Header Ads

Close
  • Semasa

    Mata Ada Ketumbit? Guna 4 Cara Ni

    Mata Ada Ketumbit? Guna 4 Cara Ni

    Mata Ada Ketumbit? Guna 4 Cara Ni  - Mata tumbuh ketumbit? Nak buka mata pun sakit kan, sampai rasa perit dan  berdenyut-denyut bila diusik. Tahukah anda ketumbit itu tumbuh disebabkan mata korang sebenarnya terkena jangkitan kuman. Bakteria mula membiak di akar bulu mata sebelum timbul satu benjolan kecil bewarna merah di tepi mata. Jadi, bagaimana nak hilangkan ketumbit dengan mudah dan cepat? Jangan risau, kami ada tips untuk korang. Baca dekat bawah ni.

    Mata Ada Ketumbit? Guna 4 Cara Ni 


    1)Rendam kain dalam air suam dan letak dekat mata
     Ambil tuala bersiah, rendamkan dalam air suam dan tekap pada mata selama 10-15 minit. Cara ini untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata dan boleh mengurangkan rasa gatal serta mengecilkan benjolan itu.

    2) Bawang Putih
    Potong bawang putih halus-halus. Sebelum tu korang kena bersihkan mata dengan air suam dan letak bawang pada ketumbit di mata. Kenapa bawang putih? Bawang putih mengandungi zat anti bakteria yang boleh menyembuhkan masalah mata ketumbit.

    3) Dauh Sirih
    Ambil beberapa helai daun sirih dan rebus hingga mendidih. Bila dah siap mendidih, korang angkat daun sirih tersebut dan perah. Guna air perahan tadi untuk bersihkan mata yang ketumbit.

    4) Antibiotik
    Penggunaan antibiotik penting untuk merawat dan letakkan ke dalam mata untuk menghapuskan kuman dan bakteria.

    Sumber: Era.fm

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad