Header Ads

Close
  • Semasa

    Kemalangan Remaja Berbasikal: Polis Bebaskan Pemandu Wanita

    Kemalangan Remaja Berbasikal

    Kemalangan Remaja Berbasikal: Polis Bebaskan Pemandu Wanita - Polis membebaskan pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan lapan remaja berbasikal di sini.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, setakat ini, tiada tanda menunjukkan wanita itu memandu laju, mabuk atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu dalam insiden pada pukul 3.30 pagi Sabtu itu.


    Kemalangan Remaja Berbasikal: Polis Bebaskan Pemandu Wanita

    Beliau juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menjadikan kejadian itu isu perkauman.

    Nur Jazlan berkata demikian kepada pemberita pada majlis jamuan Tahun Baharu Cina anjuran kawasan Pulai pada Ahad.

    BACA: Sekolah Diarah Kesan Pelajar Geng Basikal, Mak Bapak Sedap Membuta Kat Rumah!  – Luahan Cikgu 

    Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya lebih bertanggungjawab dan memantau pergerakan anak-anak terutama pada waktu malam.

    Kemalangan Remaja Berbasikal: Polis Bebaskan Pemandu Wanita

    "Kerajaan negeri juga boleh menyarankan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap kanak-kanak yang merayau-rayau pada lewat malam," katanya.

    Pada Sabtu, sekumpulan lapan remaja berbasikal maut dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, dekat Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah. - mStar

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad