Header Ads

Close
  • Semasa

    "Tolonglah bagi keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan bila menggunakan lif"

    "Tolonglah bagi keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan bila menggunakan lif" - 'Tolonglah beri keutamaan pada orang yang lebih memerlukan," demikian tulis seorang pengguna Facebook semalam yang menyeru orang ramai memberi keutamaan kepada empat golongan yang lebih berhak menggunakan perkhidmatan lif.

    "Tolonglah bagi keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan bila menggunakan lif"
    Gambar kiri, peringatan etika penggunaan lif dari IOI City Mall kepada kakitangan dan pekerja penyewa premisnya. Gambar kanan, gambar hiasan sahaja | Google Images
    Sarah Belle, memuat naik gambar papan tanda di IOI City Mall yang menyeru agak kakitangan dan pekerja penyewa di pusat beli-belah itu mematuhi etika penggunaan lif. 

    "Tolonglah bagi keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan bila menggunakan lif"


    "Rasa-rasanya kenapa IOI Mall letak signage ini di lif? Saja nak mencantikkan dinding ke? Ada ke mereka tulis 'Pertandingan siapa cepat masuk lif dulu, dia menang'?. 

    "Let me tell you this. In my concious mind I think it says give priority to adult with kids, pregnant ladies, OKU and the elderly. So if you are the fit ones, elok sempurna kaki, yang ada boyfriend di sebelah tolong pimpin tangan itu, tolong beli keutamaan dekat orang yang lelbih memerlukan. 

    "Unless lif itu kosong, you may use it as much as you like. Yang orang-orang lebih perlu ini pula nak bagi laluan pada kau. Eh tolong pupus please!" tulisnya jam 10.34 malam Sabtu. 

    Disebabkan kurangnya kesedaran sivik segelintir masyarakat kita, menyebabkan ibu bapa tiada pilihan dan terpaksa membawa anak (dukung/stroller) menggunakan eskalator ke tingkat destinasi. 

    Dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini, seorang wanita cedera di bahagian belakang betisnya yang ditusuk besi eskalator. Siasatan awal pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan mendakwa, terdapat penyalahgunaan lif antara faktor kejadian menimpa wanita berkenaan. 


    "Tolonglah bagi keutamaan kepada golongan yang lebih memerlukan bila menggunakan lif"


    Dalam kenyataan pusat beli-belah itu menyatakan, ada segelintir pengunjungnya tidak mematuhi etika penggunaan eskalator seperti bersandar di tepi eskalator, tidak berdiri di dalam garisan kuning, ibu bapa bawa stroller bayi menggunakan eskalator. 

    BUKAN TAK PERNAH TEGUR TETAPI...

    Sesetengah netizen, khususnya golongan ibu bapa pernah menegur agar pengunjung yang bukan dalam empat kategori diutamakan itu memberi ruang kepada mereka, tetapi respon yang diberikan agak mengecewakan. 

    "Saya pernah tegur dan beritahu di luar lif ada signage utamakan empat golongan tersebut. Namun, bila ditegur, tiada seorang pun yang melangkah keluar, malah masih berebut dan buat tak tahu dengan teguran saya. 

    "Akhirnya saya terpaksa mengalah dan menunggu giliran yang seterusnya yang juga sama, lif dipenuhi dengan mereka-mereka yang tidak sepatutnya menggunakan lif ketika waktu kemuncak," kata Ernest Chua. 

    Justeru, sampai bila masyarakat kita terus merampas hak empat golongan ini? Dan bila ibu bapa tiada pilihan terpaksa membawa stroller menggunakan eskalator pula dikecam, sedangkan pernahkah terfikir mengapa mereka menggunakan eskalator disebabkan wujudnya golongan yang suka mengenepikan hak-hak orang lain? - The Reporter

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad