan asal di bahagian luar bandar Mexico, dengan jarak sehari perjalanan dari Hospital Umum Mexico.

    Dr Hanson berkata, ”Sebahagian besar apa yang kami lakukan adalah rasa kepuasan bila rasa dapat mengubah kehidupan seseorang sepenuhnya dan mengetahui mereka tidak akan melupakan kita, walaupun mereka lupa untuk mengucapkan terima kasih.” - Terjemahan Farta Ag Jair khas untuk The Reporter sahaja. 

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad