Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    Fresh Graduate Yang Baru Mula Kerja, Simpan 50% Gaji Anda untuk Beli Rumah

    Posted: 31 Aug 2016 04:07 AM PDT


    Oleh Harith Faisal


    1. Fresh graduate yang baru mula kerja tu, awal-awal lagi dah kena rancang simpan 50% daripada gaji tau. Kalau tak mampu 50%, buat 30% pun boleh, 10% pun takpa.

    2. Gaji RM2,000 simpan RM1,000 (50%). Konsisten buat 2 tahun, dah ada RM24,000 dalam simpanan. Kalau anda buat, anda dapat. Tak buat, tengok je orang lain buat.

    3. Iya, memang tak mudah nak simpan RM1,000 dengan gaji RM2,000. Tapi kalau matlamat jelas, susah pun kita sanggup. Takda matlamat kehidupan? Baca artikel ni sampai habis.

    4. Dengan simpanan banyak tu, banyak benda anda boleh capai muda-muda ni. Lambat mula, lambatlah merasa kesannya.

    5. Dengan RM24K tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM160K. Ataupun 2 rumah yang berharga RM80K setiap satu. Memang boleh lulus.

    6. Ataupun lagi bijak, buat sijil ASB Financing RM180,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun dengan bayaran balik bulanan RM1,000. Bayar untuk 2 tahun saja.

    7. Andaikan dividen diumumkan 7.25%. Pada tahun kedua anda terminate sijil tu, tunai keseluruhan yang anda dapat, RM32,000. Kaya wei. Kaya! Kali pertama pegang duit banyak.

    8. Err. Okaylah tu kan. RM32K - RM24K = RM8K. Untung RM8K berbanding simpanan cara biasa. Tak faham pasal ASB Financing, saya ada bagi link kat ruangan komen. Klik dan baca.

    9. Dengan RM32K tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM210K. Atau dua buah rumah berharga RM105K setiap satu. Saya dah kirakan, anda layak. Jangan risau.

    10. Lepas beli dua rumah tu, bolehlah anda beli kereta dan silalah kahwin. Dah sesuai sangat dah tu. Rumah tak payah risau, penyewa bayarkan.

    11. Beli rumah pertama (subsale), bawah market value. Dapat cashback. Guna cashback beli rumah kedua pakai cara sama. Dapat cashback lagi, kahwin.

    12. Mula kerja umur 23 tahun. Dua tahun kemudian umur 25 tahun dah ada dua rumah, kereta dan dah berkahwin. Subhanallah! Cukuplah tu.

    Apa lagi yang kau nak hah? Haha.

    NOTA 1: Katakan anda tak terminate sijil ASB Financing RM180K tu pada tahun kedua dan teruskan hingga tahun ketiga. Tunai yang anda bakal dapat adalah RM50K. Boleh jadi modal beli satu rumah RM330K atau dua rumah harga RM165K tiap satu.

    NOTA 2: Kalau tak terminate sampai tahun kelima berapa pula dapat? Belajarlah kira sendiri. Link untuk tambah pemahaman dan mahir kira, saya dah bagi ya. Jangan kata abang tak payung.

    "Tak Lalu Nak Makan Kalau Tak Makan Dalam Dulang Bersama Suami"

    Posted: 31 Aug 2016 04:04 AM PDT

    Foto Hiasan - PapaMama Ad


    Cerita Cinta Kami

    Ceritanya begini. Kami makan dalam dulang kecil, sudah enam tahun. Kalau dulu masa mula-mula kahwin, mahu merajuk dibuatnya. Kita orang perempuan baru satu suapan, tetapi suami sudah 3-4 suapan di mulut. Nasi dalam dulang pula semakin berkurangan. Terkulat-kulat tengok nasi semakin sedikit dan suami dengan wajah berselera buat muka tak bersalah. 

    Tambahan pula, kalau kita nak makan mengikut selera kita, nasi tak nak kuah tetapi suami pula nak kuah. Jadi, habis bahagian nasi kita pun berkuah basah juga. Sungguh, tak best langsung. 

    Tapi lama kelamaan, itulah yang mengikat rasa. Dari tidak peduli, kepada ambil tahu. Dari sendiri-sendiri, fikir juga orang lain. Lama kelamaan suami faham bahawa saya jenis yang makan perlahan. Maka suami menunggu. Kadang-kadang suami akan suap saya. Dan lama kelamaan, baru suami faham lauk apa yang saya suka, lauk apa yang saya tak nak. Jadi, nasi saya tidak terkena bahagian kuah yang saya tak berkena. Tolak ansur makin menyimbah, tidak lagi kira tekak sendiri.

    Saya tahu suami makan cepat, lalu saya kata. 

    "Abang makanlah, sayang tak nak banyak-banyak," tolak nasi ke arahnya tetapi suami akan tolak semula. 

    "Eh? Sayang makanlah, sikit je sayang makan," balas suami. 

    Akhir sekali, kalau ada semulut saja nasi, mesti suami bahagia dua sebab saya akan tinggalkan yang last itu untuk suami dan suami tetap nak saya makan juga suapan yang last itu. 

    Begitulah kalau dahulu rasa berkira-kira dalam hati.

    "Nanti nasi aku habis cepat sebab makan dalam dulang," 

    Sekarang rasa tak lalu nak makan kalau tak makan dalam dulang bersama. Makan seorang rupanya tak sedap. Makan satu pingan kongsi, orang kata tak puas tetapi itu nikmat bagi kami. Makan satu dulang mungkin pelik bagi yang tidak pernah merasa, masing-masing pinggan sendiri tetapi untuk kami, itulah cinta yang membuahkan bahagia. 

    Cubalah, bahagia banyak rencah dan cara. Bagi yang memahami dan mahu mengikut sunnah. 

    Pakar Motivasi Korporat & Kekeluargaan

    Tanah Melayu Merdeka: Kenapa Pilih Tarikh 31 Ogos 1957? Mesti Korang Tak TAHU...

    Posted: 30 Aug 2016 10:44 PM PDT

    Tanah Melayu Merdeka: Kenapa Pilih Tarikh 31 Ogos 1957? Mesti Korang Tak TAHU...

    Pemilihan Tarikh Kemerdekaan 31 Ogos 1957



    SEBELUM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim , Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.

    Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).

    Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.... Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

    Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

    Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa sejenis alat digelar astrolabe kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim ada disimpan di bilik pengetua sekolah tersebut dan dikatakan bahawa Syeikh Abdullah Fahim biasa menggunakan alat astrolabe ini bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.

    Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.

    Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.

    Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.

    Walaupun peristiwa falak mempunyai beberapa hubungan yang berkait dengan sejarah negara, ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan bukannya suatu kuasa kosmik yang luar biasa. Maksud di sini ialah peristiwa falak menjadi titik-tolak bagi meraikan hari yang bersejarah secara kesederhanaan di mana kita boleh jadikannya sebagai satu iktibar bahawa perjalanan alam ini telah diatur sedemikian rupa oleh Allah Ta'ala dan mempunyai erti yang amat besar bagi orang-orang yang mahu merenunginya. Dalam disiplin ukur tanah, sesuatu ukuran lot sempadan tanah adalah diukur dan diikat dengan posisi kedudukan matahari bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat bahkan juga arah kiblat. Ini secara langsung menunjukkan bahawa peristiwa falak tidak sahaja `mengikat' sesuatu hari yang diraikan itu, bahkan ia turut sama mengikat kedudukan kita di atas muka bumi ini atau dalam erti kata lain ialah "darinya juga kita akan dikembalikan". Kita tidak dapat lari ke mana-mana di alam ini kerana kita sebenarnya telah diikat rapi oleh masa dan ruang. Peristiwa falak adalah masa dan ruang itu.

    Nor Azam Mat Noor, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Sumber : Utusan Malaysia

    'RM20K-RM30K, Mana Cukup Untuk Cover Kenduri?'

    Posted: 31 Aug 2016 04:05 AM PDT


    Dari laman IIUM Confessions - BM

    Ini bukan cerita aku, tetapi kenalan aku. Aku gelarkan yang lelaki ini Amir dan yang perempuan itu Mira sebagai nama samaran sahaja. 

    Okay, si Amir ini sedang mencari calon isteri sebab umurnya pun sudah mencecah 30 tahun. Selain sukakan budak-budak, Amir juga mempunyai kerjaya yang baik dan masyuk sangat-sangat. Kalau ikutkan, ramai pramugari-pramugari di airpot itu cuba mengorat dia. Tetapi untuk buat isteri, dia mahu mencari perempuan yang bajet muslimah, tak ligat sangat dan yang boleh duduk di rumah saja selepas berkahwin. Duit belanja, shopping dan SPA ke, dia tapau semua. Apa yang penting, isteri duduk di rumah jaga anak dan suami sahaja. 

    Kisahnya bermula apabila satu hari dia ternampak seorang gadis ayu menolong ibunya menjual nasi lemak. Jadi, dari situ kalau ada kesempatan, memang dia akan singgah beli nasi lemak dari gadis berkenaan. Oleh kerana dia memakai kereta yang berharga ratusan ribu ringgit, tak adalah susah sangat nak mengayat. Parking depan gerai, bakal mak mertua senyum sampai telinga. 

    Selepas 3-4 bulan, Amir dan Mira akhirnya dah bertunang. Serius benar Amir dengan perempuan itu. Untung benar jadi perempuan cantik kan? Mira memang cantik orangnya. 

    Tetapi konflik bermula semasa kedua-dua keluarga mereka nak berbincang untuk majlis perkahwinan. Sepatutnya kahwin sebelum bulan puasa kalau tak silap. Oleh kerana kedua-duanya orang Kuala Lumpur, Amir pun cadangkan gabungkan saja majlis kedua-dua belah pihak, jimat sikit dan bolehlah dia buat secara grand di hotel. 

    Tetapi bakal mak mertua dan bakal ipar duai tidak bersetuju. Mereka nak buat juga di rumah mereka plus 1 atau 2 lagi kenduri di kampung halaman di sebelah nenek mereka. Iyalah, masa nikah inilah nak tunjuk pada semua orang yang anak dara dia walau belajar tak tinggi sangat tetapi boleh kahwin dengan orang kaya. Bakal menantu fly sana sini, banyak duit, berharta dan segak bergaya pula orangnya. 

    Jadi, Amir pun menuruti permintaan mereka. Kemudian, keluarga perempuan itu pun meminta duit untuk buat kenduri semua itu dari Amir sebab mereka tiada duit. 

    Eh? Ingatkan ada duit sampai nak buat kenduri 2-3 tempat. Rupa-rupanya nak 'paw' si Ami juga. 

    "Boleh, tapi saya bagi dalam berbelas ribu sahaja, selepasnya kena tambah sendiri," kata Amir.

    "Eh? Mana cukup camtu? Sekurang-kurangnya kena bagi RM20K-RM30K untuk cover kenduri kendara," jawab pihak belah perempuan. 

    Banyak cantik? Sudahlah majlis grand di hotel, Amir juga yang keluarkan duit berpuluh ribu. Bukannya share duit pun. Kau bajet anak kau doktor, lawyer, model atau instafamous ke sampai nak kena keluar dekat RM100,000 untuk kahwin? 

    Amir pun tak puas hati sebab dia dah banyak keluarkan duit. Tambahan pula dia baru beli rumah yang harganya cecah jutaan ringgit di Selangor. Punyalah nak bagi anak isteri selesa. Maksudnya, si Mira ini cuci kaki sajalah kalau kahwin dengan dia. Tak perlu susah tolong mak jual nasi lemak dah. 

    Akhirnya, tak ada kata putus sebab keluarga Mira nak juga buat kenduri banyak-banyak. Mungkin dia fikir, kalau jemput orang taman atau orang kampung datang hotel, nanti tak ramai yang datang. Jadi, kenalah buat juga di semua tempat agar semua orang boleh datang ke kenduri dan tengok bakal menantu mereka. Punyalah nak show off. 

    Maka terbongkarlah cerita-cerita yang sebelum ini, yang mereka meminta duit si Amir untuk buka bisnes. Belum apa-apa, dah minta itu ini. Buruknya perangai? 

    Jadi, kedua-dua pihak berkeras dengan keputusan masing-masing. Keluarga Amir kata, buat satu tempat sahaja, tetapi keluarga Mira tetap mahu buat banyak tempat. Akhirnya, keluarga Mira beri Amir tempoh beberapa bulan untuk kumpul duit. 

    Dalam tempoh bertenang itu, tiba-tiba AMir membuat keputusan untuk putus tunang. Hambek kau!

    "Belum apa-apa dah tunjuk belang. Esok kalau dah kahwin, mahu bengkok aku jadi mesin ATM Mira dan keluarga dia," kata Amir. 

    Keluarga Mira cuba memujuk dan berunding kembali tetapi Amir tetap bertegas dengan keputusan untuk putus tunang. Jadi, mungkin sekarang Mira sedang menangis tak berlagu dek kempunan duduk rumah mewah, travel overseas dan bajet princess pergi SPA, shopping LV. Tamak sangat, akhirnya tak dapat apa-apa. Kira okaylah Amir tak kisah pun Mira dan keluarganya siapa berbanding dengan status dia. Alih-alih nak demand lebih pula. 

    Moralnya, jangan jadi bodoh. Orang gaji sebulan berpuluh ribu seperti Amir pun takkan tahan. Apatah lagi kau expect kalau gaji RM2,000 - RM3,000 kau nak jadikan sebagai mesin ATM? Lainlah kalau susah senang bersama, tetapi ini semua lelaki yang sediakan. Banyak cantik? 

    Tolonglah jangan kahwin kalau pasangan atau keluarga pasangan korang seperti ini. Selepas kahwin, kita perlu simpan duit untuk beli rumah, perbelanjaan sekolah anak dan sebagainya. Kalau asyik kena 'paw', sampai ke tua tak boleh menyimpan. Akhirnya, botak kepala, aset pun tak ada. Macam mana nak bahagia?

    Kalau bakal isteri itu bergaji besar, ada pelajaran, tak mengapa. Ini belajar tinggi pun tidak, memang tak membantu menyumbang duitlah. Harap muka saja cantik. 

    Jangan jadi bodoh, perempuan di luar memang banyak. Please jangan hadap sangat dengan puak-puak pengikis ini. Tak jadi kahwin tak seteruk mana pun berbanding bercerai bila sudah ada anak. Tolong jadi cerdik seperti Amir. Sekian - IIUM Confessions | PIXEL MEDIA

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad