Header Ads

BTCClicks.com Banner
  • Semasa

    Bruce Lee Tewas Di Tangan Orang Taiping


    Bruce Lee Tewas Di Tangan Orang Taiping – Segalanya bermula pada tahun 1970, apabila Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka, Jepun. Semasa di Osaka, Seni Silat Gayong dan Dato’ Meor Rahman telah mendapat liputan media dengan hangat dan secara tiba-tiba beliau mula dikenali ramai disana. Sejak dari itulah bermulanya acara cabar mencabar daripada penggiat seni bela diri di Osaka Jepun.
    Dato' Meor Abdul Rahman

    Punca Bruce Lee Tewas Di Tangan Orang Taiping

    Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim dilahirkan dalam mewarisi keturunan darah Bugis pada 17 Ogos 1915 di Kampung Lake Garden di Taiping, Perak. Beliau merupakan pengasas Silat Gayong Malaysia. Apabila meningkat remaja, keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok Asam, Taiping. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping dan persekolahan menengah di Sekolah Inggeris Kamunting, Ipoh Trade School seterusnya di Technical School di Ipoh sehingga tahun 1936.
    Pada tahun 1972, anak murid Bruce Lee telah datang bertemu dengan Dato’ Meor di Taiping demi menyatakan hasrat untuk mencabar dan bertarung dalam seni bela diri. Selepas itu Bruce Lee pula datang dan bertemu sendiri dengan Dato’ Meor di Hong Kong pada tahun 1973 namun ditolak oleh Dato’ Meor. Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencabar beliau. Siapa yang tak kenal dengan Bruce Lee yang terkenal menerusi filemnya The Way Of Dragon? Ketangkasan kung fuu Bruce Lee dengan suara lantang “wattaaapak” menjadi kegilaan dan ikutan satu dunia pada zaman kegemilangannya.

    BACA: Percutian Bajet Tempat Menarik Di Perak

    Ketika zaman gemilang beliau, Bruce Lee giat mencabar mana-mana guru seni mempertahankan diri untuk menguji kehandalan beliau. Antara yang dicabar adalah mahaguru silat gayong Malaysia yang berasal dari Taiping yang bernama Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim. Pada tahun 1973, Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara dengan saudaranya yang bernama Dato’ Syed Ahmad Jamalullail untuk melawat saudaranya yang menetap di England.
    bruce lee

    Punca Bruce Lee Tewas Di Tangan Orang Taiping

    Dalam perjalanan pulang ke tanah air, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee yang telah mendapat tahu bahawa Dato’ Meor Abdul Rahman ada di situ. Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya pada hari itu juga. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu.

    BACA: Senarai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Di Perak

    Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Dato Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, tetapi jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya bersetuju dan menyahut juga cabaran Bruce Lee. Untuk mengelakkan keadaan menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.
    Sebaik sahaja Bruce Lee melihat Dato’ Meor Abdul Rahman siap bersedia untuk bertarung, dengan pantas Bruce Lee menggunakan kakinya untuk menyerang namun dielak mudah oleh Dato’ Meor Abdul Rahman. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan yang digelar Kipas Senandung dengan tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
    Dato' Meor Abdul Rahman

    Punca Bruce Lee Tewas Di Tangan Orang Taiping

    Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, akur dan mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong pada 20 Julai 1973 akibat dikatakan mengambil ubat tahan sakit yang mempunyai dadah secara berlebihan. Menurut Daniel Inosanto iaitu murid kanan Bruce Lee, di akhir hayat Bruce Lee sebelum mati, Bruce Lee amat giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. – orangperak.com

    BACA: Kisah Perang British Dengan Perak Pada 1875

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad