Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    "Abis La Duit Ko, Ko Ada Duit Ke?" – Kata-Kata Sayu Seorang Ayah Tetap Pakai Kasut Buruk Kerana...

    Posted: 08 Aug 2016 04:22 PM PDT

    "Abis La Duit Ko, Ko Ada Duit Ke?" – Kata-Kata Sayu Seorang Ayah Tetap Pakai Kasut Buruk Kerana... 

    kasut buruk abah header

    Dua hari yang lepas, mak dan abah datang ke rumah. Terpandang kasut abah. Lusuh, penuh dengan selaput lumpur. Tiba-tiba hati menjadi sedih. Sebagai anak, terlepas pandang pada pemakaian dan kebajikan mak dan abah. Apa gunanya kerja kuat kalau diri sendiri saja dapat pakai kasut mahal dan berjalan dengan selesa? 

    Semalam, bawa mak dan abah pergi Alamanda, Putrajaya. Bagi abah pilih sendiri apa saja kasut yang dia suka. Soal harga, usah dirisaukan. 

    "Tak payah, abah banyak kasut," abah ulang banyak kali. 

    "Tapi kasut yang macam mana?" soal saya. 

    Akhirnya abah terpaksa mengalah. Tengok satu kasut, pusing belakang, letak. Dekat 20 pasang kasut. 

    "Tak payahlah nom. Mahal," katanya. 

    Saya paksa juga abah pilih. Tengok abah pegang satu kasut ini lama. Dibeleknya belakang kasut, belek lagi depan, belakang berulang kali. Lalu saya mengambilnya dan tengok harganya RM250. 

    Tiba-tiba abah ambil semula kasut itu dari tangan dan letak balik. 

    "Tak naklah, tak lawa," katanya. 

    "Ambillah abah," saya cuba memujuk. 

    "Tak apa, abah nak tengok kasut lain," balasnya. 

    Akhirnya, abah pilih satu kasut. 

    "Haa! Yang ini murah sikit," katanya. 

    Itulah, kita suruh dia pilih yang mana dia suka, tetapi dia tetap memilih kasut yang paling murah. Dah habis bayar, abah kata, 

    "Habislah duit kau. Kau ada duit ke?" abah tanya saya. 

    Sedih.. meskipun saya dah dewasa, sudah berkahwin, mak dan abah masih risaukan anak. Walaupun diri sendiri tidak mewah tetapi mereka tetap utamakan anak-anak. Walaupun sudah tua dan tidak mampu bekerja, mereka masih tanya anak ada duit atau tidak. 

    Terima kasih mak dan abah kerana sentiasa menjadi yang terbaik untuk saya dan adik beradik yang lain. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih Allah. 

    Semalam belikan barang untuk mak dan abah, sale hari ini meningkat. Betul, sedekah pada mak dan abah tak rugi. Malah melimpah ruah rezeki dengan doa dan restu mereka. - Suria Azmi | PIXEL MEDIA

    MESTI BACA !! (VIDEO) KETAHUI 5 HUKUM MEMBASUH BAJU MENGGUNAKAN MESIN BASUH DALAM ISLAM YANG RAMAI TAK TAHU !!

    Posted: 08 Aug 2016 08:53 AM PDT

    MESTI BACA !! (VIDEO) KETAHUI 5 HUKUM MEMBASUH BAJU MENGGUNAKAN MESIN BASUH DALAM ISLAM YANG RAMAI TAK TAHU !!

    Sedikit perkongsian mungkin ada yang terlepas pandang akan hukum ini kerana sekarang boleh dikatakan semua menggunakan mesin basuh utk mencuci pakaian..

    Dalam bab Thoharah, iaitu HUKUM membasuh baju menggunakan mesin basuh. Ramai yang tidak terdedah dengan cara membasuh dengan betul.

    Baju yang bercampur dengan pakaian dalam, atau pakaian yang terpercik najis Hukmi (Najis yang tidak nampak dan yakin terkena najis), perlulah diulangi basuhan itu melalui BILAS dengan Air LALU di akhir pembasuhan.

    Ini kerana, air yang kurang daripada 2 kolah berada di dalam mesin basuh menjadi air MUTANNAJIS dan dibawa solat. Maka hukumnya tidak SAH solat tersebut kerana pakaian masih menanggung najis.

    Langkah-langkahnya:

    1. Basuh baju seperti biasa jika bercampur dengan pakaian yg bernajis. Selepas tamat pembasuhan melalui durasi mesin basuh, lakukan semula dengan cara membilas baju satu persatu ataupun beberapa helai sekaligus melalui air yang dibuka semula dan ratakan sehingga basah.

    2. Pakaian boleh dibilas dengan air paip diluar mesin basuh ataupun menggunakan paip di dalam mesin basuh.(AIR LALU)

    3. Jika ingin membilas didalam mesin basuh, bilasan air perlu diratakan ke semua baju TANPA membiarkan air BERTAKUNG di dalam mesin.

    4. Membilas pakaian yg ingin dibawa solat tidak perlu lama2 dan menggunakan air yang banyak, cukup sekadar meratakan.

    5. Spin, selesai. Jemur dan boleh dibawa solat.

    ‪Hukum‬ ini adalah hukum muasorof yakni hukum yang baru selepas mesin basuh dicipta. maka para ulama mentafsirkan cara basuhan mengikut tahap kesucian dengan teliti dari segala sudut Thoharah.

    Sebelum mesin basuh dicipta, umat islam membasuh baju disungai, atau menjirus daripada tempayan air ataupun paip, maka air sudah mengalir dan tidak terikat dengan mutannajis kerana tidak direndam.



    Kemusykilan ini telahpun dijawab oleh UAI

    "Awak Sanggup Jadi Isteri Kedua Saya?" - Soal Lelaki Ini...

    Posted: 08 Aug 2016 08:18 AM PDT

    "Awak Sanggup Jadi Isteri Kedua Saya?" - Soal Lelaki Ini...


    Saya sudah kahwin selama lima tahun dan dikurniakan anak dua orang. Keluarga kami bahagia walaupun kami tidak pernah kenal sebelum berkahwin. Perkahwinan kami diuruskan oleh pakcik isteri saya. Kami bercinta selepas berkahwin.

    Setiap kali saya balik rumah terutamanya balik kerja, mesti isteri sambut di depan pintu dan ambil apa-apa yang ada di tangan, letak di atas meja dan tanya nak minum apa-apa tak. Bila pagi, sarapan sudah tersedia di meja makan setiap hari. Bila hari cuti pula, saya suruh isteri saya rehat. Kalau dia nak buat kerja juga, buat kerja lain dan saya yang jadi tukang masak. Kami jarang sangat bergaduh dan kami dapat menerima kekurangan masing-masing.

    Bulan lepas saya pergi shopping barang dapur, ada perempuan menegur sapa saya. Rupa-rupanya kawan rapat semasa belajar di kolej dulu. Kami minum di kedai dan bersembang tentang cerita lama. Lalu dia meluahkan isi hatinya pada saya bahawa dia telah lama menunggu saya.

    Selama enam tahun, sudah dua pinangan pilihan keluarga dia tolak. Saya pun ceritalah yang saya sudah kahwin dan mempunyai dua orang anak. Namun dia tetap mengharapkan saya. Hati saya mula berasa kasihan dan dengan spontan saya berkata.

    "Awak sanggup ke menjadi isteri kedua saya?"

    "Saya sanggup!" jawabnya.

    Tetapi dalam masa yang sama, saya terfikir juga, tak akanlah saya nak mengorbankan kebahagiaan dengan isteri saya sekarang? Lalu saya berikan dua syarat kepadanya.

    "Pertama, awak kena berkawan dulu dengan isteri saya sampai ke tahap menjadi kawan baik. Kedua, jangan ada pengkhianatan di antara awak dengan isteri saya," lalu saya memberikan nombor telefon dan Facebook isteri.
    Selang dua minggu kemudian saya bertanya pada isteri.

    "Ada tak perempuan yang nak berkawan dengan sayang?"

    "Ada, siapa dia tu?" soalnya.

    Lalu saya menceritakanlah perkara sebenar dari A-Z. Selepas itu, isteri saya sudah mula berubah, tidak seperti sebelum ini. Mungkin perubahannya itu hanyalah seketika.

    Apakah patut saya teruskan atau sebaliknya? Untuk pengetahuan, isteri saya lebih muda daripada bakal isteri kedua ini. Andaikata saya jadi berkahwin dengannya, yang mana satu saya nak panggil isteri muda? - KRT | PIXEL MEDIA

    "Aneh, Semakin Ditegur, Semakin Dia Merapat Ke Dinding Lif" - Lelaki Ini Cuba Jelaskan...

    Posted: 08 Aug 2016 07:32 AM PDT

    "Aneh, Semakin Ditegur, Semakin Dia Merapat Ke Dinding Lif" - Lelaki Ini Cuba Jelaskan...


    Pagi itu cukup dingin, aku gagahkan diri juga ke office memandangkan aku nak jogging di kawasan itu. Selepas selesai, aku park kereta lebih kurang jam 6:45 pagi di parkir office dan terus melangkah menuju ke lif. Kebetulan ada pula seorang awek ini berada di situ sedang menunggu lif. 

    Biasalah, pekerja cemerlang agaknya. Datang awal pagi buta, tak macam aku, sampai awal selepas jogging, tidur dulu. Hahaha! 

    Anway, setelah aku ambil masa berfikir panjang, demi kesejahteraan manusia sejagat, aku pun tegurlah awek itu. 

    "Miss, excuse me miss," 

    Anehnya, makin aku tegur, semakin dia resah gelisah. Semakin dia merapat ke dinding lif. Sekali lagi, setelah berfikir sejenak dan demi kesejahteraan manusia sejagat, aku pun mencuit bahu awek itu sambil memanggil dia dengan lebih luat lagi. 

    Sekali dia melompat macam nak buka langkah kung fu. Terkejut tenuk aku! 

    "You nak apa ha?! Tolong! Help!" jeritnya berulang kali seperti terkena histeria. 

    Agaknya dia mungkin takut tengok aku yang serabai berpeluh-peluh selepas jogging. Dia ingat aku pencuri/perompak agaknya. 

    Dalam keadaan dia menjerit seperti terkena histeria itu, aku tunjuk pada dia, 

    "Your bag is not zipped," 

    Dengan pantas dia tengok bag, laptop dia pun dah nak terkeluar. Aku boleh nampak jelas tablet-tablet dengan barang-barang lain dalam beg itu. Aku juga ternampak beberapa 'nasi bungkus' orang perempuan dalam itu.

    Terus dia cepat-cepat menutup beg dia sambil tertunduk. Aku cuma tengok perangai dia sambil menggeleng kepala. Ucapan terima kasih pun tak ada. Not that I'm looking forward to it. I may not be a good person, but I sure as hell not a robber/thief nor a rapist lol. - Zuan Ishmael | PIXEL MEDIA

    "Inilah Janji Perempuan Melayu" - Kata-Kata Lelaki Cina Ini

    Posted: 08 Aug 2016 03:23 AM PDT



    Kuan Chee Heng, nama yang sudah tidak asing lagi di kalangan netizen. Beliau cukup dikenali dengan sikapnya yang gemar membantu golongan yang tidak berkemampuan berbanding sesetengah masyarakat yang hanya pandai 'bercakap' sahaja. 

    Meskipun berbeza agama budaya dan bangsa, beliau sanggup menghulurkan bantuan kepada orang Melayu, India dan lain-lain. Pernah sekali beliau menarik perhatian netizen bilamana dirinya belanja sebuah keluarga yang susah di bulan ramadhan yang lalu. 

    Baru-baru ini, Kuan Chee Heng, memuat naik perkongsiannya mengenai seorang wanita yang meminta bantuan kewangan darinya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. 

    "Ketika saya melawat Puan Mareeya yang mempunyai anak, beliau meminta wang pendahuluan untuk berniaga nasi lemak bagi membela lapan orang anaknya. Saya berikan RM400 dan hari ini beliau terus mula berniaga di PUJ 3, depan supermarket Super Save. 

    "Dia hari ini sempat belanja saya makan nasi lemak. Well done. Rezeki halal dan saya sungguh gembira beliau dapat memberi makan kepada lapan orang anaknya. 

    "Syabas, janji perempuan Melayu ini untuk berniaga ditepati," katanya. 

    Status yang dimuat di laman Facebook Kuan itu mendapat 8,563 perkongsian di Facebook dan 57K likes. 

    Ekoran itu, Facebook beliau tidak henti-henti menerima pujian dari netizen yang bangga dengan kebaikannya itu. 

    Sungguh kami juga terkesan dengan kebaikan Kuan Chee Heng ini. Moga sikapnya yang suka membantu golongan yang tidak berkemampuan ini turut dicontohi oleh mereka yang lain. Inilah Hero Malaysia yang sebenar. - PIXEL MEDIA

    "Cuba Amalkan Suap Isteri & Anak-Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-Curah"

    Posted: 07 Aug 2016 11:21 PM PDT

    Gambar hiasan sahaja | Foto : ilhamrusdy.blogspot.com

    Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa. 

    "Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah," katanya.

    "Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?" saya tanya.

    "Tak pernah ustaz," jawabnya. 

    "Abang pernah suapkan makanan dalam mulut anak-anak tak?" soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama. 

    "Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah. Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.

    "Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita buat kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah. Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak suap mak dan ayahnya sekali sekala.

    "Cuba abang amalkan. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah," jelas saya padanya. 

    "Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga," katanya. 

    Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga. - Ebit Lew | PIXEL MEDIA

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad