Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    Inilah 10 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Kahwin Dengan Nurse, Pendedahan Jururawat Cantik Ini..

    Posted: 07 Aug 2016 07:25 AM PDT



    Memang beruntung jika lelaki memiliki isteri yang bekerjaya, cantik, rajin, lemah lembut dan tak berkira. Pasti si suami senyum lebar kerana banyak benda yang isteri boleh buat atau dalam bahasa orang putihnya "multitasking".


    Tidak dinafikan seorang jururawat atau "staff nurse" memang kebanyakannya boleh buat banyak kerja dalam satu-satu masa. Dapat isteri cantik, rajin, tak berkira dan staff nurse sudah semestinya satu bonus buat si suami.


    Pernah menjadi viral, satu post di instagram seorang jururawat cantik iaitu eh_alyaa yang memberi 10 sebab untuk mengahwini jururawat. Korang setuju ke tidak? Jom tengok…






    Tambahan… Lagi satu senyuman tak lekang di bibir kan. Walaupun penat tapi sentiasa bermanis muka.

    Kepada suami-suami yang isterinya seorang "staff nurse" sila kongsikan pengalaman di ruang komen dibawah .


    Sumber : Ammar

    3 Maut Kereta Terbabas Sebelum Terjunam Dalam Longkang

    Posted: 06 Aug 2016 11:55 PM PDT



    3 Maut Kereta Terbabas Sebelum Terjunam Dalam Longkang
    SERDANG, 7 Ogos - Tiga dilaporkan maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan PU3, Taman Puchong Utama di sini dalam kejadian kira-kira 10 pagi tadi.

    Dalam kejadian itu, kenderaan jenis Honda HRV yang dinaiki oleh tiga mangsa itu dipercayai terbabas sebelum memasuki longkang berhampiran.

    Ketiga-tiga mangsa dipercayai maut di tempat kejadian.

    Harian Metro pula melaporkan mangsa terdiri dari dua wanita dan seorang lelaki.

    Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my





    Sumber : Kosmo

    TERBAIK !! Inilah 8 Artis Grafiti Malaysia Dipilih Hasilkan 24 Mural Di Dubai (8 Gambar)

    Posted: 06 Aug 2016 11:03 PM PDT



    Oh! Media tumpang bangga dengan pencapaian 8 artis grafiti Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara ini apabila dipilih untuk menghasilkan 24 mural di kawasan Al-Karama di Dubai, UAE.










    Rakyat susah payah mengharumkan nama negara. Harap pemimpin jangan suka hati nak membusukkan nama negara je kerjaya. Pang kang baru tahu. - ohmedia.my

    Ini Jawapan Mufti Pahang Berkaitan Permainan Pokemon Go

    Posted: 06 Aug 2016 09:10 PM PDT


    KUANTAN - Orang Islam disarankan agar mengelak daripada terjebak dengan sebarang permainan yang boleh mencetuskan kemudaratan hingga boleh memesongkan akidah si pemain.

    Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman berkata, sekiranya permainan tersebut boleh memesongkan akidah seseorang maka ia akan menjadi haram di sisi agama Islam.

    "Isu permainan karektor Pokemon dan aplikasi Pokemon Go sekiranya asasnya boleh merosakkan maka kita boleh terima ia sebagai haram.

    "Walaupun bagi Pejabat Mufti Negeri Pahang masih belum mengeluarkan sebarang fatwa khas berhubung aplikasi permainan ini namun ia boleh diterima sekiranya permainan tersebut boleh membawa kepada masalah dan kemudaratan.


    "Bukan mudah untuk tentukan haram sewenangnya memandangkan perlu membuat mesyuarat dan kajian melalui jawatankuasa yang telah dilantik.. namun sekiranya di beberapa negara dan negeri lain sudah mengeluarkan fatwa, sama ada haram atau sebaliknya, kita boleh dan kena terima memandangkan ia mempunyai kaitan dengan orang Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

    Dalam pada itu, katanya, ibu bapa khususnya perlu mengawal dan tidak membiarkan anak-anak tenggelam dalam kelalaian yang boleh merosakkan mereka.

    "Permainan tersebut adalah satu aplikasi yang direka maka kita seharusnya lebih peka dan melihat kesan-kesannya selepas itu.... paling penting melihat daripada segi keselamatan.

    "Justeru kita mengesyorkan agar melihat terlebih dahulu bentuk permainan atau aplikasi yang tidak mempunyai sebarang unsur yang boleh mendatangkan keburukan," katanya.  -SH

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad