Header Ads

  • Semasa

    Mydebat.com

    Mydebat.com


    Skim Cepat Kaya Pak Man Telo Yang Paling Terkenal

    Posted: 18 Feb 2017 07:50 AM PST

    Skim Cepat Kaya Pak Man Telo

    Skim Cepat Kaya Pak Man Telo Yang Paling Terkenal – Osman Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pak Man Telo yang berasal dari Taiping, Perak merupakan penganjur kepada skim cepat kaya yang paling terkenal di Malaysia pada satu ketika dahulu. Adakah anda masih ingat tentang Pak ManTelo? Atau adakah anda salah seorang dari mangsanya skim yang dianjurnya? Teruskan membaca untuk dapatkan maklumat berkenaan Pak ManTelo.

    pak man telo

    SKIM CEPAT KAYA PAK MAN TELO YANG PALING TERKENAL

    Pada tahun 1989, rumah Osman Hamzah telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan wang tunai hampir RM2 juta telah ditemui dirumah beliau. Pak ManTelo telah ditahan pada 11 April 1991 dan telah dibuang daerah di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu Terengganu di bawah Ordinan Darurat. Kemudian, dia sekali lagi ditahan pada 17 Julai 1991 dan dituduh dibawah Akta Institusi Kewangan Dan Bank (Bafia) pada tahun 1989. Dalam perbicaraannya di mahkamah, Pak ManTelo telah mengakui bahawa dia sendiri tidak mengatahui jumlah sebenar modal yang telah dikutip oleh syarikatnya yang bernama Pertama Sdn Bhd kerana tiada siapa yang menjalankan urusan rekod setiap transaksi sepanjang mereka beroperasi.

    BACA: NGAH IBRAHIM DIBAWA PULANG SELEPAS 129 TAHUN DIBUANG NEGERI

    Disini ada sedikit pengenalan biodata ringkas untuk anda mengenali Pak Man Telo atau nama sebenarnya adalah Osman Hamzah. Pada mulanya, Osman Hamzah adalah seorang wartawan sambilan di Taiping, Perak sebelum memulakan program skim cepat kaya. Skim cepat kaya Pak Man Telo bermula sejak pada tahun 1972 lagi dan dipercayai telah membabitkan hampir 50,000 orang pelabur dengan dana sebanyak melebihi RM99 juta.
    pak man telo

    SKIM CEPAT KAYA PAK MAN TELO YANG PALING TERKENAL

    Orang ramai begitu marah terhadap Pak Man Telo akibat gagal membayar dividen yang dijanjikan dan telah menyebabkan sekumpulan enam lelaki bertindak ganas dengan menculik anak lelakinya pada tahun 1991. Mereka telah mengurung anak lelaki Pak Man Telo di Hotel Tropicana, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sejak 28 Februari hingga 5 Mac 1991 kerana hendak memaksa Pak Man Telo mengembalikan wang sebanyak RM426,767 yang telah dilaburkan dalam skim tersebut. Enam lelaki tersebut telah ditahan polis akhirnya dan dihadapkan ke mahkamah.

    BACA: HOSPITAL TAIPING ADALAH HOSPITAL PERTAMA DI MALAYSIA

    Ada juga yang mengambil tindakan saman terhadap Pak Man Telo. Seramai 175 orang pelabur telah memulakan tindakan saman terhadap Pak Man Telo pada Mac 1991. Diikuti seramai 284 pelabur pada April 1991 betindak terus menyaman Pak Man Telo dan ramai lagi yang terus bertindak sedemikian rupa. Pak Man Telo menjalani hukuman penjara di penjara Taiping selama 2 tahun dan dibebaskan pada 17 November 1992. Kemudian, Pak Man Telo dibawa ke Kuala Berang, Terengganu untuk perintah buang daerah.
    penjara taiping

    SKIM CEPAT KAYA PAK MAN TELO YANG PALING TERKENAL

    Selepas itu, kisah Pak Man Telo mula tenggelam dan orang ramai semakin melupakannya. Pak Man Telo mula menyepikan diri bersama isteri kedua dan seorang anak lelakinya di Terengganu. Dia mulakan hidup baru disana dan menyara hidup dengan membaiki radio dan televisyen. Pada usia 70 tahun, Pak Man Telo telah meninggal dunia akibat sakit tua pada 22 Disember 1997 sekali gus berakhirlah riwayat seorang lelaki yang menjadi antara pelopor skim cepat kaya di negara ini.
    Kesan skim cepat kaya Pak Man Telo berkenaan menyebabkan ia terus diingati sehingga kini dan mungkin akan dikenang sebagai antara pelopor kewujudan skim cepat kaya dalam sejarah Malaysia. Sekadar untuk mengingatkan kita tentang perkara yang telah lepas agar dapat menjadi satu iktibar buat kita semua. Tidak ada perkara mudah untuk menjadi kaya dengan sekelip mata. Bukannya senang untuk senang, bukannya susah untuk susah. – orangperak.com

    BACA: KERIS TAMING SARI ADA DISIMPAN DI PERAK?

    Kisah Hikayat Ujang Senang Dari Negeri Sembilan

    Posted: 18 Feb 2017 04:11 AM PST

    Hikayat Ujang Senang

    Kisah Hikayat Ujang Senang Dari Negeri Sembilan – IBRAHIM ANON atau lebih popular dengan nama Ujang merupakan anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Kampung Juasseh, Kuala Pilah. Ujang merupakan kartunis generasi kedua di Majalah Gila-Gila. Pembabitan awal Ujang dalam dunia kartun bermula pada era 80an.
    ujang senang negeri sembilan

    KISAH HIKAYAT UJANG SENANG DARI NEGERI SEMBILAN

    Berbekalkan bakat dan lukisan kartunnya setebal 24 muka surat yang bertajuk ' Hikayat Ujang Senang', beliau bertemu dengan Jaafar Taib yang merupakan Pengarah Urusan di Creative Enterprise Sdn Bhd. Melihat kegigihan hasil kerja anak muda ini, Jaafar Taib menyatakan kesanggupannya untuk melatih Ujang. Beliau juga menasihi Ujang untuk bermula dengan kartun satu petak dahulu.
    Akhirnya kartun coretan Ujang disiarkan buat pertama kali di majalah Gila-Gila bilangan 130, keluaran 1 Februari 1984. Manakala karya beliau, Hikayat Ujang Senang, telah diperbaiki semula sebelum disiarkan pada tahun 1985. Sejak itu nama beliau mula melekat di hati pembaca majalah Gila-Gila dan diletakkan sebaris bersama kartunis-kartunis popular majalah tersebut seperti Don, Kerengge, Tazidi, Fatah mahupun Zainal Buang Hussein.
    ujang senang negeri sembilan

    KISAH HIKAYAT UJANG SENANG DARI NEGERI SEMBILAN

    Ujang bersama majalah Gila-Gila (Creative Enterprise Sdn Bhd) sehingga tahun 1993 sebelum keluar bersama dengan Kharisma Groups sebagai pengurus Kharisma Publications. Disana beliau menghasilkan majalah yang namanya juga Ujang dengan motto Majalah Lawak Antarabangsa. Dari keluaran pertama majalah ujang ketika itu yang bermaskotkan din beramboi (dibawa ujang dari majalah gila-gila) majalah ujang telahpun dijual sebanyak 300,000 unit sebulan.
    ujang senang negeri sembilan
    Ujang juga pernah mengegarkan animasi kartun Malaysia dengan siri Animasi -'Usop Sontorian' sekitar tahun 1993-1996. Animasi ,  sekaligus telah menjadi perintis kepada animasi bersiri pertama di Malaysia. Animasi Usop Sontorian ini telah diterbitkan oleh Kharisma Pictures dengan menggunakan tenaga animator anak tempatan sepenuhnya.
    ujang senang negeri sembilan

    KISAH HIKAYAT UJANG SENANG DARI NEGERI SEMBILAN

    Pada masa itu juga allahyarham din beramboi telah ada di dunia hiburan kita dan oleh kerana Ujanggagal mem'paten'kan hakcipta (copyright) terhadap maskot Din Beramboi, maka Allahyarham Din Beramboi menang dan sebab itulah kita nampak sekarang maskotnya bukan bernama Din Beramboi tetapi Pak Cik Din (PCD).

    BACA: LAGENDA BUAYA PUTIH SUNGAI LINGGI NEGERI SEMBILAN

    Penghujung tahun 1997, Ujang meninggalkan Kharisma dan secara tidak langsung majalah Ujang terhenti operasinya. Beliau kemudiannya menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Multi Triple Vision Sdn Bhd. Di bawah bumbung syarikat ini, Ujang menerbitkan majalah Varia Lawak dengan mengumpul sebahagian besar kartunis-kartunis dari majalah Ujang bersama karya-karya mereka.
    ujang senang negeri sembilan
    Namun begitu, operasi majalah Varia Lawak kemudiannya tergugat dengan kemunculan semula majalah Ujang yang diterbitkan di bawah penerbitan MOY Publication iaitu syarikat kepunyaan Datuk Md Othman Yusof, salah seorang pemegang saham dalam Kharisma. Dengan munculnya kembali majalah Ujang semula, semua karya kartun yang berasal dari majalah tersebut serta karakter seperti Pakcik Din dan Usop Sontorian tidak dapat lagi beraksi di Varia Lawak, kerana hakciptanya terpelihara di bawah MOY Publication. Dengar cerita beliau telah ditipu semasa menandatangani perjanjian masa mula-mula beliau bekerja di Kharisma Groups (MOY Publication) sehinggakan kesemua copyright terhadap kartunnya tidak boleh digunakan lagi termasuklah nama 'Ujang' yang beliau gunakan.

    KISAH HIKAYAT UJANG SENANG DARI NEGERI SEMBILAN

    Ujang kemudiannya menukarkan nama majalah Varia Lawak kepada Lanun. Di samping itu beliau turut menerbitkan Buletin Lubuk, majalah khusus untuk mereka yang gemar memancing. Namun begitu, kedua-duanya tidak kekal lama dan terpaksa berakhir di penghujung tahun 2000.

    BACA: SEJARAH MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI KUALA PILAH

    Tidak terhenti disitu sahaja,pada 2006 Ujang ingin membuat filem 'jibam' iaitu salah satu daripada karyanya yang 'akan' dibintangi oleh jalil hamid dan khatijah tan. Tetapi malang Ujang tidak lekang d situ. Setelah FINAS sudah meluluskan skrip, timbul pula konflik antara penulis skrip, pangarah, produser, creative enterprise dan Ujang sendiri. Walaupun begitu, entah bagaimana jika anda perasan sebelum ni, pernah TV2 tayangkan drama 'Aku Budak Minang' yang diadaptasikan dari kisah hidup kartunis Ujang.
    ujang senang negeri sembilan

    Ujang sekarang banyak mendiamkan diri dan beliau banyak bekerja di sebalik tabir dalam bidang animasi dan komik. Ujang banyak memberikan tumpuan yang lebih kepada perniagaan memancing beliau, di mana beliau mempunyai sebuah rumah bot (house-boat) di Tasik Kenyir, Trengganu.
    ujang senang negeri sembilan
    Ujang merupakan kartunis yang mempunyai pengaruh yang besar dalam arena kartun di Malaysia. Beliau juga banyak melatih dan melahirkan generasi pelapis yang berbakat besar pada hari ini. Beliau sentiasa mengingatkan kartunis agar memahami undang-undang hakcipta agar karya mereka nanti tidak dimanipulasi pihak lain. – orangnogori.com

    Lelaki Indonesia Maut Dibelit Sawa

    Posted: 18 Feb 2017 03:23 AM PST

    Maut Dibelit Sawa

    Lelaki Indonesia Maut Dibelit Sawa - Kemaman: Lelaki Indonesia maut dibelit ular sawa di Kampung Bukit Rambutan, Jabor di Kemaman, pada 9.15 malam tadi.

    Mangsa dikenali Sapar, 55, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dibelit ular sawa seberat lebih 100 kilogram itu.


    Lelaki Indonesia Maut Dibelit Sawa


    Lelaki berkenaan yang juga buruh ladang dikatakan menunggang motosikal dalam perjalanan pulang selepas ke rumah rakannya di Kampung Jabur sebelum ternampak reptilia terbabit menyeberang jalan.

    Dia kemudiannya dikatakan cuba menangkap ular itu tetapi reptilia terbabit dikatakan bertindak agresif sebelum membelit badan mangsa.

    Lelaki Indonesia Maut Dibelit Sawa


    Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata kejadian itu disedari penduduk kampung kebetulan melalui jalan terbabit kira-kira sejam selepas mangsa dibelit.

    Menurutnya, ular sawa terbabit juga mati apabila ditetak orang ramai bagi melepaskannya. - myMetro

    Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella

    Posted: 18 Feb 2017 01:30 AM PST

    Bakteria Salmonella

    Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella - Agen Penyebab Keracunan Bakteria daripada kumpulan Salmonella
    Punca
    • Manusia
    • Haiwan perosak (tikus, lipas dan lalat)
    • Haiwan liar dan haiwan peliharaan.

    Bakteria Salmonella

    Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella


    Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini
    • Daging ayam dan produk yang berasaskan ayam
    • Telur dan hasil telur
    • Susu dan hasil tenusu (keju, krim, kastard dan susu mentah)
    Cara rebakan
    • Pencemaran silang daripada makanan dan daging mentah ke makanan yang telah dimasak semasa penyediaan atau penyimpanan
    • Pencemaran silang pengendali makanan daripada haiwan.
    Tanda-tanda Keracunan
    • Demam
    • Cirit birit
    • Sakit perut
    • Muntah
    • Loya

    Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella


    Tempoh jangkitan
    Antara 6 jam ke 72 jam (kebiasaannya 12 – 36 jam)
    Cara pencegahan
    • Masak daging, ayam dan telur dengan sempurna (>75°C)
    • Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separa masak
    • Gunakan peralatan yang berasingan (pisau, papan pemotong) untuk daging mentah dan yang telah dimasak
    • Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas yang berasingan
    • Cuci tangan selepas menyentuh haiwan
    • Cuci tangan sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan.

    Cara Join Getthiss Untung?

    Posted: 18 Feb 2017 01:16 AM PST


    Cara Join Getthiss Untung? Saya peram artikel tentang Getthiss ini agak lama. Saya nak lihat sejauh mana ia akan berjalan dan ramai juga orang menyertainya dan sekarang sudah mula memasuki Indonesia dan Brunei. Saya cuba kumpul sebanyak mungkin maklumat berkenaan skim Getthiss ini. Apa yang anda baca nanti mungkin akan menguriskan hati anda sebab saya dalam bidang IT, aplikasi dan pembangunan laman web sudah menjadi kebiasaan bagi saya.

    Getthiss mendakwa mereka adalah syarikat yang menawarkan online advertising. Jadi saya terima dakwaan awal mereka.

    Cara Join Getthiss Untung?

    Getthiss Mendapat Sokongan Daripada Menteri MOSTI?

    Mengikut gambar ada. Cuma saya tak pasti apakah yang dibentangkan kepada menteri berkenaan. Saya rasanya ia adalah berkenaan idea pembangunan aplikasi sahaja. Mereka tak terangkan pun pasal "permainan duit" di sebalik skim ini. Kata mereka "kalau nak merompak, kenapa pergi serah diri kat pihak berkuasa"'. Kalau saya menjadi menteri pun akan sokong usaha untuk memartabatkan bidang IT di Malaysia. Tapi macam  terang sekerat jalan la kot kat menteri untuk dapatkan sokongan.

    Getthiss Reseller Adakah Mereka Ini Money Game?
    Saya tak tahu apa yang dibentangkan kepada menteri. Tetapi saya rasakan ia hanya berkenaan aplikasi sahaja. Marketing plan untuk menjadikan ia MLM tidak dibentangkan. Gambar dengan menteri dan surat daripada Menteri bukan bukti yang kukuh mengenai marketing plan yang saya akan detailskan lagi.

    Saya rasa Menteri berkenaan pun tak tahu namanya dijaja untuk melariskan Skim Cepat Kaya berkenaan. Sebab sudah banyak skim sebelum ini pun mengunakan kaedah yang sama untuk meraih ahli baru. Jadi saya tak nak komen berkenaan penggunaan nama menteri berkenaan.

    Fokus utama ialah kepada teknikal dan juga marketing plan.

    Cara Join Getthiss Untung?

    Semakan Whois

    Seperti biasa dalam penilaian saya yang melibatkan laman web ialah semakan Whois. Mereka mengunakan 2 laman web iaitu Getthiss.com dan juga Getthiss.com.my .Saya membuat semakan kedua dua laman web ini.
    Daripada semakan Whois, nama domain mereka akan tamat pada 26 Mac 2017. Kira-kira 2 bulan lagi. Maklumat lain tidak dapat diperoleh kerana mereka mengunakan whois privacy yang melindungi data berkenaan. Namun hasil semakan terdapat satu lagi laman web mereka iaitu getthiss.com.my mendapat maklumat pihak berkenaan.

    Daripada whois ini, adalah maklumat mereka yang beralamat di Bukit Katil, Melaka. Nombor telefon admin pun ada kat maklumat berkenaan. Laman web ini pula tamat pada tahun 2018 nanti.

    Semakan Aplikasi Getthiss
    Saya juga telah cuba install aplikasi mereka di Google Play Store. Apa yang saya dapati ialah ia adalah aplikasi biasa untuk menghubungkan kepada laman web mereka. Tiada yang unik dan biasa sahaja. Malah pada awal apps mereka terdapatlah gambar Adidas dan juga telefon Samsung S6 dengan imej yang kabur. Aplikasi sebegini boleh diupah freelance pada kos berbelas dollar sahaja.

    Mereka mendakwa pihak Adidas dan Samsung menjadi penaja mereka. Tetapi daripada apa yang saya lihat, ia bukan penajaan sebab tiada apa apa kelebihan terhadap penajaan berkenaan.

    Gambar itu juga tidak boleh di klik ke laman web penaja. Hanya imej semata-mata. Kalau saya jadi penaja, saya akan request itulah yang akan menguntung penaja dan nilai duit penajaan yang dibuat.

    Cara Join Getthiss Untung?

    Semakan Laman Web Getthiss.com
    Semakan pada laman web, ia laman web yang tidak dipantau langsung. Dan TAK BANYAK IKLAN yang terjual. Bagaimana mereka boleh kata kongsi untung dari pengiklanan? Berbeza dengan dakwaan mereka sebagai online advertising platform. Layout dan interface mereka juga sangat suram dan tidak menarik.

    Paling penting.. Saya tak nampak mereka menjual IKLAN pun. Sebab mereka sebenarnya menjual program reseller iaitu menerima duit daripada ahli untuk membayar bonus.
    getthiss
    Bila tengok laman web mereka pun agak menyedihkan apabila orang boleh masukkan gambar seperti diatas di ruangan fesyen muslimah . Sebab itulah saya katakan ia langsung tidak dijaga dan sangat amatur. Layout laman web mereka tak sekata dengan imej yang tidak konsisten saiznya menyebabkan ia kelihatan agak kelakar. Ada besar dan ada yang kecil.

    Itukah yang dimaksudkan mereka platform pengiklanan online?
    Aplikasi mereka akan dibawa ke laman web berkenaan. Dakwaan mereka dalam Getthiss mereka boleh bayar bil, beli prepaid… Itu semua tiada langsung. Tiada langsung fungsi untuk ahli mereka gunakan untuk kemudahan mereka.

    Boleh saya katakan laman web dan aplikasi ini hanya "wayang" untuk money game dalam marketing plan mereka yang akan saya terangkan nanti.

    Majoriti yang menyertai Skim ini bukan biasa dengan platform online dan tak tahu langung pasal online marketing. Yang mereka tahu, mereka masuk mereka dapat "pasif income" yang bila bila masa akan terkubur apabila duit rolling sudah habis.

    Kriteria utama untuk pengiklan membeli iklan ialah Return Of Investment(ROI) kepada setiap ringgit yang mereka keluarkan untuk iklan. Jika laman web sedemikian, saya jamin ia langsung tidak menarik minat untuk beriklan. Lebih baik mengunakan platform seperti FB Ads, Google Ads yang boleh dipantau ROI terhadap pengiklanan.

    Mereka juga membanding mereka dengan Amazon, Alibaba, Mudah.my dan Lazada. Mereka masih jauh. Syarikat besar ini untuk mencapai apa mereka ada sekarang membeli iklan untuk mempromosikan mereka. Dan saya tak pernah melihat langsung GETTHISS membeli iklan untuk mempromosikan laman web mereka. Hanya sembang nak jadi syarikat BERBILLION DOLLAR tetapi tiada usaha kearah itu. Mereka ini sudah gergasi internet, tetapi mereka masih beli iklan seperti di Google Adwords untuk mempromosikan perkhidmatan mereka.

    Getthis? Haram.. Mereka sendiri tak faham apa itu online advertising tetapi mendakwa mereka online advertising platform.

    Adakah Mereka Ini Money Game?

    Ya. Ramai yang nak tahu pasal benda ni. Mereka ini menawarkan konsep money game dalam pemasaran mereka. Mereka mempergunakan nama "Network Marketing" atau Multi Level Marketing kononnya untuk cepat boom dipasaran. Mereka sendiri tak nafikan mereka tiada produk! Dan mereka hanya ada aplikasi dan juga laman web yang TIDAK menarik sebarang pengiklan luar. Itu yang saya nampak sebab tiada perubahan langsung sejak beberapa bulan lepas.

    Pastinya mereka menafikan mereka ini "money game" atas sebab tidak menawarkan keuntungan tetap. Saya akan terangkan satu per satu nanti pelan pemasaran mereka nanti dan membuktikan apa mereka tawarkan itu adalah money game iaitu mengunakan duit kemasukan ahli baru untuk membayar ahli lama.

    Buat masa sekarang belum mereka belum ada masalah kerana masih baru dan masih ada kemasukan ahli baru. Apabila sudah tiada kemasukan ahli baru, ia akan bermasalah. Ia akan bertahan selagi ada kemasukan ahli atau reseller baru. Hayat skim sebegini akan berakhir apabila tiada duit baru masuk.

    Biasanya skim sebegini tidak akan bertahan lebih daripada 3 tahun. Banyak skim terkubur dalam masa 1 tahun selepas penubuhan.

    Pelan Pemasaran Getthiss

    Saya telah lihat video penerangan mereka di Youtube.  Jadi ini yang saya dapat rumuskan. Anda boleh lihat dibawah. Ia bukan video saya, saya hanya embed daripada ahli GT daripada Youtube. Ada 5 siri video, dibawah berkenaan marketing plan mereka.

      
    Saya terangkan apakah gula-gula yang ditawarkan ini. Ada banyak beza dengan perniagaan sebenar dan eksploitasi kejayaan mereka. Yang lawaknya, mereka kata tak perlu cari orang tapi cari 4 orang yang tak nak cari orang. Taktik untuk menenangkan mereka yang tak reti nak cari orang jadi downline. Ini lumrah biasa dalam MLM. Ramai yang fobia cari orang atau downline ni.
    "Tak perlu cari orang,  tapi cari 4 orang yang yang perangai sama tak nak cari orang". Ajar mereka cari 4 orang yang perangai sama, tak nak cari orang jadi reseller Getthiss..hahahaha
    "Join Getthiss lebih untung daripada buat investment" kata mereka.

    Pakej Dalam Getthiss
    Terdapat 5 pakej yang ditawarkan dalam Getthiss iaitu 1 STAR berharga RM4500, 2 STAR berharga RM22,500, 3 STAR berharga RM45,000, 4 STAR berharga RM225,000 dan 5 STAR berharga RM450,000. Bukan murah bang. Boleh tahan juga harga pakej mereka untuk jadi reseller. Ia untuk dibahagikan kepada banyak level. Itu yang jadi harga ribu riban ni.
    Bagi setiap pakej menawarkan minimum 5 Insentif untuk pendapatan secara pasif dalam Getthis iaitu Posting Point, GTC Token, Getthiss Turn Over , Shopping Point dan monthly point 3%. Ini insentif untuk orang yang tidak mahu mencari downline. Untuk yang cari orang, ada insentif lain lagi. Untuk yang pasif ini, berpeluang mendapatkan sehingga lebih RM200,000 dengan modal RM4500 berkenaan.
    Saya terangkan insentif mengikut pakej mereka tawarkan.

    Posting Point (PP)
    Ia adalah point untuk memasukkan iklan di dalam laman web Getthis dengan 1 point bersamaan 1 iklan. Tapi masalahnya sejak beberapa bulan saya membuat pemerhatian terhadap skim ini. Iklan sama tak ada penambahan pun. Saya tertanya-tanya juga, ahli GT ini tak buat iklan ke. Nak income pasif je kot..

    Jadi pakej paling rendah akan dapat 1400 Posting Point untuk masukkan iklan dalam laman web Getthiss. Harga untuk 1 PP ini adalah RM5 untuk sehari sahaja. Mereka ada tawarkan kempen 100 hari dengan harga RM500. Dan ahli boleh jual pakej pengiklanan dengan PP mereka. Jadi mereka boleh dapat, 14 orang pengiklan dengan 1400 PP berkenaan.

    Tetapi ada ke orang nak iklankan dengan kos macam tu sebab ada kaedah pengiklanan lain yang lebih efektif seperti Google Ads dan FB Ads yang lebih targeted untuk mendapatkan pelangggan. Perlu ingat, orang beli iklan nak dapatkan ROI yang berbaloi bagi setiap sen yang dibelanjakan. Mereka boleh tawarkan sale dengan kos RM500 berkenaan? User aplikasi mereka pun baru dalam 10,000 download. Itupun sekali je orang masuk tengok.

    Tiada sebab untuk orang ulang balik ke aplikasi atau laman web mereka sebab tiada apa yang dijual disitu. Ia bukan platform pengiklanan pun. Yang pergi pun reseller sebab nak tengok duit dah jadi berapa dalam tu.
    Saya nampak ia satu langkah yang gagal.

    GETTHIS TURN OVER (GTO)
    Apabila jadi reseller dengan satu bintang, akan menerima GTO sebanyak 400. Dan mereka tawarkan dividen harian berdasarkan nilai GTO yang dipegang oleh ahli mereka itu sebanyak 0%-10%. Menurut mereka nilai terendah yang diberi adalah 0.35% dan paling tinggi 7%. Ia berubah ubah setiap hari.

    Contohnya anda mempunyai GTO sebanyak 400, jadi akan dapat minimum 10.5% setiap bulan jika minimum 0.35% diambil kira. Nilai dividen bergantung kepada keuntungan syarikat setiap hari. Inilah yang mereka menafikan mereka buat money game sebab tidak menawarkan keuntung tetap seperti skim-skim sebelum ini. Walhal mereka sebenarnya buat money game, keuntungan tetap itu adalah berkenaan dengan riba.

    Keuntungan min 10.5% setiap bulan, jadi setahun minimum 126%. Dari mana mereka dapat duit kalau tidak berjaya jual slot iklan? Kat mana untungnya? Sebab tiada iklan baru masuk pun kat laman web mereka tu. Itu sah-sah takde iklan yang masuk.
    Duit dari mana nak bayar semua tu? Dah tentulah daripada duit ahli baru masuk! Itulah money game.
    Alasan GTO inilah yang kononnya tak perlu cari orang dapat keuntungan setiap hari.

    GT Community Token (GTC)
    Seterusnya ialah GTC Token atau hadiah daripada syarikat kepada ahli kerana menyertai menjadi reseller. Ia terhad kepada 100,000,000 token sahaja. Setiap kali 100,000 terjual. Harga akan meningkat. Ia akan split dan berganda. Jika pembeli 1 Star, akan menerima 1000 GTC. Ia macam e-share boleh split jadi double bila sampai masa. GTC tu boleh jual balik.
    Nampak menarik? Tetapi bila duit nak rolling sudah takde. End of story…
    Shopping Point
    Seterusnya ialah shopping point dengan nilai 1 point bersamaan RM1. Jadi dapatlah 100 point dengan nilai RM100 untuk membeli barang atau perkhidmatan yang ada dalam aplikasi mereka. Masalahnya, produk apa yang ada? Takde produk sangat pun kat dalam aplikasi tu.
    Selain daripada insentif diatas, ada lagi tawaran untuk mereka yang sponsor atau cari downline.
    Fuh.. Penat menulis panjang-panjang ni.

    Rumusan

    Skim cepat kaya datang dan pergi. Ia membayar sekarang tidak bermakna ia akan berterusan. Ia bergantung kepada kemasukan ahli baru untuk topup duit untuk rolling untuk bagi insentif yang pelbagai tu.

    Yang nak join terpulang, yang awal akan untung. Yang masuk lambat, akan menangis di bucu katil. Lagipun ia duit anda. Saya boleh nasihatkan sahaja. Yang awal sekarang nampak macam masyuk sebab dapat duit baik hasil daripada kemasukan ahli baru. Sampai masa ia tepu, kisah indah ini akan berakhir.

    Daripada segi marketing plan sebegini, saya yakin mereka takkan dapat untuk mendapatkan lesen AJL. KPDNKK membuat penilaian dari masa ke semasa marketing plan. Malah ada syarikat seperti CWC telah ditarik balik lesen AJL mereka kerana marketing plan mereka. Walaupun mereka kata, mereka take over syarikat yang ada AJL. Ia tetap akan dibatalkan apabila KPDNKK membuat semakan semula.

    Mereka mendakwa mengambil alih syarikat Sinya Sea Sdn Bhd yang telah ada lesen AJL. Namun hasil semakan dengan laman web syarikat berkenaan mereka menjual teh cina. Tidak bekenaan langsung.

    Ia sangat berisiko. Its too good to be true.
    Mereka seringkali mengambil contoh kejayaan Alibaba, Mudah.my dan sebagainya. Mereka tidak mengkaji bagaimana bisnes model mereka ini. Mudah.my sebagai contoh, ia adalah user content generated. Pendapatan mereka hasil daripada sponsored post dan juga pengiklanan Google Adsense.

    Mereka juga bandingkan aplikasi mereka dengan Waze, ia adalah percuma. Malah ia dihasilkan dengan cukup canggih dengan teknologi geo location dan GPS. Manakala Getthiss hanya aplikasi biasa untuk menghubungkan kepada laman web mereka. Anda boleh upah orang buat apps untuk laman web anda. Harga cuma USD5 atau lebih kurang RM25 sahaja.

    Anda pun boeh buat sendiri kalau anda nak.
    Majoriti yang menyertai kerana terpengaruh dengan insentif mereka tawarkan. Siap boleh dapat sampai Rm200k setahun. Tetapi fikirkan dengan waras, daripada duit itu datang jika laman web tak terjaga dan macam laman web tak siap.

    Bagaimana nak tarik pengiklan luar? Duit daripada mana nak generate. Reseller bukan pengiklan. Malah saya tak pernah tengok pun iklan Getthis ini muncul kat mana-mana platform. Jumlah download aplikasi pun baru sekitar 10,000 itupun tak termasuk yang dah remove app daripada telefon mereka.

    Fikir dengan waras. Jangan mudah terpegaruh dengan dakwaan kononnya dapat mudah dengan goyang kaki je. Sudah banyak skim cepat kaya terkubur apabila ia sudah tepu tiada kemasukan ahli baru. Dan saya lihat Getthiss ini sangat bergantung kepada kemasukan ahli untuk mendapatkan duit untuk rolling dan bernafas.

    Keputusan ditangan anda. Nak join juga, itu pilihan anda. Saya hanya mengingatkan. Saya dalam bidang ini, jadi agak biasa dengan online advertising. Dengan sedikit ilmu yang Allah bagi, saya membuat kajian tentang skim cepat kaya ini dari masa ke semasa.
    Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, boleh share kepada rakan-rakan anda.
    Semoga ia bermanfaat.

    Jenazah Ibu Azmin Selamat Dikebumikan

    Posted: 18 Feb 2017 12:17 AM PST

    Jenazah Ibu Azmin

    Jenazah Ibu Azmin Selamat Dikebumikan - Jenazah ibu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninggal dunia akibat serangan angin ahmar, selamat dikebumikan sebentar tadi. Jenazah Che Tom Yahaya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate.

    Terdahulu,  Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata jenazah Che Tom, 82, dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi tujuan pengurusan dan solat jenazah sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang.


    Jenazah Ibu Azmin Selamat Dikebumikan


    Pada 11 Februari lepas, Mohamed Azmin dilaporkan berkata ibunya diserang angin ahmar empat bulan lalu dan dirawat di hospital. 

     Beliau berkata keadaan Che Tom sebelum ini semakin baik dan hampir dibawa keluar dari unit rawatan rapi ke wad biasa. 

     Namun, menteri besar berkata keadaan ibunya semakin kritikal dan beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa keadaan ibunya tenat. - Sinar Harian

    Keadaan Terkini Shuib Sepahtu di ICU

    Posted: 18 Feb 2017 12:16 AM PST

    Keadaan Terkini Shuib Sepahtu

    Keadaan Terkini Shuib Sepahtu di ICU  - Penyanyi Siti Sarah akui cemas apabila suaminya, Shuib Sepahtu dimasukkkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam. "Saya memang tidak menyangka rupanya keadaan Shuib sudah semakin teruk selepas dia menahan sakit sejak dua minggu lalu.

    "Semalam siang dia masih boleh ikut saya menghadiri mesyuarat untuk majlis perkahwinan kami tetapi bila malam dia beritahu badannya sudah tidak berdaya dan meminta saya membawanya ke hospital.

    "Bila sampai di hospital, dia terus dimasukkan ke ICU selepas mendapati tekanan darahnya agak rendah.

    "Semalam pelbagai pemeriksaan dilakukan doktor termasuk pemeriksaan paru-paru dan juga darah tetapi sehingga kini kami belum tahu keputusannya," katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.

    Keadaan Terkini Shuib Sepahtu di ICU 

    Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi menghampiri majlis perkahwinan mereka, Sarah memberitahu kini dia hanya memikirkan keadaan Shuib dan berharap keadaannya semakin baik.

    "Setakat ini, perancangan untuk majlis persandingan kami berjalan seperti biasa.
    "Saya cuma berharap semuanya berada dalam keadaan baik dan berjalan dengan lancar.

    "Apa yang penting sekarang ini kesihatan Shuib. Dia ada memberitahu yang dia mahu berehat dan bercuti tetapi tak dapat berbuat begitu kerana banyak urusan kerja yang masih belum diselesaikan lagi.

    "Saya tertekan dan risau apabila dapat tahu Shuib jatuh sakit kerana terus-terang saya tidak akan okay jika dia tidak okay," katanya lagi.

    Keadaan Terkini Shuib Sepahtu di ICU 

    Majlis persandingan Shuib dan Sarah akan berlangsung pada 26 Februari ini bertempat di Bora Ombak, Putrajaya.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad