• Semasa

    Mydebat.com

    Mydebat.com


    Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bermula Februari

    Posted: 19 Feb 2017 02:50 AM PST


    Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bermula Februari. Bagi mereka yang berjaya mendapatkan BR1M pasti akan menunggu pembayaran ke dalam akaun. Pembayaran pertama akan bermula pada bulan Februari…

    [Update 17 Feb 2017] Pembayaran ansuran pertama BR1M 2017 akan dibuat mulai 18 Februari 2017 bagi baucar tunai sahaja. Bayaran debit terus ke akaun bank akan bermula 22 Feb 2017 (sumber).

    Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M  RM1200 akan menerima 3 kali pembayaran iaitu :
    • Februari – RM400
    • Jun – RM400
    • Ogos – RM400

    Jadual Pembayaran BR1M 2017 Bermula Februari

    Bagi Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001-RM4000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M  RM900 akan menerima 3 kali pembayaran iaitu :
    • Februari – RM300
    • Jun – RM300
    • Ogos – RM300
    Individu berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah akan memperolehi BR1M RM450
    • Februari – RM450
    Bagi sesiapa yang belum kemaskini BR1Mboleh KLIK SINI untuk panduan..
    SYARAT KELAYAKAN
    • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
    • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah. Jadual Pembayaran BR1M 2017
    • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
    • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
    • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.
    Kemukakan Salinan:
    • MyKad bagi pemohon
    • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
    • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
    Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. 
    Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.
    SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017
    1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1Mkategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017. Jadual Pembayaran BR1M 2017
    2. Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
    • Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
    • Kad Pengenalan Asal Waris
    HUBUNGI
    ☎ Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    📞 Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716
    ✉ eMel : br1m@treasury.gov.my
    📃Faksimili BR1M MOF : 03-8882 3933
    📭Sekretariat BR1M :
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
    NOTIS AMARAN ⚠⚠⚠⚠⚠
    AMARAN LHDNM BERKENAAN eMEL DAN SMS PALSU BR1M
    LHDNM WARN OF FAKE eMAIL AND SHORT MESSAGE SEVICE (SMS) ON BR1M
    PERINGATAN ⚠⚠⚠⚠⚠
    1. MOF telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1Mdi media sosial seperti berikut:
    a. http://brim-hasil.net/
    b. https://www.facebook.com/BR1M3/
    2. Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
    3. Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

    Kemalangan Remaja Berbasikal: Polis Bebaskan Pemandu Wanita

    Posted: 19 Feb 2017 01:23 AM PST

    Kemalangan Remaja Berbasikal

    Kemalangan Remaja Berbasikal: Polis Bebaskan Pemandu Wanita - Polis membebaskan pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan lapan remaja berbasikal di sini.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, setakat ini, tiada tanda menunjukkan wanita itu memandu laju, mabuk atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu dalam insiden pada pukul 3.30 pagi Sabtu itu.


    Kemalangan Remaja Berbasikal: Polis Bebaskan Pemandu Wanita

    Beliau juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menjadikan kejadian itu isu perkauman.

    Nur Jazlan berkata demikian kepada pemberita pada majlis jamuan Tahun Baharu Cina anjuran kawasan Pulai pada Ahad.

    BACA: Sekolah Diarah Kesan Pelajar Geng Basikal, Mak Bapak Sedap Membuta Kat Rumah!  – Luahan Cikgu 

    Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya lebih bertanggungjawab dan memantau pergerakan anak-anak terutama pada waktu malam.

    Kemalangan Remaja Berbasikal: Polis Bebaskan Pemandu Wanita

    "Kerajaan negeri juga boleh menyarankan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap kanak-kanak yang merayau-rayau pada lewat malam," katanya.

    Pada Sabtu, sekumpulan lapan remaja berbasikal maut dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, dekat Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah. - mStar

    Sekolah Diarah Kesan Pelajar Geng Basikal, Mak Bapak Sedap Membuta Kat Rumah! – Luahan Cikgu

    Posted: 19 Feb 2017 12:05 AM PST

    Sekolah Diarah Kesan Pelajar Geng Basikal, Mak Bapak Sedap Membuta Kat Rumah!

    Sekolah Diarah Kesan Pelajar Geng Basikal, Mak Bapak Sedap Membuta Kat Rumah!  – Luahan Cikgu | Johor Baharu – Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan pihak semua supaya mengesan dan memberi sesi kaunseling kepada pelajar terbabit dengan kumpulan yang melakukan aktiviti berbasikal waktu malam di sekitar bandar raya ini.

    Sekolah Diarah Kesan Pelajar Geng Basikal, Mak Bapak Sedap Membuta Kat Rumah!


    Pengarahnya, Shaharudin Sharif berkata, pihak sekolah sering kali memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang terbabit dengan kumpulan berbasikal semasa perhimpunan sekolah namun masih ada segelintir pelajar ingkar dengan peringatan tersebut.
    Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa murid supaya melarang anak-anak mereka keluar lewat malam serta memantau pergerakan dan aktiviti mereka.
    Tambahan pula, ibu bapa juga memainkan peranan penting dengan melupuskan basikal-basikal yang diubah suai tanpa ciri-ciri keselamatan yang dimiliki anak-anak mereka.

    Sekolah Diarah Kesan Pelajar Geng Basikal, Mak Bapak Sedap Membuta Kat Rumah!  – Luahan Cikgu

    Beliau berkata demikian semasa melawat waris keluarga di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini. – Bernama
    Susulan itu rata-rata dari wall facebook cikgu-cikgu sekolah melahirkan perasaan marah dan kecewa sedangkan perkara tersebut berlaku bukan waktu sekolah ada yang mengatakan bila diajar lebih mak bapak serang cikgu tetapi bila jadi kes seperti ini cikgu pula disusahkan

    Bruce Lee Tewas Di Tangan Orang Taiping

    Posted: 18 Feb 2017 09:27 PM PST


    Bruce Lee Tewas Di Tangan Orang Taiping – Segalanya bermula pada tahun 1970, apabila Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka, Jepun. Semasa di Osaka, Seni Silat Gayong dan Dato' Meor Rahman telah mendapat liputan media dengan hangat dan secara tiba-tiba beliau mula dikenali ramai disana. Sejak dari itulah bermulanya acara cabar mencabar daripada penggiat seni bela diri di Osaka Jepun.
    Dato' Meor Abdul Rahman

    Punca Bruce Lee Tewas Di Tangan Orang Taiping

    Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim dilahirkan dalam mewarisi keturunan darah Bugis pada 17 Ogos 1915 di Kampung Lake Garden di Taiping, Perak. Beliau merupakan pengasas Silat Gayong Malaysia. Apabila meningkat remaja, keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok Asam, Taiping. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping dan persekolahan menengah di Sekolah Inggeris Kamunting, Ipoh Trade School seterusnya di Technical School di Ipoh sehingga tahun 1936.
    Pada tahun 1972, anak murid Bruce Lee telah datang bertemu dengan Dato' Meor di Taiping demi menyatakan hasrat untuk mencabar dan bertarung dalam seni bela diri. Selepas itu Bruce Lee pula datang dan bertemu sendiri dengan Dato' Meor di Hong Kong pada tahun 1973 namun ditolak oleh Dato' Meor. Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencabar beliau. Siapa yang tak kenal dengan Bruce Lee yang terkenal menerusi filemnya The Way Of Dragon? Ketangkasan kung fuu Bruce Lee dengan suara lantang "wattaaapak" menjadi kegilaan dan ikutan satu dunia pada zaman kegemilangannya.

    BACA: Percutian Bajet Tempat Menarik Di Perak

    Ketika zaman gemilang beliau, Bruce Lee giat mencabar mana-mana guru seni mempertahankan diri untuk menguji kehandalan beliau. Antara yang dicabar adalah mahaguru silat gayong Malaysia yang berasal dari Taiping yang bernama Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim. Pada tahun 1973, Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara dengan saudaranya yang bernama Dato' Syed Ahmad Jamalullail untuk melawat saudaranya yang menetap di England.
    bruce lee

    Punca Bruce Lee Tewas Di Tangan Orang Taiping

    Dalam perjalanan pulang ke tanah air, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee yang telah mendapat tahu bahawa Dato' Meor Abdul Rahman ada di situ. Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya pada hari itu juga. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu.

    BACA: Senarai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Di Perak

    Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Dato Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, tetapi jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya bersetuju dan menyahut juga cabaran Bruce Lee. Untuk mengelakkan keadaan menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.
    Sebaik sahaja Bruce Lee melihat Dato' Meor Abdul Rahman siap bersedia untuk bertarung, dengan pantas Bruce Lee menggunakan kakinya untuk menyerang namun dielak mudah oleh Dato' Meor Abdul Rahman. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan yang digelar Kipas Senandung dengan tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
    Dato' Meor Abdul Rahman

    Punca Bruce Lee Tewas Di Tangan Orang Taiping

    Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, akur dan mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong pada 20 Julai 1973 akibat dikatakan mengambil ubat tahan sakit yang mempunyai dadah secara berlebihan. Menurut Daniel Inosanto iaitu murid kanan Bruce Lee, di akhir hayat Bruce Lee sebelum mati, Bruce Lee amat giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. – orangperak.com

    BACA: Kisah Perang British Dengan Perak Pada 1875

    TMJ Mohon Maaf, Akui Kesilapan

    Posted: 18 Feb 2017 08:21 PM PST


    TMJ Mohon Maaf, Akui KesilapanTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil memohon maaf di atas kekalahan tipis 2-1 pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika menentang Perak pada aksi Liga Malaysia di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu malam.

    TMJ Mohon Maaf, Akui Kesilapan


    Pemilik pasukan Harimau Selatan itu mengakui, keputusan membeli dua pemain import bagi posisi hadapan merupakan kesilapannya hingga menyebabkan JDT mengharungi permulaan yang tidak baik bagi musim ini.


    Pemain Perak Vladislav Mitkov Mirchev menewaskan penjaga golJ DT, Mohd Farizal Marlias pada pertemuan dengan JDT pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak. -fotoBERNAMA

    "Saya tahu bahawa kita tidak memulakan liga dengan baik musim ini terutamanya kerana kesilapan saya. Ia bukan salah jurulatih. Walaupun mempunyai jurulatih yang bagus macam mana pun, tanpa penyerang hadapan yang baik ia sukar bagi pasukan.


    TMJ Mohon Maaf, Akui Kesilapan


    "Tambahan lagi di negara ini, falsafah kami sudah betul cuma saya silap membeli dua pemain luar negara di barisan hadapan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada penyokong JDT," katanya.

    Tunku Ismail berkata demikain menerusi posting terbaharu di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad.

    Kekalahan kepada Perak dalam aksi malam tadi mencalarkan rekod tanpa kalah JDT selepas 26 perlawanan sejak musim lalu.

    Tambah Tunku Ismail, beliau akan melakukan rombakan pada Mei depan bagi memperbaiki mutu persembahan pasukan.

    TMJ Mohon Maaf, Akui Kesilapan


    "Tetapi buat masa sekarang, wang adalah keutamaan kami dan saya perlu untuk mendapatkan kembali semua perbelanjaan. Tetapi jangan panik.

    "Kami masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki dan saya yakin kami dapat melakukannya.

    "Saya akan melakukan sedikit perubahan pada bulan Mei dan yang besar-besaran pada Disember," katanya. - mStar

    Cara Daftar Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Baucar Buku 1Malaysia

    Posted: 18 Feb 2017 07:56 PM PST

    Baucar Buku 1Malaysia

    Cara Daftar Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Baucar Buku 1Malaysia – Cara guna kaddebitpelajarmenggantikan sistem Baucar Buku 1Malaysia mulai 2017. Seperti termaktub dalam Bajet 2017, sistem baucar buku dimansuhkan dan kini digantikan dengan kaddebit pelajar. Menerusi sistem kaddebitpelajar, tiada lagi penyalahgunaan baucar buku seperti ulat baucar buku dan beli produk selain dari alat tulis. Untuk makluman, kadar kaddebit pelajar untuk beli buku dan alat tulis masih lagi kekal RM250.

    Cara Daftar Kad Debit Pelajar KADS1M 2017 Secara Online

    Mulai 16 Februari 2017, semua pelajarIPT wajib memohon secara online untuk mendapatkan KadDebitPelajaratau dikenali sebagai KadDiskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) bagi menganggatikan Baucar Buku. Kaddebitpelajarini yang berjumlah RM250 hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih.

    Pengumuman Rasmi Bank Rakyat Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M

    Kad Debit Pelajar

    Cara Guna Kad Debit Pelajar Ganti Baucar Buku Mulai 2017

    1. Pelajar akan diberikan Kad DebitPelajarKADS1Mbernilai RM250
    2. Kaddebitpelajarboleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih. Penggunaan adalah sama seperti kad debitnamun jumlah kad debitpelajarni terhad untuk jumlah RM250 sahaja.
    3. Hanya pembelian buku , alat tulis, alatan komputer dan akses internet sahaja dibenarkan menggunakan kad debit ini.

    Live Streaming Keputusan Felda United Vs Perak 25.2.2017

    Posted: 18 Feb 2017 06:21 PM PST

    Live Streaming Felda United Vs Perak

    Live Streaming Keputusan Felda United Vs Perak 25.2.2017 - Felda United dan skuad The Bos Gaurus, Perak meneruskan saingan bola sepak Liga Super Malaysia musim 2017 serta membuat perhitungan dalam perlawanan keenam (6) yang dijadualkan berlangsung untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 25 Februari 2017. Felda United pastinya tidak akan melepaskan peluang ber­aksi di hadapan penyokong sendiri untuk mencari tiga mata penuh yang sangat penting selepas kalah kepada Selangor 1-3 pada perlawanan minggu lepas.

    Live Streaming Keputusan Felda United Vs Perak 25.2.2017

    Bagaimanapun, Felda United tidak harus memandang rendah terhadap kemam­puan pasukan Perak sebaliknya menghormati pasukan itu berjaya menewaskan JDT 2-1 di laman sendiri pada perlawanan minggu lepas(5). Aksi perlawanan Felda United menentang Perak sudah pasti menjadi tumpuan oleh kedua-dua penyokong yang mahu menyaksikan keupayaan pasukan mereka dalam usaha meraih mata serta meletakkan pasukan di kedudukan terbaik liga, selain melihat kelangsungan prestasi pasukan bagi menghadapi saingan perlawanan seterusnya. Live Streaming Keputusan Felda United Vs Perak 25.2.2017

    Keputusan Terkini Siaran Langsung Felda United Vs Perak 25.2.2017  Liga Super Malaysia

    Perlawanan di antara pasukan Felda United menentang Perak berlangsung di Stadium Tun Razak, Jengka bermula pada jam 9:00 malam, Sabtu. Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan keenam(6) Liga Super Malaysia 2017 membabitkan pasukan Felda United (lwn) Perak yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh. Live Streaming Keputusan Felda United Vs Perak 25.2.2017

    Perlawanan 25.2.2017 (Sabtu) Siaran Langsung Keputusan Liga Super Malaysia 25 Februari 2017

    PKNS FCPKNS FC Logo Bola Sepak0 – 0Sarawak Logo Bola SepakSarawak
    4:45PMLive Score

    Felda UnitedFelda United Logo Bola Sepak0 – 0Perak Logo Bola SepakPerak
    9:00PMLive Score
    JDTJDT Logo Bola Sepak0 – 0T Team Logo Bola SepakT-Team
    9:00PMLive Score
    KedahKedah Logo Bola Sepak0 – 0Penang Logo Bola SepakPulau Pinang
    9:00PMLive Score

    KelantanKelantan Logo Bola Sepak0 – 0Selangor Logo Bola SepakSelangor
    9:00PMLive Score

    Melaka UnitedMelaka Logo Bola Sepak0 – 0Pahang Logo Bola SepakPahang
    9:00PMLive Score

    Keputusan Perlawanan 17.2.2017 (Jumaat) Siaran Langsung Keputusan Liga Super Malaysia 17 Februari 2017

    SelangorSelangor Logo Bola Sepak3 – 1Felda United Logo Bola SepakFelda United
    9:00PMLive Score

    Keputusan Perlawanan 18.2.2017 (Sabtu) Siaran Langsung Keputusan Liga Super Malaysia 18 Februari 2017

    SarawakSarawak Logo Bola Sepak0 – 1Melaka Logo Bola SepakMelaka United
    8:15PMLive Score
    KelantanKelantan Logo Bola Sepak0 – 1Kedah Logo Bola SepakKedah 
    9:00PMLive Score
    PahangPahang Logo Bola Sepak6 – 1Penang Logo Bola SepakPulau Pinang
    9:00PMLive Score
    PerakPerak Logo Bola Sepak2 – 1JDT Logo Bola SepakJDT
    9:00PMLive Score
    T-TeamT Team Logo Bola Sepak2 – 2PKNS FC Logo Bola SepakPKNS FC
    9:00PMLive Score

    Resepi Rendang Ayam Padang Sedap

    Posted: 18 Feb 2017 05:58 PM PST

    Resepi Rendang Ayam Padang Sedap - Resepi masakan yang ingin dikongsikan resepi rendang ayam padang. rendang ayam memang makanan yang banyak di gemari oleh banyak orang kerana rasanya yang sedap dan saya juga termasuk penggemar dari rendang.

    beberapa bulan lepas sebenarnya saya sudah kongsikan resepi rendang ayam minang yang boleh anda jadikan rujukan untuk mencuba resepi lainya. rendang adalah makanan yang berasal dari Padang, Indonesia. tapi kerana Malaysia amat berdekatan dengan kota padang akhirnya makanan ini boleh masuk ke negara ini. saya sendiri tak tahu sejak bila makanan ini menjadi popular di negara kita.


    Resepi Rendang Ayam Padang

    Resepi Rendang Ayam Padang

    rendang itu banyak macamnya ada rendang daging, rendang telur ayam dan lain-lain. sebenarnya bahan yang digunakan untuk membuat rendang ayam padang sama sahaja dengan untuk buat resipi rendang lainya.

    yang berbeza mungkin hanya bahan utama seperti ayam, telur, atau daging lembu. resepi yang akan saya share ini saya dapat dari kawan saya yang asli dari padang, jadi pastilah sedap. bila anda menyediakan makanan ini untuk keluarga pastilah semua keluarga anda akan sangat suka.


    resepi ini juga sudah saya cuba sendiri dan saya dengan ikhlas hati mengizinkan sesiapa sahaja yang ingin berkonsgi resepi ini dan jangan lupa untuk memberikan komentar dibawah ya. jom kita layan resepinya dibawah.


    Bahan-Bahan Resepi Rendang Ayam Padang Sedap

    • ayam segar 1 kg - bersihkan, potong mengikut selera dan cuci bersih
    • 4 - 5 biji kentang - potong 4 bahagian
    • 100 gram kelapa parut - sangrai
    • 2 cawan santan pekat 
    • 5 cawan santan cair
    • 110 gram cili kering
    • 15 - 20 biji cili merah - boleh kurangkan bila tak suka pedas
    • 12 ulas bawang merah
    • 5 ulas bawnag putih
    • 5 lembar daun limau
    • 1 1/2 inci lengkuas
    • 1 1/2 inci kunyit
    • 1 inci halia
    • 1 sudu gula merah
    • 2 batang serai
    • 2 buah asam kandis
    • 2 sudu ketumbar
    • 1/2 sudu merica
    • garam secukupnya

    Cara Penyediaan Resepi Rendang Ayam Padang Sedap


    1. mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas, cabai merah, ketumbar, halia, gula merah dan garam hingga menjadi halus. kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis bumbu kisar tadi hingga naik bau.

    2. bila sudah naik bau masukan santan cair kemudian kacau hingga rata. lepas tu masukan serai, daun limau, asam kandis, dan kunyit. kacau hingga rata dan biarkan sekejap.

    3. masukan ayam yang sudah dibersihkan tadi dan masak menggunakan api sederhana sambil kacau kembali agar bumbu meresap ke dalam ayam.

    4. bila ayam sudah empuk masukan kentang, kacau rata dan masukan santan pekat bersama kelapa parut yang sudah di sangrai tadi. kacau dan biarkan hingga bumbu meresap ke dalam ayam

    5. akhir sekali, bila sudah masak angkat dan hidangkan.

    bagaimana mudah sahaja kan resepi rendang ayam padang yang saya kongsikan dan bila anda berkenan boleh share dengan klik sosial media dibawah. sampai jumpa di entry sedap selanjutnya.

    Selamat mencuba Resepi Rendang Ayam Padang Sedap

    Live Streaming Keputusan PKNS FC Vs Sarawak 25.2.2017

    Posted: 19 Feb 2017 02:30 AM PST

    Live Streaming PKNS FC Vs Sarawak

    Live Streaming Keputusan PKNS FC Vs Sarawak 25.2.2017 - PKNS FC DAN Sarawak meneruskan saingan bola sepak Liga Super Malaysia musim 2017 serta membuat perhitungan dalam perlawanan keenam (6) yang dijadualkan berlangsung untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 25 Februari 2017. PKNS pastinya tidak akan melepaskan peluang ber­aksi di hadapan penyokong sendiri untuk mencari tiga mata penuh yang sangat penting selepas sekadar seri kepada T-Team 2-2 pada perlawanan minggu lepas.

    Live Streaming Keputusan PKNS FC Vs Sarawak 25.2.2017

    Bagaimanapun, PKNS FC tidak harus memandang rendah terhadap kemam­puan pasukan Sarawak sebaliknya menghormati pasukan itu walaupun tewas kepada Melaka United 0-1 di laman sendiri pada perlawanan minggu lepas(5). Aksi perlawanan PKNS FC menentang Sarawak sudah pasti menjadi tumpuan oleh kedua-dua penyokong yang mahu menyaksikan keupayaan pasukan mereka dalam usaha meraih mata serta meletakkan pasukan di kedudukan terbaik liga, selain melihat kelangsungan prestasi pasukan bagi menghadapi saingan perlawanan seterusnya. Live Streaming Keputusan PKNS FC Vs Sarawak 25.2.2017

    Keputusan Terkini Siaran Langsung PKNS FC Vs Sarawak 25.2.2017  Liga Super Malaysia

    Perlawanan di antara pasukan PKNS FC menentang Sarawak berlangsung di Stadium Perbandaran Selanyang bermula pada jam 4:45 petang, Sabtu. Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan keenam(5) Liga Super Malaysia 2017 membabitkan pasukan PKNS FC (lwn) Sarawak yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh. Live Streaming Keputusan PKNS FC Vs Sarawak 25.2.2017

    Perlawanan 25.2.2017 (Sabtu) Siaran Langsung Keputusan Liga Super Malaysia 25 Februari 2017

    PKNS FCPKNS FC Logo Bola Sepak0 – 0Sarawak Logo Bola SepakSarawak
    4:45PMLive Score

    Felda UnitedFelda United Logo Bola Sepak0 – 0Perak Logo Bola SepakPerak
    9:00PMLive Score
    JDTJDT Logo Bola Sepak0 – 0T Team Logo Bola SepakT-Team
    9:00PMLive Score
    KedahKedah Logo Bola Sepak0 – 0Penang Logo Bola SepakPulau Pinang
    9:00PMLive Score

    KelantanKelantan Logo Bola Sepak0 – 0Selangor Logo Bola SepakSelangor
    9:00PMLive Score

    Melaka UnitedMelaka Logo Bola Sepak0 – 0Pahang Logo Bola SepakPahang
    9:00PMLive Score

    Keputusan Perlawanan 17.2.2017 (Jumaat) Siaran Langsung Keputusan Liga Super Malaysia 17 Februari 2017

    SelangorSelangor Logo Bola Sepak3 – 1Felda United Logo Bola SepakFelda United
    9:00PMLive Score

    Keputusan Perlawanan 18.2.2017 (Sabtu) Siaran Langsung Keputusan Liga Super Malaysia 18 Februari 2017

    SarawakSarawak Logo Bola Sepak0 – 1Melaka Logo Bola SepakMelaka United
    8:15PMLive Score
    KelantanKelantan Logo Bola Sepak0 – 1Kedah Logo Bola SepakKedah 
    9:00PMLive Score
    PahangPahang Logo Bola Sepak6 – 1Penang Logo Bola SepakPulau Pinang
    9:00PMLive Score
    PerakPerak Logo Bola Sepak2 – 1JDT Logo Bola SepakJDT
    9:00PMLive Score
    T-TeamT Team Logo Bola Sepak2 – 2PKNS FC Logo Bola SepakPKNS FC
    9:00PMLive Score

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad