Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    Wanita Kahwin Lebih 2 Kali. Siapakah Suaminya Di Syurga ? Ini Jawapannya. Jangan TERKEJUT !!

    Posted: 08 Sep 2016 07:26 AM PDT

    Wanita Kahwin Lebih 2 Kali. Siapakah Suaminya Di Syurga ? Ini Jawapannya. Jangan TERKEJUT !!

    Muslimah Yang Pernah Menikah Lebih Dari Sekali, Siapakah Suaminya Di Surga Kelak? Kadang-kadang ada wanita muslimah yang berpisah dengan suaminya. Baik karena bercerai atau suaminya meninggal dunia. Lalu, muslimah tersebut menikah lagi. Ketika mereka semua masuk surga, siapakah yang akan menjadi suaminya? Pernah tak kita terfikir tentang hal seperti ini.

    1

    Imam Al Qurthuni di dalam kitab At Tadzkirah meriwayatkan bahwa Hudzaifah Ibnul Yaman radhiyallahu anhu mengatakan kepada istrinya, "Jika engkau ingin menjadi istriku di surga, janganlah engkau menikah lagi setelah aku. Karena wanita adalah milik suaminya yang terakhir."

    Muawiyah bin Abi Sufyan radhiyallahu anhu pernah melamar Ummu Darda. Namun Ummu Darda menolak sembari mengatakan, "Aku pernah mendengar Abu Darda menceritakan sebuah hadits yang menyatakan 'Sesungguhnya wanita akan menjadi istri dari suami terakhirnya kelak di surga."

    "Begitu juga halnya dengan Ummahatul Mu'minin," kata Abu Muhammad Jamal dalam buku Imra'atus Sami'in bi Aushafil Huril Iin, "kelak di surga akan menjadi istri-istri Rasulullah, meskipun sebelum dinikahi Rasulullah mereka pernah dinikahi orang lain."
    2

    So Sweet… Erra Muat Naik Foto Shahir Sempena Birthday

    Posted: 07 Sep 2016 09:39 PM PDT

    HUBUNGAN yang terjalin antara primadona Malaysia, Erra Fazira dengan Shahir Zawawi sememangnya bukan lagi rahsia. 


    erra-fazira-dan-shahir

    Jika dahulu, masing-masing lebih senang berdiam diri. Namun kini, mereka nampaknya sudah terbuka mengenai percintaan mereka.
    Terbaharu, pelakon jelita itu akhirnya telah 'berani'  memuat naik gambar kekasihnya beserta ucapan hari jadi di laman Instagram, pada Selasa.
    Walaupun gambar itu digelapkan bahagian mata, tetapi ramai yang dapat menduga gerangan lelaki itu adalah Shahir.
    Tambahan pula, juara Akademi Fantasia musim kelapan itu pun menyambut hari jadi ke-28 pada 5 September lalu.
    "Cakk!!! Kejutan untuk kamu yang dikasihi. Jangan marah. Jangan terperanjat. Selamat ulang tahun! Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu
    "Moga dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih kerana banyak menyumbang sisi positif dalam hidup saya.
    "Mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan kamu. Semoga tahun ini akan menyerlahkan keriangan yang tak bernoktah dan memori yang indah," tulis Erra di laman Instagramnya.

    Gambar yang dimuat naik Erra turut menerima usikan daripada peminat Erra yang mendoakan kebahagian pasangan ini.
    Terdahulu, Erra memberitahu, keluarga Shahir telah merestui hubungan mereka namun masih belum ada perbincangan di pihak keluarganya.  

    Isu Safiey, Wardina Rasa TV Alhijrah Bersalah?

    Posted: 07 Sep 2016 09:38 PM PDT

    PERSONALITI Wardina Saffiyah merasakan tindakan stesen televisyen berkonsepkan Islam kontemporari, TV Alhijrah yang mengudarakan program #PenghijrahanFenomena menyumbang kepada 'penghijrahan' kembali Safiey Ilias ke dunia pondan.

    Menerusi kiriman gambar yang baharu sahaja diterima kami, Wardina sebelum ini menaikan status mengatakan program yang memaparkan perjalanan dan luahan hati Safiey sebagai bekas mak nyah yang ingin kembali ke pangkal jalan ketika itu sebagai tidak menggambarkan konsep penghijrahan Islam yang sebenar.
    "Publisiti membunuh, jangan lakukan lagi TV Alhijrah. Jangan mensensasikan cerita biarpun ia adalah penghijrahan seseorang.
    "Saya tahu ia sangat baik untuk mendapatkan rating tetapi ia adalah salah dan cara pengacaraan juga tidak begitu mendalam. Ini semata hanya untuk mendapatkan sensasi walaupun niat yang sebenar adalah baik," katanya.
    war
    Wardina juga menambah, konsep yang dibawakan oleh media khususnya daripada saluran televisyen seperti program Da'i Pendakwah Nusantara dan Pencetus Ummah hanya dilihat untuk 'memeriahkan' suasana.
    "Saya telah melalui industri ini dan apa yang boleh saya katakan, tiada yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan mesej sebenar dan ini termasuklah beberapa program sedia ada di kaca TV seperti Da'i Pendakwah Nusantara dan Pencetus Ummah," katanya.
    Terdahulu, Safiey Ilias,22, seorang mak nyah yang nekad untuk menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki tulen telah mendapat liputan meluas sehingga dijemput menjadi beberapa tetamu program televisyen, termasuk di stesen TV AlHijrah.
    Namun Safiey telah membuat keputusan untuk berubah kepada seorang mak nyah semula semalam berikutan memuat naik gambarnya berpakaian wanita dan meluahkan isi hatinya di laman Instagram.
    Dia merasakan dirinya lebih tenang apabila kembali menjadi mak nyah.

    Sedih Bila Kawan Yang Dikenal 20 Tahun Hanya Beri RM10 Untuk Majlis Kahwin Anak

    Posted: 07 Sep 2016 09:37 PM PDT


    Oleh Izman Pauzi

    Hari ini hujan lebat sejak awal pagi dan sejuknya mencucuk sehingga ke tulang hitam. Saya mula terdetik, mungkin inilah sebabnya ramai orang bernikah/berkahwin pada bulan September. Buktinya, di newsfeed Facebook saya, ramai benar sahabat yang meraikan ulangtahun perkahwinan mereka pada bulan ini. Saya juga tidak terkecuali.

    Mengenai kahwin bulan September, sebenarnya saya sudah menerima tiga undangan perkahwinan bagi tarikh 17 September 2016. Sementelah ia adalah hari Sabtu dan cuti sekolah pula. Ia juga masa yang sesuai untuk berkahwin dan membuat persiapan, memandangkan hari Sabtunya, 16 September 2016 merupakan hari cuti umum, Hari Malaysia. Di awal minggunya pula adalah hari raya korban. Bakal pengantin boleh bercuti panjang mempersiapkan majlis dan diri. Inilah masa terbaik juga bagi keluarga dan sahabat untuk meraikan mempelai di hari bahagia mereka. 

    Bercerita mengenai sahabat yang meraikan perkahwinan sahabat atau anak-anak sahabat, saya ada satu cerita. Ia berlaku pada tahun lepas di mana ketika itu saya menemui sahabat saya itu setelah dia berjanji untuk memberikan sampul duit raya yang diterimanya semasa 'salam kaut' untuk simpanan saya. Iyalah, saya kan pengumpul sampul duit raya. Dapat sampul terpakai pun tak mengapa jika hati sudah suka dengan hobi ini. 

    "Man, ini semua sampul yang aku dapat semasa majlis kahwin anak perempuan aku tu. Ada yang cantik dan ada yang sudah renyuk berlipat. Kau pilihlah sendiri ye," katanya setelah kami memesan minuman di restoran mamak pada malam itu. 

    Saya menerimanya dan mengucapkan terima kasih. Sebagai orang yang beradab, saya tidak terus membeleknya biarpun hati saya begitu gelojoh untuk melihat sampul-sampul itu. Saya sekadar meletakkannya di sisi saya dengan hormat. Saya mula berbual kosong mengenai kelancaran majlis kahwin anaknya itu.

    "Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Harga lauk dan katering dapat balik tetapi tak ada untung sangatlah. 

    "Cuma aku sedih bila malam tu, buka sampul yang mereka bagi tu, ada juga yang letak tisu kosong. Tak kisahlah! Cuma aku sedih bila ada kawan yang sudah 20-30 tahun berkawan tetapi beri RM10 sahaja. Itu ke nilai kawan?" katanya meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya. 

    Saya membiarkannya terus meluahkan rasa dan akhirnya saya mula bersuara.

    "Bang, kalau saya, saya sepatutnya tidak menerima duit itu biar berapa pun nilainya," 

    Dia tersentak.

    "Kita buat majlis kahwin anak untuk beritahu orang yang anak kita sudah berumah tangga. Kita mahu ia diraikan dan dikenali oleh sanak saudara dan rakan tauladan dan sanak saudara. Pada saya perlu bagi duit salam kaut itu sebagai tanda hormat. Orang-orang tua kita dulubiasa amalkan. Cuma pada masa itu, mereka beri kain sarung, kain batik atau beri beras untuk pengantin memulakan hidup sendiri. 

    "Bagi sahabat, pada saya datang tunjuk muka sudah memadai. Kalau dapat kawan yang dapat datang bantu semasa kenduri lagi bagus,

    "Kenapa saya kata begitu? "soal saya, dia mengangguk, mahu tahu. 

    "Sanak saudara tetap sanak saudara. Hubungan nasab itu membawa sampai mati. Gaduh hari ini, esok lusa berbaik semula. Tetapi sahabat, lain hubungannya. Ada orang bersahabat untuk diri sendiri sahaja, suami dan isteri mereka tidak bersahabat dengan sahabat suami atau isteri mereka. Jadi, apabila suami atau isteri meninggal dunia atau bercerai, persahabatan itu putus,

    "Alangkah indah jika kita bersahabat dan melanjutkan persahabatan itu hingga kepada anak-anak kita. Tak semestinya kita bersahabat kerana dia kaya dan berkedudukan politik atau berpangkat dalam sesuatu syarikat untuk dapat kabel. Tetapi sebagai pihak rujukan dan nasihat apabila kita sudah tiada atau anak-anak perlu nasihat berkecuali. Abang nampak tak 'point' saya?" dia mengangguk sambil menghirup perlahan air nescafe panasnya. 

    "Kita rasa buat kenduri pada hari cuti atau cuti sekolah, semua orang senang datang. Tetapi kita silap. Ada masanya, sahabat kita itu sebenarnya sudah menempah percutian keluarganya enam bulan atau setahun awal. Namun, untuk menghormati kita, dia terpaksa mengubah cuti. Kadang-kadang pakej tak boleh ubah dan duit mereka 'burned' begitu sahaja. Ada juga yang dikenakan caj tambahan. 

    "Lebih menyedihkan lagi apabila sahabat itu terpaksa bermasam muka dengan isteri dan anak-anak mereka semata-mata ingin menghadiri kenduri kita atau anak-anak kita yang tiada kaitan dengan mereka. Kita tidak tahu apa yang terjadi di belakang kita semata-mata ada sahabat yang utamakan setiakawan itu. 

    "Saya belum cerita lagi bab kos perjalanan seperti minyak, tol dan ada juga sahabat yang terpaksa bermalam di hotel. Sukakah abang kalau sahabat baik kita tidak dapat datang ke kenduri kahwin anak kita dan sebagai ganti hanya mengirimkan duit RM100?" soal saya. 

    Dia menggelengkan kepala. 

    "Jadi, jangan tengok RM10 yang diberi di tangan kita. Tidak perlu juga tengok atau tanya berapa duit yang sahabat kita habiskan untuk datang ke majlis itu. Tetapi tengoklah nilai persahabatan yang membawanya ke majlis itu. Itu sudah lebih dari cukup. 

    "Apabila persahabatan dibina dengan nilai ikhlas, insyaAllah sahabat itulah yang akan berada mengiringi kita ke tanah perkuburan nanti, yang akan menjadi mata telinga kita memerhatikan anak-anak kita dan akan menyebut nama kita dalam setiap doanya," jelas saya panjang lebar. 

    Dia meluru ke arah saya dan memeluk leher saya sambil menangis. Saya cuma terdiam sambil menundukkan kepala. Saya biarkan dia menangis bagi membasuh noda menilai setiakawan semata-mata nilai salam kaut RM10.
    Celaka betul, ramai pula yang senyum-senyum melihat dua lelaki dewasa berpelukan di khalayak ramai di kedai mamak pada malam itu. Sumpah aku takkan jejak lagi ke restoran ini seumur hidup. Hahaha! - Izman Pauzi 

    Kedatangan Dajjal Di Turki. Apa Yang Lelaki Ni Bagitau Buat Isterinya Sangat MENGEMPARKAN !!

    Posted: 08 Sep 2016 05:31 AM PDT

    Kedatangan Dajjal Di Turki. Apa Yang Lelaki Ni Bagitau Buat Isterinya Sangat MENGEMPARKAN !!

    Seperti ditulis oleh FB Taufik Razif (LINK). Hari ni mood sy agak 'gloomy' skit. Yela semalam dah dikejutkan dengan kematian 84 orang yang dilanyak oleh sebuah Trak di Paris. 10 daripadanya adalah kanak-kanak dan pemandu trak tersebut beragama Islam! Walaupun pemandunya ada rekod jenayah sebelum tu tetapi agama tetap dikambing hitamkan sebagai motif utama kejadian tu!

    1

    Bangun pagi-pagi pulak dikejutkan dengan cubaan untuk menggulingkan Presiden ke 12 Turki, Erdogan oleh pihak tentera. Tentera Turki ni memang pantang sikit kalau ada pemimpinnya yang taknak berhukum dengan hukum sekular ni. Alhamdulillah berita yg saya baru terima sekarang katanya cubaan rampasan kuasa ni dah berjaya dipatahkan.

    Hati-hati dengan media pro Barat seperti CNN, guardian, rt , fox news, washington post dan bbc. Mereka ni kan macam sengaja nak gambarkan seolah-olah Turki ni masih kacau bilau tahap darurat padahal takde la seteruk tu. Kalau boleh ambil maklumat ke berita ke dari sumber yang boleh dipercayai macam Al Jazeera dan Daily Sabah. Sumber berita daripada mereka lebih telus dan neutral sikit.

    Kebetulan tadi pergi ambil bini baru balik dari hospital. Baru habis oncall semalam. Bila saya cerita dua berita gempar ni muka bini saya cuak dah jadi lain dah. Saya cakap la " Betul la abang pernah dengar dari seorang orang soleh ni. Dia cakap sebelum Imam Mahdi muncul akan ada perang di Syria. Selepas Syria akan berlaku pula perang di Turki dan selepas tu Imam Mahdi akan muncul ". Sebenarnya saya tak terlalu ambil serius sangat benda ni sebelum ni. Sebab waktu sy dengar cerita ni Turki tak bergolak sepertimana sekarang.

    Saya pun sambung la cerita cerita rahsia sebelum Dajjal turun nanti. Saya bagitahu dia tentang akan berlaku kemarau teruk sebelum Dajjal turun. Waktu tu kita dah tak boleh pertahan anak bini dah. Nafsi nafsi dah. Kau diri kau. Aku diri aku. Bila Dajjal turun nanti dia akan keliling satu dunia. Dia akan kuasai seluruh tempat yg ada kat atas muka bumi ni kecuali Mekah dan Madinah. Tu pun nanti orang munafik akan keluar beramai ramai daripada dua kota suci tu dan pergi kepada Dajjal.

    " Habis tu nanti camne anak kita bang? Kita solat pun tak jaga betul lagi. Abang ada 2 orang perempuan yg lemah ni abang nak jaga. Nabilah dan Maryam. Dan juga seorang lelaki. " sambil dia usap usap baby 36 minggu yang masih dalam perut dia tu.

    2
    Jadi bila dah jadi camtu ustaz tu minta kita fokus betul-betul mintak ampun pada Allah. Sebab once matahari dah naik sebelah Barat, no way man! Jadi ape nak buat sekarang? Ustaz tu pesan, sekarang ni bykkan hadiri majlis ilmu dan hafal betul-betul 10 ayat pertama dan terakhir surah Al Kahfi. Tu je benteng terakhir yg kita ada.

    P/ S : Saya Taufiq Razif bukan seorang ustaz tau. Jadi saya minta kawan-kawan Ustaz boleh betulkan jika info yg saya berikan ni bertentangan dengan Hadis . Tapi setakat kefahaman yg sy ada, insyaAllah tak bertentangan. Sebarkan ye kalau nak keluarga kita bersiap sedia dengan kedatangan Dajjal. Wallahua'lam. KREDIT FB Taufik Razif (LINK)

    Viral Video Pelajar Dibelasah Teruk, Guru Ini Cerita Kisah Sebenar Punca Pergaduhan

    Posted: 07 Sep 2016 09:36 PM PDT

    Viral di media sosial video pergaduhan dua murid yang disahkan berlaku di sebuah sekolah di Sabah. Video terbabit menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang geram dengan perilaku murid yang membelasah rakannya itu. 

    Namun semalam Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley mengesahkan pergaduhan tercetus apabila mangsa mengusik mengenai arwah bapa pembuli. Laporan sudah diterima dan masih dalam siasatan.
    Seorang guru yang mengajar berdekatan sekolah berlakunya kes ini berkongsi cerita sebenar yang mereka tahu.

    Apa sebenarnya berlaku



    Baru kehilangan ayah




    Menurut guru ini, murid terbabit merupakan ketua pengawas dan baru sahaja kehilangan ayahnya. Pergaduhan berlaku apabila mangsa kerap kali mengejek tentang ayahnya yang telah tiada.
    Guru terbabit bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan ganas yang dilakukan namun penting untuk masyarakat mendengar kisah sebenar dari kedua-kedua pihak. Peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik anak-anak agar berkelakuan baik.




    Cikgu tersebut juga dimaklumkan bahawa murid yang memukul rakannya itu seorang yang baik.
    Kes pun sedang disiasat. Yang salah tetap salah, harap kes ini boleh dijadikan pengajaran buat murid-murid lain dan ibu bapa.

    Sumber : Syierra_97mStar


    'Hijrah itu Sebenarnya Mudah, Istiqomah Yang Susah', Perkongsian Hijrah Dari Felixia Yeap Dikongsi Lebih 7,000 Kali

    Posted: 07 Sep 2016 09:39 PM PDT



    Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita seorang artis tempatan yang bertindak membuka kembali tudung selepas berhijrah. Apa yang berlaku ke atas artis itu mendapat perhatian dari netizen sehingga ada yang memberikan kritikan terhadap artis itu.

    Tidak lama selepas itu, kita dikejutkan pula dengan berita seorang jutawan tempatan yang sudah kembali ke pangkal jalan lalu berubah kembali menjadi mak nyah. Perkara itu juga mendatangkan pelbagai kritikan dari netizen.

    Kedua-dua kisah itu menjadi bualan hangat netizen minggu ini.

    Semalam, selebriti tempatan, Felixia Yeap, tampil berkongsi kepayahan hijrahnya dari seorang model bukan Islam kepada seorang muslim yang comel molek bertudung. Dan sampai sekarang, beliau masih lagi berjaya mengekalkan imej tersebut.

    Apa yang ingin disampaikan oleh Felixia Yeap adalah berhijrah itu memanglah sesuatu yang mudah tetapi apa yang susah adalah Istiqomah.

    Ikuti perkongsian dari Felixia Yeap :

    Perkongsian dari Felixia Yeap


    Benarlah bila orang berkata...hijrah itu sebenarnya mudah.

    Istiqomah itu yang susah.

    Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh berita tentang seorang saudari dan seorang saudara kita yang melambai kain putih tanda mengalah di pertengahan jalan penghijrahan mereka.

    Mengejutkan?

    Benar, tetapi pada masa yang sama, saya teramat memahami apa yang mereka lalui.
    Saya turut mengalami perkara yang sama, setiap hari. Tetapi bagi saya, saya cuba lalikan diri saya daripada tohmahan, makian dan sindiran manusia.

    Bagi saya, banyak lagi perkara yang penting dalam hidup ini untuk dibuat...daripada hanya cuba memuaskan hati dan menutup mulut manusia yang tidak menyumbang kepada penghijrahan kita.

    Yang hanya tahu mencari kesalahan dan aib kita walaupun kita sedang berusaha menjadi lebih baik.

    Misalnya, menjaga keluarga kita, mencari rezeki yang halal, membuat kerja amal, melebihkan dan menyempurnakan ibadah, etc etc.

    Tidak perlu kita terlalu mengambil berat apa yang negatif yang keluar dari manusia yang sentiasa berfikiran dan mengucap yang negatif sahaja.

    Fokuskan pada yang positif.
    Fokuskan pada yang membina.
    Fokuskan pada yang ikhlas.

    Istiqomah itu terlalu susah, saya tahu.

    Tetapi hijrah dan Hidayah itu juga teramat mahal dan berharga. Tidak semua dikurniakannya.
    Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri, dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya.

    Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang.
    Kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf.

    Tetapi itulah manusia.
    Namun cubalah sedaya upaya, kekalkan pendirian untuk berhijrah...bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT.

    Kalau tak boleh Hijrah laju-laju, hijrah lah slow slow.

    Lebih baik perlahan tetapi istiqomah...daripada laju tetapi cepat mengalah.
    Bagi yang suka menyindir, berburuk sangka, memfitnah dan menghasut orang-orang yang berusaha untuk berhijrah...bertaubatlah.

    Mulut tu Allah SWT berikan untuk mengucap yang baik-baik sahaja.
    Biarlah syaitan-syaitan sahaja yang buat kerja mereka tu.

    Kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu.
    Daripada bekas model P*****y ini.
    Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqomah.
    Berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad