Header Ads

Close
  • Semasa

    Inilah "Akibatnya" Apabila Sering Memakan Kaki Ayam, Anda Pasti Tak Sangka !


    OHBUANA!


    Posted: 03 Sep 2016 04:48 AM PDT


    Selain daripada kepala ayam, kaki ayam merupakan bahagian anggota badan ayam yang kurang popular di kalangan peminat-peminat daging ayam. Namun, sebenarnya, bukan semua orang menyukai bahagian dada dan paha ayam sahaja. Seperti bahagian tongkeng ayam,banyak juga orang yang menggemari bahagian kakinya kerana rasanya yang lebihnikmat meskipun dagingnya sangat sedikit berbanding dengan bahagian yang lain-lain.

    Di sini kami senaraikan kebaikan memakan kaki ayam yang ramai orang tidak tahu:

    1. Kaki ayam ternyata baik untuk kesihatan kerana kandungan kalsiumnya
    Kaki ayam ternyata tidak hanya enak di makan saja, tapi ternyata baik juga untuk kesihatan kerana mengandungi kalsium. Bagi yang belum tahu, kalsium atau zat kapur sangat bermanfaat bagi penderita rheumatic atau sakit joint and muscle. Malah, kaki ayam inilah yang disyorkan oleh pakar untuk diambil oleh mereka yang memiliki sakit reumatik. Dengan pengambilan yang teratur, pesakit reumatik berkemungkinan sembuh kerana kandungan kalsium yang diperlukankan tubuh dapat dipenuhi.

    2. Kaki ayam mengandungi kolagen
    Mungkin ramai yang belum begitu faham tentang apa itu kolagen dan apakah memakan kaki ayam itu baik. Kolagen dikenal sebagai salah satu jenis protein yang dibentuk dari hydrogen, oksigen dan karbon dan terdiri dari asam amino; Arginine, Hydroxyproline, dan Glycine. Bahagian tubuh manusia, seperti kuku, rambut, tulang rawan, otot, tendon, tulang, dan kulit disokong dan dihubungkan oleh kolagen. Ini pun juga fakta bahawa kolagenlah yang membentuk kulit kita sebanyak 75% dan bahkan kolagen itu sendiri ada dalam tubuh kita lebih kurang 33%.

    Itu ertinya, memakan kaki ayam tidak pernah salah apalagi bagi wanita yang ingin memiliki kulit mulus dan cantik kerana kandungan kolagennya mampu memenuhi keinginan tersebut. Ini dia beberapa manfaat kolagen yang boleh disemak.

    • Kemerahan kerana kulit yang sensitif atau kena radang dapat dikurangkan.
    • Kulit menjadi lebih lembut dan cerah.
    • Kulit menjadi lebih kenyal seperti kulit bayi.
    • Elastik dan ketegangan kulit dapat ditingkatkan.
    • Kedut dan garis-garis kecil tanda-tanda penuaan dapat dikurangkan.
    • Sistem pembuluh darah menjadi lebih kuat dan lancarnya peredaran darah juga merupakan keuntungan memakan kaki ayam.
    • Bekas jerawat dapat dihilangkan dan dicegah untuk kembali.
    • Kulit yang tadinya pecah-pecah dan sangat kering dapat dijadikan kembali halus dan normal.
    • Timbulnya jerawat bakal dicegah dan bagi yang sedang berjerawat, penyembuhan akan lebih cepat ketika kulit menyerap kolagen.
    • Warna kulit yang kurang merata akan lebih merata dan bersinar.
    • Bahagian-bahagian tubuh yang terlihat hitam akan menjadi lebih putih, seperti bahagian siku, ketiak, dan bibir pun juga boleh menjadi merah muda yang tadinya banyak pigmen hitamnya.

    3. Kaki ayam boleh mencegah osteoporosis
    Tanpa disadari kaki ayam banyak mengandung protein yang membantu merawat kulit, otot, tulang, dan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein mempunyai ikatan yang liat dan bening berwarna kekuning-kuningan. Jika terkena panas, kolagen akan mencair jadi agak kental seperti gel.

    Susunan utama pada kaki ayam adalah asid amino, iaitu komponen berlandaskan protein. Dalam asid amino sendiri terdapat glisin-prolin, hidroksiprolin-agrinis-glisin. Kaki ayam juga mengandungi zat kapur dan sejumlah mineral.

    Kalsium memang mempunyai kesan untuk membangun dan mempertahankan kekuatan tulang, termasuk membantu mengatur degupan jantung, pertumbuhan otot, dan mencegah pengumpatan darah.

    Di China, kaki ayam sering menjadi bahan tambahan untuk menu sup mereka kerana memang dipercayai bahawa dengan memakannya bakal awet muda. Selain itu, para ahli bela diri di sana juga memakan kaki ayam dengan teratur kerana pergerakan mereka boleh menjadi lebih lancar.

    Jadi, jangan takut untuk memakan kaki ayam kerana ia banyak kebaikan.

    Kredit: beritapremium
    Posted: 03 Sep 2016 04:47 AM PDT
    "Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk istrimu, yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada istrimu." (HR. Bukhari Muslim)
    Dari hadis diatas dijelaskan bahwa harta yang diberikan (nafkahkan) kepada keluarganya, lebih utama daripada didermakan harta bendanya untuk perjuangan Islam. Jadi bagaimana sekiranya terdapat isteri yang sering ditinggalkan suaminya dengan alasan dakwah, sedangkan kebajikan anak-anak dan isterinya tidak dijaga dengan baik? Rasulullah SAW memang seorang tokoh pendakwah yang teragung sepanjang zaman, akan tetapi baginda sering memberikan perhatian kepada keperluan dan kebajikan isteri-isteri baginda.
    Begitu besar perhatian Rasulullah SAW, terhadap hak-hak kaum wanita, sehinggakan baginda memberitahu kepada kaum lelaki cara yang terbaik untuk memuliakan seorang wanita.

    Perlu diketahui oleh para suami bahawa nafkah yang mereka berikan kepada keluarga mereka tidaklah sia-sia di hadapan Allah SWT. Bahkan nafkah itu akan dicatat sebagai amalan sedekahnya, sebagaimana hadit dari Abu Mas'ud Al-Anshari dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda:
    "Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala dengannya maka nafkah tadi dianggap sebagai sedekahnya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
    Bahkan satu suapan makan yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya dianggap sebagai suatu sedekah. Demikian disabdakan Nabi Muhammad pada shahabat beliau, Sa'ad bin Abi Waqqash:
    "Dan apa pun yang engkau nafkahkan maka itu dianggap sebagai sedekah bagimu sampaipun suapan yang engkau berikan ke mulut istrimu." (HR. Al-Bukhari)
    Dalam riwayat Muslim disebutkan:
    "Tidaklah engkau menafkahkan satu nafkah yang dengannya engkau mengharap wajah Allah kecuali engkau akan diberi pahala dengannya sampaipun satu suapan yang engkau berikan ke mulut isterimu.".
    MasyaAllah, tidak sanggup bagi baginda Rasulullah SAW untuk menjadikan kaum hawa mangsa dari sikap suami mereka yang tidak bertanggungjawab.

    Beruntung sekali bagi seorang isteri yang memiliki suami yang pemurah dan tidak berkira kepada diri mereka. Rasulullah SAW merupakan seorang suami yang paling pemurah kepada isteri-isteri baginda, juga kepada sahabat dan kaum keluarganya. Sikap pemurah Rasulullah SAW menjadikan isteri-isteri baginda semakin mencintai dan menyayangi baginda.

    Kredit: ohmymedia.tv
    Posted: 03 Sep 2016 04:47 AM PDT

    Beberapa dekad yang dahulu, insiden sebegini pastinya dianggap sebagai cerita dongeng yang direka-reka bagi dijadikan bahan untuk berjenaka.

    Namun, kini, kes keganasan wanita ke atas lelaki kian menjadi-jadi.

    Terbaru, paling mendapat perhatian dunia apabila ramai lelaki di Afrika yang menjadi mangsa rogol wanita di sana yang mengakibatkan ramai lelaki berada dalam keadaan trauma.

      
    Mungkin ini kisah pelik dan lawak bagi kita rakyat Malaysia, namun, kejadian sebegini tidaklah mustahil untuk berlaku di sini.

    Oleh yang demikian, berikut ialah tips penting yang boleh digunapakai untuk menyelamatkan diri dari wanita gelojoh bernafsu buas.



    Memetik laporan berita beberapa bulan yang lepas :

    Seorang lelaki di sini ditimpa malang apabila dipaksa melakukan hubu­ngan seks dengan tiga wanita semata-mata kerana mereka mahu mendapatkan spermanya.

    Lelaki diculik dan "dirogol" oleh tiga wanita untuk dapatkan sperma

    Pihak polis berkata, ketiga-tiga wanita yang dikatakan sebagai 'pengumpul sperma' itu kini giat melakukan perbuatan berkenaan di sekitar bandar Bulawayo, Zimbabwe.

    Menurut laporan, mereka telah menculik sebelum merogol seorang lelaki ketika mangsa me­nunggu di tepi sebuah lebuh raya di Avenue 6, di bandar ini.

    "Mangsa yang mahu ke Taman Cowdray sebelum itu mahu me­numpang kereta mereka, namun malangnya dia dibawa ke tempat lain," kata jurucakap Jabatan Polis Bulawayo, Precious Simango.

    Menurutnya, mereka membawa mangsa ke sebuah kawasan terpencil sebelum bertindak merogolnya secara bergilir-gilir.

    "Salah seorang wanita itu menggunakan kondom, manakala yang lain melakukan perbuatan itu tanpa sebarang perlindungan. Mereka kemudian meninggalkan mangsa di seba­tang jalan raya," katanya.

    Kes melibatkan golongan wani­ta merogol lelaki untuk mendapatkan sperma di negara berke­naan bukan perkara baharu kerana berlaku sejak tahun 2011.

    Pihak berkuasa percaya sperma itu akan digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah. Juju dipercayai boleh mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

    Kredit: ohmymedia.tv
    Posted: 03 Sep 2016 04:46 AM PDT

    Di saat dunia maya sedang menunggu kemaafan dari saya

    Saya nak sampaikan satu benda dari sisi yang lain terlebih dahulu.

    **********************************************
    Slot pertama.

    Saya tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu mengapa tiada satu orang pun dikalangan yang tidak bersetuju dengan saya bertanyakan pada saya tentang penerimaan Uqasha Senrose sendiri, apa respon dia, dan apa jawapan dia?

    Belum ada.

    Jadi kalian mengeluarkan pendapat dari persepsi sendiri. Kiranya begitu, saya pun punya persepsi saya, maka saya menghormati kalian, dan kalian perlu juga menghormati saya.

    Saya pilih untuk diam kalian terus bersuara. Jadi sungguh tidak adil buat saya. Ini buat yang keluarkan komen2 yang tidak sesuai dan sepatutnya seperti geli, nak muntah, nak mengurat dan lain-lain.

    Sungguh, dalam saat saya menukilkan coretan itu, niat saya tidak pernah pun bahkan terfikir pun tidak, untuk sampai ke tahap yang kalian sangkakan itu. Jikalau penggunaan perkataan saya yang salah, saya nak minta maaf, tapi nanti dulu, ada sesuatu yang saya nak bagitahu, 'Bukan semua berfikiran sama seperti kalian'. Itu.

    Selain itu, saya turut ingin buat pencerahan tentang surat tersebut. Surat itu bukan satu surat teguran ya. Ia adalah surat yang memberi panduan padanya. Jadi saya minta sangat kepada semua, untuk perbetulkan semula. Ia bukan satu surat teguran. Tetapi satu coretan yang memberi panduan dan tips untuk istiqomah dalam berhijrah buat Uqasha dan mereka yang sama dengannya. Ia satu list panduan buat Uqasha. Perasankan point utama 1 hingga 3 saya?

    Jika kalian masih ingat, perkataan saya. Sampaikan pada bintang2 yang lain dilangit itu adalah metafora yang sangat bermakna buat yang membacanya sambil berfikir.

    Itulah coretan panduan saya buat barisan selebriti yang mana tidak kira siapa-siapa, yang tua yang muda, yang baru-baru ini Pn Normah Damanhuri (Bukan saya sahaja Dai, kalian pun sama. Apa kata cuba buat coretan version baru yang boleh menggantikan atau lebih baik dari surat saya untuk Uqasha? Ia bukan tugas saya seorang sahajakan.)

    Mereka semua sama bagi saya. Tidak ada yang nak dahulukan yang cantik atau yang tidak. Kita ini cuma seorang hamba. Rezeki pun Allah yang bagi. Hidayah pun Allah yang bagi. Saya dah selesaikan tugas saya untuk Uqasha, kalian bantu saya pula untuk Normah Damanhuri, cubalah sehalus mungkin lebih baik dari saya, saya akan bantu untuk share dan forwardkannya untuk manfaat kita semua. Jangan risau. Itu janji saya. Tetapi ingat, ia perlulah penulisan yang bukan sebuah teguran, tapi penulisan yang menjaga hati si penerima dan memberi inspirasi padanya, panduan dan saranan. Ciptakan lebih baik dan terjaga kata-katanya dari saya.

    Saya akan berikan bantuan pada kalian. Pm sahaja saya. In shaa Allah.

    **************************************************************
    Slot Kedua.

    Respon Uqasha

    2 malam lepas, kami berhubung through whats app.

    Dia beritahu, yang dia menangis saat kali pertama baca coretan saya itu, dia kata:

    Saya minta jasa baik ustaz, doakan saya dan keluarga saya

    Yang paling bermakna, yang buat saya tahu dakwah saya sampai ke satu tahap yang orang lain belum tentu lagi boleh buat, ialah bila:

    Dia buat permintaan, Ustaz bimbing saya.

    Waktu ini, saya dapat rasakan sesuatu dari kata-kata dia, dia betul2 maksudkannya, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia menginginkan bimbingan sebenarnya dari kita, Allahul mustaan. Saya bagitahu saya tak mampu seorang diri, namun saya akan bawakan ustazah-ustazah dan selebriti muslimah mungkin boleh bersama-sama dengannya dalam masa kedepan.

    Malam ini, tiada lagi kisah langit dan syurga.

    Sedang berpijak pada bumi yang nyata, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, untuk hadir keruangan komen dia, dan kita berikan sokongan dan doa yang tidak putus-putus pada dia.
    Saya minta kita lakukannya. Selebihnya biarlah urusan pilihan dia dengan Allah swt. Kita bantu setakat yang mampu.

    Pahala yang tercipta dari usaha baik kita akan kekal tercatat dalam buku amal malaikat Roqib dan Atid, namun dosa macam mana punya teruk pun, kita ada Allah swt yang Maha memberi keampunan yang akan arahkan mereka untuk hapuskannya bila sekali kita datang sujudkan dahi atau menadah tangan untuk Dia.

    Saya akan cuba bantu dengan sedaya saya dibelakang tabir, berserta dari barisan asatizah dan selebriti muslimah yang lain yang sudi hulurkan bantuan sama, kita nak dia bersama dengan kita tanpa satu paksaan. Dari kerelaan hati nurani sendiri. Namun ini semua takkan menjadi, tanpa bantuan dan sokongan kalian.

    Seterusnya, ini bahagian yang paling penting.

    ************************************************************************************
    Slot Ketiga

    Permohonan kemaafan saya

    Saya memohon maaf atas cara kata-kata saya yang mengundang ribuan fitnah dalam bab atau Perenggan atas tempoh hari.

    Permohonan maaf ini sepatutnya menjelaskan tentang:

    Yang pertama, saya tidak pernah rasa untuk tinggi diri dengan apa yang telah Allah swt takdirkan untuk saya kini atau memilih untuk sombong dengan tak menerima sebarang teguran. Tidak, sungguh saya akui saya salah. Saya terima bulat-bulat teguran kalian ya.

    Yang kedua, saya belajar dari kesilapan kecil itu yang kalau tidak berhati-hati atau jaga, maka ia boleh menjadi fitnah yang besar.

    Yang ketiga, saya berusaha untuk tidak mengulanginya. Yang keempat, ya, sudah tentu saya wajib menginsafinya.

    Dengan ini, saya mengucapkan terima kasih pada saudari Khairunnisa dari Pembina, saya akan ingat pesanan saudari saat perbualan kita diruangan FB Mesengger, Ustaz Dr Rozaimi, Hafiz Adnan dan banyak lagi yang telah lakukan teguran dibelakang dan juga depan.

    Kita boleh untuk tidak bersetuju satu sama lain, tetapi kita tidak boleh hilangkan atau tawarkan rasa kasih sayang sesama hamba itu hanya kerana Tidak bersetuju.

    Jangan tanamkan kebencian sesama kita, itu pinta saya dengan tertunduknya kepala saya pada kalian kini, saat saya menaip ini. Tanda betapa tingginya saya meletakkan penghormatan buat kalian.

    Saya pilih untuk Rendahkan diri dan hati jika ini yang terbaik yang boleh buat saya dekat dengan ajaran Nabi dan Rasul kita dan berada dalam ruang lingkungan keredhaan dan rahmatnya Dia.

    Namun,

    Saya tidak akan berhenti menjadi seorang Dai yang terbaik dalam menghiasi dunia dakwah dengan keindahan dan kematangan bahasa dari bakat yang telah Allah anugerahkan pada saya hari ini, bukan sebagai seorang ustaz, ya, saya akui yang saya memang tidak layak untuk title itu, namun bila setiap kali saya dijemput ceramah, semua orang yang berurusan dengan saya, akan panggil saya ustaz, itu yang buat saya terbiasa dengan panggilan tu. Hingga terbahasakan diri pula. Maafkan saya juga untuk itu.

    Dengan ini, maka tamatlah segala-galanya. Penantian kalian dari jawapan balas saya, sudah saya berikan.

    Malam ini, post ini, tepat jam 10 malam, bertarikh 2/9/2016, ia menjadi saksi buat saya sendiri.

    Ketika saya dipanggil berhadapan untuk timbang amal nanti, saya tahu saya akan minta Allah swt untuk imbaskannya buat saya semula.

    Astaghfirullahaladzim allazii laailahaillaahual hayyul qayyum wa atubu ilaih

    Semoga saya mendapat perlepasan dari-Nya dengan persaksian lafaz saya ini.

    Saya telah memilih untuk delete post saya, bagi mengelakkan fitnah terus hidup.

    Bismillah,

    Esok hari yang baru semula untuk saya.

    Saya akan pastikan saya akan menjadi lebih baik lagi dimasa depan. In shaa Allah.

    Saya berjanji untuk menjadi seseorang yang memberikan impak penulisan yang membuka minda dalam hari ke hari yang akan kita lalui nanti.

    Terima kasih semua yang menyokong, yang selalu ada dibelakang, yang pilih untuk bersama saya, selepas atau sebelum mengenali atau baru mengenali pun dan juga pada yang tidak bersetuju dengan saya.

    Tetap sahaja terus menyayangi kalian kerana Allah swt.

    Assalammualaikum.

    Yang benar, Dai Wan.

    SUMBER Dai Wan
    Posted: 03 Sep 2016 04:44 AM PDT

    PUTERA Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Syah mengucapkan tahniah kepada ayahandanya atas pernikahan baginda.

    Sultan Sharafudiin selamat diijabkabul dengan bekas pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, 31 Ogos lepas.

    Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini.

    Tengku Amir melahirkan rasa gembira atas keputusan ayahandanya itu, menerusi sebuah posting yang menyentuh hati.

    Tengku Amir memuji Sultan Sharafuddin atas segala bimbingan dan pengorbanan yang dilakukan oleh baginda.

    "Perhubungan kami sama seperti perhubungan bapa-anak yang lain.

    "Dia memberikan saya hidup, berkorban untuk saya, membesarkan saya, membimbing saya,  dan menjadi contoh terbaik kepada saya untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat," tulis Tengku Shah dalam laman Instagram.


    Menyifatkan Sultan sebagai seorang pejuang yang berani, bijak dan kuat semangat, Raja Muda Selangor itu berkata, "Saya sangat kagum dengan lelaki ini yang saya panggil ayah."

    "Saya akan sentiasa menyokong dan berdiri di belakang anda sebagai pahlawanmu, saya akan sentiasa bangga untuk menjadi anakmu.

    "Alhamdulillah dan tahniah ayahanda! Saya sangat gembira," ucap putera berusia 25 tahun itu.
    Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

    Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).

    Majlis pernikahan selamat disempurnakan pada pagi 31 Ogos di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas

    BACA JUGA:
    4 Hari Berlalu, Da'i Wan Dedah Respon Uqasha Melalui Whatsapp Kepadanya.. Sungguh Menyayat Hati !

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad