Header Ads

Close
  • Semasa

    Ngeri! Remaja maut tercampak keluar dari 'Swing Ride'

    Ngeri! Remaja maut tercampak keluar dari 'Swing Ride' | CHINA - Seorang remaja perempuan maut selepas tercampak keluar dari permainan buaian 'A Journey in Space' yang rosak di sebuah taman hiburan. 

    Ngeri! Remaja maut tercampak keluar dari 'Swing Ride'

    Kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari di daerah Fengdu, Chongqing, selatan barat China, mangsa yang berusia 14 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital. 

    Kejadian mengerikan itu sempat dirakam oleh seorang pengunjung yang kemudian di muat naik ke media sosial. 


    Ngeri! Remaja maut tercampak keluar dari 'Swing Ride'


    Video menunjukkan alat pengunci keselamatan tempat duduk mangsa terbuka secara tiba-tiba dan menyebabkan badan mangsa terjuntai selama lima saat dan dihentak pada papan tanda permainan berkenaan sebelum tercampak ke lantai. 

    Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menjerit ketakutan, sehingga ada segelintir pengunjung segera melarikan diri dari permainan tersebut kerana bimbang jika mesin tersebut rosak dan serpihan objek menimpa mereka. 



    Beberapa orang awam dilihat mendekati mangsa dan cuba menyelamatkannya dengan bantuan pernafasan dari mulut ke mulur (CPR). 

    Mangsa dikejarkan hospital pada jam 2.20 petang. Namun doktor gagal menyelamatkan mangsa. 

    Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan mengambil keterangan saksi-saksi kejadian. - The Reporter

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad