Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    Dituduh Kembali Jadi Mak Nyah, Ini KOMEN BALAS Safiey Ilias, Memang PEDAS !

    Posted: 05 Sep 2016 07:41 AM PDT


    Dituduh Kembali Jadi Mak Nyah, Ini KOMEN BALAS Safiey Ilias, Memang PEDAS !

    Sekarang sedang viral mengenai Safiey Ilias yang dikatakan kembali jadi 'mak nyah' lepas nekad berubah. Terpanggil untuk menjawab isu tersebut, Safiey Ilias muat naik status terkini di Facebook beliau.


    Apa apapun, admin harap berita Safiey kembali jadi mak nyah ini tidak benar dan semoga Safiey terus berusaha untuk kembali kepada fitrah. Wallahua'lam. - TrendingMalaya

    (VIDEO) Viralkan Dicaj Mahal Makan Di Restoran Segamat, Pengguna Facebook Kantoi Menipu !

    Posted: 05 Sep 2016 07:37 AM PDT

    Semalam, seorang wanita melalui akaun Facebooknya mendedahkan yang dia dicaj RM 96 ketika makan tengahari di sebuah restoran di Segamat, Johor.

    Dakwa wanita itu yang menggunakan nama Eetta Masuri di Facebook, dia dan keluarga hanya makan tiga ketul ikan pari yang dipotong kecil-kecil, dua potong ulam timun, tiga potong sotong kecil, seekor udang kecil, empat gelas air dan empat pinggan nasi putih.




    Pemilik restoran itu bagaimanapun telah mengeluarkan satu rakaman CCTV di akaun Facebooknya, menunjukkan yang wanita itu mengambil lebih lauk dan makanan dari yang didakwa. Menurut Ida Hafiza Razali, wanita itu turut memesan satu mangkuk cendol durian, sepinggan lauk lain, serta terdapat lauk dalam pinggan anaknya yang tidak disebut.


    Makanan-makanan itu dipesan beliau untuk hidangan tengahari bersama tiga orang lagi ahli keluarga.


    Berikut ialah rakaman CCTV tersebut.
    Disebabkan wanita itu kantoi menipu, ramai pengguna Facebook mula menghentamnya, menyebabkan wanita Eetta menyahaktif akaun Facebooknya.

    Tuduhan beliau memang serius dan boleh menjejaskan reputasi perniagaan Restoran RZ. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar dia membuat dakwaan sedemikian.
    Dengan pendedahan bukti ini ternyata Restoran RZ mengenakan caj yang berpatutan kerana nampak seperti lauk-lauk yang dipesan itu penuh pinggan, siap ada cendol durian.

    Diharap pemilik restoran RZ dapat bersabar. Beginilah dugaan dalam bidang perniagaan, kalau tak kuat mental memang putus asa dibuatnya. Semoga perniagaan RZ bertambah maju selepas ini.-amazingnara.com

    Sumber: Ida Hafiza Razali

    Isu Uqasha Buka Tudung, Ini Komen Elfira Sebagai Seorang Sahabat... Memang Tak Sangka !

    Posted: 05 Sep 2016 07:35 AM PDT


    SEBELUM ini industri hiburan tempatan dihebohkan dengan keputusan aktres Uqasha Senrose yang kembali menanggalkan hijab selepas hampir tiga tahun membawa imej berkenaan.

    Susulan itu, ramai netizen mula menghentam dan mengkritik tindakan yang diambil aktres berusia 24 tahun itu.

    Dalam ada yang mengkritik, pelakon Elfira Loy pula mengambil pendekatan berbeza, membela Uqasha dengan meminta orang ramai agar tidak terus menghakimi tindakan pelakon tersebut.

    Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam sahaja.

    Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi mungkin sebaliknya. Mungkin sebenarnya kita yang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh mana kita mampu menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respon negatif terhadap perkara ini. Bimbingan serta kata-kata nasihat secara positif harus diberkan, bukannya menghentam dan bersikap negatif, katanya memetik Astro Gempak.

    Selain Elfira, pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Raysha Rizrose turut mempertahankan kakaknya dengan menyelar individu yang mengutuk agar cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum ke atas seseorang. MYNEWSHUB.CC

    (Video) 'Kau Dah Tumbuk Muka Laki Aku! Kau Tunggu!'

    Posted: 05 Sep 2016 07:34 AM PDT


    MELAKA - Gara-gara tidak berpuas hati dipotong kereta lain, seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila dia secara tiba-tiba menumbuk muka mangsa sebaik berjaya menghimpit kereta mangsa. 

    NorFarahain Minhat, memuat naik gambar dan video lelaki berkenaan yang masih enggan berundur biarpun sudah dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya. 

    "Kami nak memotong, kemudian dia menghimpit kereta kami. Dia marah sebab kami memotong dia lalu dia mengekori kami dari Cheng sehingga ke Bachang sebelum dihimpit. 

    "Dia suruh kami keluar dari kereta. Sebaik saja suami saya keluar, lelaki itu terus menumbuknya. 

    "Salah ke kami memotong? Apa hak dia nak pukul orang? Samseng betul. Bila saya cakap saya rakam video kejadian itu, dia masih lagi mahu menerkam kami," kata Norfarahain. 

    Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis

    Gadis Cantik Ini Dipelawa Bos Untuk TIDUR SEBILIK, Jawapan Beliau Sangat MENGEJUTKAN !

    Posted: 05 Sep 2016 07:34 AM PDT



    Walaupun memiliki segulung ijazah, ia bukan jaminan untuk para graduan kini mendapat kerja yang diidamkan. Malah ramai di antara mereka terpaksa mencuba nasib dengan bekerja diluar bidang dan menerima gaji yang rendah.


    Lebih malang, ada pihak cuba mengambil kesempatan keatas mereka. Iyalah siapa yang tak teruja bila dapat panggilan untuk interview kan, malangnya…


    Menurut gadis ini pada awalnya dia tidak menyangka perkara sebegini bakal berlaku memandangkan terlalu fokus ingin mencari kerja

    Harap perkongsian daripada gadis ini boleh dijadikan contoh dan pengajaran buat para graduan yang sedang mencari kerja.



    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad