Header Ads

Close
  • Semasa

    ZurichMedia:

    ZurichMedia:


    Kata-Kata Lelaki Ini Pasti Membuat Peminjam Pelajaran MARA Yang Liat Bayar TERKEDU !!

    Posted: 13 Aug 2016 05:33 PM PDT

    Kata-Kata Lelaki Ini Pasti Membuat Peminjam Pelajaran MARA Yang Liat Bayar TERKEDU !!

    Hari ini aku ke MARA, Bahagian Kawalan Kredit. Tujuan aku ke sini tidak lain tidak bukan adalah memohon pengurangan bayaran pinjaman (seperti yang diarahkan) dan kalau mampu, aku berhasrat untuk melangsaikan baki yang tinggal.

    Aku, walau macam mana buruk pun skandal 1MDB yang telah menjejaskan imej kerajaan, akan tetap bersyukur dengan agensi kerajaan ini yang telah merealisasikan impian aku untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Yelah, aku mungkin mendapat tempat di Manchester School of Architecture secara merit (padahal memang ada kuota untuk peajar asing sebab inilah sumber pendapatan universiti UK).

    Tetapi kalau bukan adanya agensi yang membantu seorang Melayu seperti aku ni, jangan haraplah aku akan ada sumber kewangan untuk membiayai kos pengajian aku selama dua tahun di sana. Bukan sedikit, jumlahnya adalah RM323,389 atau dalam perkataan Tiga Ratus Dua Puluh Tiga Ribu Ringgit beb! Boleh beli sebiji rumah di sini http://goo.gl/43UHFa kot. (Sempat pula aku promosi hartabumi.my). Hahaha!

    Jadi kau bayangkanlah, agensi kerajaan ini telah mengeluarkan wang sebanyak itu hanya untuk memastikan seorang anak muda Melayu seperti aku belajar bagi pandai. Lepas itu, bila aku dapat surat bayaran balik, takkan aku nak buat dek saja kan? Oleh itu, aku pun pergilah ke sana.

    Lepas tinggalkan IC di bawah, aku naik ke tingkat 3. Keluar sahaja dari pintu lif, aku ke kanan dan lihat ramai betul orang sebaya aku di situ.

    "Ini jenis macam akulah ni kena datang sini untuk mohon pengurangan," fikir aku dalam hati.

    Aku ambil nombor di mesin dan duduk. Terus aku main handphone, baca isu parti BERSATU Tun M.

    Tapi aku curi-curi dengar juga ada sekumpulan pelajar (pasal mereka lebih muda dari aku) yang sedang berbincang dengan pegawai MARA tentang status permohonan pinjaman mereka. Aku senyum. Macam inilah pengalaman aku tiga tahun yang lalu. Baru kau tahu, rasakan. Haha!

    Tidak lama kemudian, ada pula seorang budak siap datang dengan ibunya bertanyakan mengenai bila permohonan pinjaman MARA ke luar negara akan dibuka. Tak boleh blah, datang bawak ibu, ingat ambil report-card ke?

    Pegawai di situ dengan senyum menjawab,

    "Puan, pinjaman tersebut masih belum dibuka. Kami sedang mengutamakan pinjaman pelajar tempatan," Pegawai itu pun terus pandang sekumpulan pelajar tadi.

    Aduh, aku tersilap rupanya. Sangkaan aku meleset, budak-budak ini bukan macam aku yang dapat tawaran pinjaman ke luar negara. Sebaliknya, mereka pelajar tempatan.

    Tunggu punya tunggu punya tunggu, jam dah 1.10 petang. Aku fikir ini mesti aku kena tunggu sampai jam 2 sebab dah masuk lunch hour. Tapi tup-tup nombor giliran aku dipanggil. Maka aku ke Kaunter 2, disapa mesra oleh Puan Zaiton. Aku hulurkan surat dari MARA dan juga borang permohonan pengurangan.

    "Oh, adik ni pinjaman master. Kalau macam ini dapat pengurangan sebanyak 80%. Jadi bayaran balik adalah RM 64,677.83. Adik nak bayar ansuran atau lump-sum?" tanya Puan Zaiton.

    Belum sempat aku nak jawab, Puan Zaiton terus tambah,

    "Kalau ansuran, ikut sahaja jadual itu. RM100 sebulan selama setahun, kemudian RM150 sebulan untuk tiga tahun dan seterusnya lah. Ansuran ini tak ada faedah. Apa yang adik pinjam, itulah yang adik bayar."

    Aku terdiam. Mak aih? Sudahlah pinjaman ini dapat diskaun melampau (80% = RM258,711!), tak ada faedah pula. Bayar bulanan pula bermula dengan RM100 sebulan. Ini lagi Islamik dari Islamic Finance! Haha! Cumanya aku akan habis bayar tahun 2036 la.

    "Kalau adik bayar lump-sum, MARA bagi diskaun lagi 20% daripada baki tu. So jumlahnya dah jadi RM 51,742," katanya.

    "Eh Puan, banyak betul MARA beri diskaun. Betul-betul 'celebrate' ulang tahun ke 50 ni." Aku cuba bergurau.

    "Taklah dik. Dana kita sekarang ini terhad. Kita dah hentikan pinjaman ke luar negara. Kita fokus yang dalam negara. Itupun yang belajar di Institusi milik MARA. Tak semua juga yang dapat. Bergantung pada dana yang kita kutip dari hutang adik-adik inilah," jelasnya.

    Masa aku dengar penjelasan Puan Zaitun ini, aku terus terbayangkan muka Jho Low dan isu skandal MARA Inc (entiti MARA lain) beli hartanah mahal. Geram betul aku. Tapi aku fikir, aku marah-marah pun bukannya sekumpulan pelajar tadi akan dapat pinjaman dari MARA. Nak harap DoJ rampas dan pulang balik aset-aset itupun ambik masa bertahun. Sedangkan, hidup perlu diteruskan. Budak-budak tadi perlu makan dan belajar.

    Telahan aku tepat. Puan Zaitun pun ceritakan bagaimana ada kes pelajar yang terpaksa berhenti belajar sebabkan tak berjaya dapatkan bantuan pelajaran dari MARA. Sedih weyh bila tahu ada kes begini. Kalau budak tu tak dapat sambung belajar ke luar negara, aku tak hairan pun. Ini budak yang baru nak belajar kot? Haih. Aku conteng-conteng dan tekan kalkulator di kaunter itu. Memikirkan aku ada sedikit simpanan hasil kerja-kerja 'consultation on public policies' lebih kurang setahun ini dan bakal ada untung sedikit hasil pelaburan hartanah, maka aku pun berkata pada Puan Zaitun.

    "Puan, saya nak bayar lump-sum lah. Alang-alang ada diskaun ni kan," aku cakap ini pun dengan perlahan sebab aku masa ni 50-50 juga. Haha!

    "Okey. Adik balik nanti buka http://insentif50.mara.gov.my dan masukkan permohonan nak bayar 'lump-sum'. Once dah dapat kelulusan dan penyata baru, adik boleh buat bank-draft datang sini untuk pembayaran," katanya.

    Jadi, itulah kisah aku pada hari ini yang ingin dikongsikan. Aku faham tak semua boleh bayar lump-sum. Tapi kau janganlah tipu kata tak boleh bayar langsung bulan-bulan. Ini ada aku tengok tadi nak settlekan tunggakan yang dah dua tahun tapi handphone di tangan pakai iPhone. Sudahlah tak bayar ansuran, buatkan penjamin dia kena senarai hitam dari MARA lagi. Tak patut, tak patut.

    MARA ni punyalah nak membantu orang macam kau, tapi kau sendiri tak nak bantu MARA untuk bantu orang lain. Untuk pengetahuan, jumlah tunggakan hutang pinjaman MARA ada lebih kurang RM600 juta. Kalau kos seorang pelajar RM30,000, tak ke dah 20 ribu pelajar dapat dibantu? Betul tak? Oleh itu, bayarlah hutang MARA (dan PTPTN) anda sekarang walau ansuran. - Mat Rodi

    Jangan Guna 'Wet Tissue' Bersihkan Najis Bayi, Ini Penjelasannya...

    Posted: 13 Aug 2016 05:22 PM PDT

    Jangan Guna 'Wet Tissue' Bersihkan Najis Bayi, Ini Penjelasannya...

    Ini anak lelaki saya yang pertama, berusia 2 bulan 9 hari. Anak saya ditahan di wad sudah dua hari kerana kencing kotor berpunca dari wet tissue.


    "Doktor, macam mana anak saya terkena kencing kotor? Adakah ia berpunca pada semasa saya mengandungkan dia ke? Sebab semasa saya mengandungkan dia, saya ada kencing kotor sekali tetapi tak ada makan ubat. Kemudian appointment yang seterusnya dah tak ada kencing kotor," saya jelaskan kepada doktor.

    "Bukan puan, sebenarnya ia berpunca dari ibu-ibu menggunakan wet tissue semasa membersihkan najis bayi." jawab doktor.

    "Wet tissue?? Wet tissue bukan ke memang khas untuk bayi? Maaf ye, bagi saya macam tak masuk akal saja. Saya siap guna wet tissue jenis untuk kulit sensitif dan ada vitamin E serta Aloe Vera lagi. Takkanlah itu puncanya?" tegas saya.

    "Ye puan, memang kedengaran seperti tidak masuk akal. Tetapi itulah hakikatnya dan kesilapan ibu-ibu kita sekarang. Kes seperti ini jarang berlaku sebab ia bergantung kepada antibodi bayi dan sejak umur berapa mengunakan wet tissue itu.

    "Wet tissue ini tak elok sebenarnya kerana:
    1. Wet tissue mengandungi banyak bahan kimia
    2. Kita tidak tahu sama ada wet tissue ini bersih atau tidak kerana ia dibuat dari kilang. Kita tak tahu bagaimana proses membuat wet tissue ini.
    3. Dan puan juga boleh tengok pada tarikh MFG dan tarikh luputnya. Contoh, kalau ia dibuat pada tahun 2016, tetapi tahan sehingga 2019, jadi kuman yang ada pada wet tissue itu kita tidak tahu berapa banyak yang terdedah di kilang semasa mereka packaging tissue ini. Jadi, kuman yang ada sudah terperap lama sangat pada tissue itu dan dipindahkan kepada bayi semasa penggunaannya.
    "Kes seperti ini memang jarang didengar tetapi jika puan gunakan wet tissue semasa membersihkan najis bayi memang sangat tidak bagus kerana kuman tidak akan hilang pada kemaluan bayi.

    "Ya, memang di pandangan puan nampak bersih bila najis sudah tiada tetapi kuman masih ada. Selepas itu puan pakaikan pampers pada bayi dan kuman dari wet tissue dan kuman najis terperap di pampers baru bayi itu. Jadi bila bayi kencing, kuman itu boleh merebak dalam kemaluan bayi. Sebab bila pampers sudah penuhm baru puan tukar.

    "Sebenarnya tak bagus juga pakai pampers ini. Sebab itu orang dulu-dulu pakaikan lampin dan cuci najis bayi dengan air yang mengalir. Bukan saya kata pampers tak boleh pakai, masih boleh dipakai tetapi kena basuhlah kemaluan bayi setiap kali tukar pampers. Kalau tak dicuci dengan air mengalir, itulah punca bayi terkena kencing kotor.

    "Nak lebih bagus, cuci dengan sabun. Sedangkan kita yang dewasa ini pun cuci bila kencing dan buang air besar. Bayi pun sama juga sebenarnya, kena cuci begitu juga. Tetapi ramai ibu yang mengambil mudah tentang perkara ini, sebab itu bayi mereka terkena kencing kotor.

    "Nak guna wet tissue boleh tetapi bukan pada kemaluan bayi ye puan. Sebabnya bayi sensitif dan antibodinya masih belum matang seperti orang dewasa. Seelok-eloknya cucilah dengan air yang mengalir berbanding menggunakan wet tissue.

    "Kalau bayi terkena kencing kotor lambat dirawat, ia boleh menyebabkan buang pinggang bayi rosak. Kita penat angkat bayi setiap kali nak cuci najis tak mengapa sebab bayi masih di depan mata. Jangan kita penat menanggung rindu bila dia sudah tiada. Nanti kita tak boleh memaafkan diri kita di atas kesilapan yang kita nampak remeh. Yang remeh itulah boleh menjadi serius.

    "Ajal memang di tangan tuhan, tetapi kita sayangkan anak mesti kita nak anak sihat dan yang terbaik untuk dia. Mencegah lebih baik dari merawat," jelas doktor panjang lebar.

    Doakan anak saya membesar dengan sihat dan cepat sembuh ya. - Info Ibu Hamil | PIXEL MEDIA

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad