Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    Peristiwa Berdarah Kampung Medan Yang Ramai Tak TAHU !!

    Posted: 06 Sep 2016 09:10 PM PDT

    Peristiwa Berdarah Kampung Medan Yang Ramai Tak TAHU !!


    Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari. Peristiwa ini berlaku di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan , Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan. [1]


    Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong.




    Punca

    Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung medan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis pengkebumian. [1] Seorang lelaki berbangsa India dikatakan membawa motorsikal dalam keadaan mabuk, dan terbabas merempuh tapak perkahwinan Melayu. Perkara itu mendatangkan kemarahan orang kampung, dan menengking lelaki India tersebut. Lelaki India tersebut tidak dapat menerima tengkingan kemudiannya mengajak sekumpulan geng dan menyerang majlis perkahwinan Melayu tersebut.

    Kemudian 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan. Peristiwa ini mendapat liputan CNN pada sebelah malamnya.

    Rentetan peristiwa

    Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Masyarakat India berwaspada dan bersiap-sedia sekiranya penduduk Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau samseng India datang untuk menyerang mereka. Mereka tidak takut akan jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad. Samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar.

    Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di Kampung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak. Malahan beliau sendiri menasihati penduduk Melayu yang marah agar mereka mematuhi undang-undang negara. [2]


    Beberapa orang yang luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari. 153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian. 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 3 India dan 34 Melayu.


    98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Lain-lain senjata ialah senjata buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapak dan kayu.


    Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan van telah dirosakkan.


    Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pesiden MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti. V. Segar, 34 dan A. Ganeson, 28 turut terbunuh.

    Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di Kampung Medan. Mereka bertugas memberi bantuan kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan.


    Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang. Hindraf melalui DAP mempersoalkan di Parlimen Malaysia, kenapa polis tidak menyiarkan hasil laporan 6 orang yang terbunuh dan mengapa samseng-samseng tidak didakwa di mahkamah.


    Selepas peristiwa

    Selepas tragedi ini, kerajaan negeri Selangor telah mensasarkan Setinggan Sifar pada 2005 di Selangor.[3] Kini kawasan perumahan lebih teratur. 97 % perumahan baru setinggan telah diselesaikan. Tinggal 1000 keluarga belum pindah di Selangor.

    Sumber : Wikipidea

    Tips Untuk Mematikan Servis ASTRO Jika Tidak Mahu Ditipu

    Posted: 06 Sep 2016 08:59 PM PDT

    Tips Untuk Mematikan Servis ASTRO Jika Tidak Mahu Ditipu

    Ini saya kongsikan tip emas untuk memancung astro:


    1) Sediakan topup/line telefon lebih RM100

    2) Setiap kali berurusan dengan telefonis, jangan lupa MINTA Report Number. Sediakan pen dan kertas. Catat dengan baik. Minta diulang untuk kepastian.

    3) Ada kes, telefonis tak mahu beri Report Number, alasannya keputusan belum dibuat. Sedangkan, report number adalah rekod laporan sahaja. Ia menunjukkan, sudah berapa kali anda buat laporan (bukan buat keputusan). Jika anda tidak bawa pulang Report Number, anggap bil telefon anda sia-sia.

    4) Anda kena banyak bersabar, dan tahan iman, kerana sepanjang proses pemotongan, anda akan ditawarkan pakej-pakej 'downgrade' (upsell). Anda harus mencelah dan bertegas, "Maaf, teruskan pemotongan akaun saya."

    5) Anda mungkin diminta walk-in ke pejabat terdekat. Selesaikan baki bayaran, atau sebarang denda (jika belum tamat kontrak). Jika anda rasa tidak sepatutnya anda dicaj servis yang tidak digunakan, dapatkan nasihat Tribunal Pengguna (hubungi saja pun boleh).

    6) Jika anda ke pejabatnya, hati-hati juga. Anda tetap akan di'upsell' berkali-kali. Macam-macam promosi yang mungkin tak pernah anda tahu, baru diketahui. Ingat. Tegas dengan pendirian anda.

    7) Kepilkan catatan dan rekod yang anda pernah hubungi telefonis sebelum ini. Tunjukkan Report Number dan rumusan perbualan. Bawa sekali resit bil yang pernah anda bayar, minta pegawai cetak bayaran yang diterima dari kita. Dan BANDINGkan.

    *jika tak simpan resit tak mengapa, minta cetakkan juga rekod terima bayaran.

    8) Pengalaman kami, ayah saya yang ke kaunter, sedangkan sebelum itu saya yang hubungi telefonis untuk tutup akaun. Masa tu, lepas pegawai kaunter rujuk Report Number, dia kata saya tak sebut perkataan "Nak Terminate."

    9) Saya pesan pada Abah, supaya cabar mereka mainkan semula rakaman. Katakan bahawa kami pun ada merakam sendiri perbualan itu. "Kalau tak padan, kita ke court." (Saya pun tak sangka, sebegini licik modus operandi mereka).

    10) Kami tidak meninggi suara. Tapi, pakcik-pakcik di sebelah kaunter sampai ketuk meja. Mungkin kerana kenyataan yang berbelit-belit dari skrip SOP layanan.

    11) Kami nasihatkan, anda selesaikan proses ini sehingga habis. Anda telah bermula. Jika anda putus asa di tengah jalan, sudahlah akaun tidak dipotong. Malah, ada kemungkinan akaun anda diupgrade ke HD, atau dipanjangkan kontrak setahun lagi (pengalaman sendiri).

    12) Saya cuma boleh pesan pada mereka yang ditawarkan promosi free view. Hati-hati.

    Kalau lepas free view kita ditanya lagi nak sambung atau tak, ini namanya PANCING. Jadi, kita berpeluang katakan TIDAK lagi sekali.

    Tapi, kalau tak ditanya apa-apa, tahu-tahu terus sambung kontrak, ha ini namanya PERANGKAP.

    Jika saya, FREE pun saya tolak jauh-jauh. Pelanduk takkan lupa perangkapnya. Hehe

    Bukan nak burukkan atau menghasut. Sekadar berkongsi tips dan teknik-teknik. Mengikut rekod peribadi, saya dah bantu 'terminate'kan 20 akaun astro, sebab selain akaun syarikat majikan sebelum ini, rakan kami orang Jepun turut bermasalah dalam hal ini.

    'Abang Silap Orang! Aduh!'

    Posted: 06 Sep 2016 08:54 PM PDT



    KUALA LUMPUR - Video rakaman seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah, ditangkap dan digari oleh dua lelaki yang dikatakan sebagai polis tersebar di media sosial. 

    Bagaimanapun, Mukhtar Isma'ail tampil menjelaskan cerita sebenar mengenai kejadian malang yang menimpa guru berkenaan. 


    "Dalam perjalanan pulang, guru ini telah ditahan polis. Guru ini telah memberitahu kepada dua anggota terbabit bahawa dia baru balik dari memberi tuisyen kepada murid UPSR di sekolahnya. Namun, polis tidak mempercayai dia dan menyangka dia penagih dadah. Guru ini dicederakan dan digari sebelum dibawa ke balai polis. 

    "Di balai polis, guru ini telah menghubungi Guru Besarnya. Guru Besar datang ke balai polis dan memperaku bahawa guru berkenaan adalah guru yang mengajar di bawah seliaannya," kata Mukhtar. 



    Menurut Mukhtar, ekoran dari kejadian itu, mangsa dikatakan cedera dan patah tangan telah dibawa ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan. Mangsa diberi cuti selama tiga minggu.

    Bagaimanapun sehingga kini, masih belum ada pihak berkuasa yang tampil mengesahkan dakwaan ini. 


    Bahaya Produk Simplot Kerana Mengandungi Monsanto Punca Jangkitan Virus ZIKA

    Posted: 06 Sep 2016 08:52 PM PDT

    KENTANG GMO DI PASARAYA MALAYSIA?

    *Edited and updated

    Update lagi -----BOLEH SESIAPA HUBUNGI SIMPLOT MALAYSIA KALAU2 MEREKA BOLEH SAHKAN BAHAWA PRODUK KENTANG MALAYSIA TERKECUALI DARI KENTANG GMO?

    saya dah call tapi nombor tak dapat sambung.

    ---------------------------------------------------------------------------

    1. Sekembalinya di Malaysia Julai lalu, saya amat terkejut bila melihat produk-produk berasaskan kentang dengan gah meletak jenama SIMPLOT berada di ruang sejuk beku di pasaraya terkemuka.

    2. Saya amat terkejut kerana saya baru selesai melakukan kajian kes bagi company SIMPLOT yang ketika itu sedang mengalami cabaran memasarkan kentang 'genetically modified' di USA. Tup tup tengok ada produk mereka di Malaysia. Manalah tak terkejut.

    3. Setelah diselidiki, rupanya FDA baru saja memberi kelulusan kepada SIMPLOT untuk memasarkan kentang GMO mereka yang mempunyai 'trait' tambahan iaitu lebih tahan lama, tidak cepat lebam dan rintang perosak.

    4. Sebagai pelajar ijazah Bioteknologi yang membuat projek genetic modification untuk projek tahun akhir, membuat kajian kes tentang Innate Potato keluaran Simplot semasa program Masters 'is like music to my ears'.

    5. Banyak bantahan dan isu dibangkitkan umum di USA kerana rakyat mereka yang anti dengan produk GMO dan maklum tentang FDA YANG SERING DIKAITKAN DENGAN GANGGUAN POLITIK DAN KETIDAKTELUSAN. MASAKAN TIDAK, PIHAK TERTINGGI FDA ADALAH BEKAS EKSEKUTIF TERTINGGI MONSANTO. SIAPA MONSANTO? GOOGLE SAJA UNTUK TAU TENTANG DALANG TERBESAR PEROSAK ALAM DAN MANUSIA.

    6. Monsanto jugak dikaitkan dengan kes microcephaly yang lebih digembar gemburkan sebagai akibat jangkitan virus ZIKA.

    7. Beberapa states di USA ada undang-undang label produk yang ketat. Jadi mereka mewajibkan label 'GMO product' di semua produk yang dipasarkan. Nak beli atau tak, itu keputusan sendiri. DNA masing-masing, masing-masing jaga.

    8. Setahu saya Malaysia tiada undang-undang mewajibkan label produk mengandungi GMO. Maka memang banyak produk mengandungi GMO tersembunyi seperti corn syrup dari genetically modified corn (Monsanto pengeluar benihnya) yang berleluasa di pasaran.

    Makluman dari kawan lawyer. Basically undang2 psl GMO labelling dh ada di Malaysia. S. 61 Biosafety Act 2007 tp provision ni quite vague + lack of enforcement.

    9. Saya tak tau apa keputusan orang lain, tapi dengan pengetahuan ini, saya memutuskan untuk boikot produk Simplot yang nyata keluarkan dan kentang GMO. Minta maaf Prof pensyarah kajian kesa Simplot saya yang akan marah dengan pendirian saya ini. Sorry that we have agree to disagree.

    P/S: Boleh share kalau rasa bermanfaat.

    P/S 2 : Boleh kongsi maklumat tambahan untuk tambah baik pengetahuan sedia ada.Maaf kalau ada kesilapan.

    Disclaimer : yang pasti Simplot memang ada produk transgenic bernama Innate Potatoes. Kalau potatoes Simplot di Malaysia tak guna Innate Potatoes dari Simplot, tolong lah declare....

    Ini link berita kelulusan produk GMO Simplot.

    http://fortune.com/2016/01/14/genetically-modified-potatoes/

    Cikgu Cabul Murid Darjah Tiga di Kota Bharu

    Posted: 06 Sep 2016 08:51 PM PDT



    Tertuduh keluar dari mahkamah sambil menutup kepala.
    KOTA BHARU - Seorang guru mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencabul murid tahun tiga, dua tahun lalu.

    Tertuduh, Ahmad Bakri Ibrahim, 51, didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan meraba kemaluan mangsa yang berusia sembilan tahun di sebuah stor sukan di sebuah sekolah di Wakaf Bharu, Tumpat.

    Kejadian didakwa berlaku antara jam 7 dan 9 pagi, pada 7 April 2016.

    Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.

    Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Firli Fairulyzan Arias, manakala tertuduh diwakili peguam, Nasriq Nazman.

    Pada prosiding itu, Firli mencadangkan jaminan RM3,000 terhadap tertuduh, bagaimanapun Nasriq memohon jumlah itu dikurangkan dengan mengambil kira tanggungan keluarga tertuduh.

    "Tertuduh berpendapatan RM4,000 dan ada anak yang bersekolah. Jika dibenarkan jamin, tertuduh berjanji tidak akan mengganggu mangsa," katanya.

    Majistret, Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin.

    Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 September depan untuk pengurusan.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad