Header Ads

  • Semasa

    Didik Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria

    Punca Histeria

    Didik Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria - Sikap menakut-nakutkan anak dengan makhluk halus merupakan antara penyebab berlaku histeria, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

    Beliau berkata kebanyakan keluarga terutama Melayu dilihat suka menanam semangat demikian pada anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi.

    Didik Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria


    "Sikap ini akan mengakibatkan anak-anak mereka takutkan hantu dan makhluk halus yang lain, menyebabkan mereka terbawa-bawa hingga adakalanya mereka mengalami histeria (di sekolah)," katanya ketika bercakap kepada pemberita di sini hari ini.

    Mohamad Shukri berkata sikap sedemikian hanya terdapat dalam masyarakat Melayu berbanding masyarakat lain yang jarang mengalami histeria terutama ketika berada di sekolah.

    Beliau berkata meskipun tidak dinafikan ada juga masyarakat lain mengalami masalah sama tetapi yang paling menonjol adalah masyarakat Melayu yang beragama Islam.

    Mufti itu mengulas mengenai kejadian histeria yang berlaku di beberapa buah sekolah di jajahan ini minggu lepas. 

    Didik Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria


    "Keadaan persekitaran juga memainkan peranan terhadap pengaruh histeria seperti fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas ketika ini.

    "Faktor alam ini juga mempengaruhi psikologi seseorang itu terutama jika mereka tak sihat, kurang tenteram atau susah hati," katanya. 

    Mohamad Shukri berkata dalam Islam, tidak dinafikan mengenai kewujudan makhluk halus namun orang Islam perlu tahu bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk dicipta Allah.


    Sumber ; malaysiainstinct.net


    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad