Header Ads

  • Semasa

    Dah ragut, tak mengaku pula

    Dah ragut, tak mengaku pula - Dua lelaki yang menunggang motosikal cuba meragut beg tangan seorang wanita, gagal melarikan diri apabila orang awam bergegas membantu mangsa. 

    Dah ragut, tak mengaku pula

    Difahamkan kejadian berlaku petang semalam di Kampar, mangsa yang berada di dalam keretanya (Proton Wira) dihampiri dua suspek berkenaan dan salah seorang suspek membuka pintu kereta dan menarik beg tangannya sebelum cuba melarikan diri. 

    Kejadian itu disedari oleh beberapa orang awam berhampiran lalu bergegas menghalang dua suspek yang cuba melarikan diri. 


    Dah ragut, tak mengaku pula


    Motosikal suspek diterajang menyebabkan mereka berdua terjatuh lalu dibelasah orang awam. Namun kedua-duanya masih cuba bergelut melarikan diri sehingga memaksa campur tangan lebih ramai orang awam. 

    Setelah ditangkap, salah seorang suspek berhelmet merah pula menafikan dakwaan kononnya mereka meragut beg tangan mangsa. Sebaliknya mendakwa dia memberhentikan motosikalnya kerana telah melanggar pintu kereta mangsa yang dibuka secara tiba-tiba. 

    Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas sekali menunjukkan dua suspek berkenaan sememangnya berniat mahu meragut mangsa. 

    Difahamkan suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - The Reporter

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad