Header Ads

Close
  • Semasa

    'Aduh! Mana Nak Letak Muka?'




    Posted: 29 Aug 2016 04:30 PM PDT

    JOHOR BAHRU - Viral beberapa gambar pasangan 'Mat Salleh' mengutip sampah yang dibuang merata-rata oleh golongan individu yang tidak bertanggungjawab, cetus pelbagai reaksi netizen. 

    Gambar yang dimuat naik oleh Zaki Bai itu, mendapat 3,719 perkongsian di Facebook. 

    "Aktiviti harian pasangan mat saleh Taman Dahlia. Kutip sampah yang dibuang oleh orang kita. Mana tanggungjawab kita sendiri?" katanya. 




    Menurut Nik Ahmad Faisal, pasangan berkenaan yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat, telah berpindah dan menetap di negara ini. 

    "Nama dia Uncle Mike, tak ingat nama isterinya. Setiap kali selepas berjogging, mereka akan mengutip sampah di sekitar kawasan berkenaan," katanya. 

    Sementara itu, netizen melahirkan rasa kesal dan malu mereka terhadap masyarakat kita yang tidak mementing aspek kebersihan, sedangkan itu perkara itu amat dititikberatkan dalam agama Islam. 

    "Bila aku kata Melayu kita ini pemalas, pengotor, ramai yang sentap. Aku sebut benda yang betul. Aku tahu sebab hari-hari aku kutip sampah korang. Tong sampah kat sebelah pun dibalingnya ke lantai. Dasar pemalas. Dari anak sampai ke bapak," kata Pengutip Sampah

    "Diorang mat salleh, walaupun kafir, ada juga mempraktikkan nilai kebersihan sama seperti di Jepun. Hari itu, aku pergi McD, tengok ada dua orang mat saleh Texas (berdasarkan topi cowboy diorang) lepas makan lap meja dengan tisu dan bekas/sisa makanan terus dibuat dalam tong sampah," kata Radin Fiktri.

    "Ramai orang kita hanya tahu kondem saja. Itulah kerja mereka. Itu pasal bangsa lain pemikiran serta cara hidup mereka lebih maju dan lebih 'islamik' dari segelintir orang kita siap ada nama arabik dalam surat beranak tetapi mulut dan pemikiran longkang," kata Ds Chzys

    Tidak dinafikan tahap kebersihan masyarakat kita masih berada di tahap yang rendah kerana masih ada yang beranggapan bahawa, ada individu yang ditugaskan untuk membersihkan 'segala-galanya'. Sikap seperti inilah yang membuatkan masyarakat kita kurang mementingkan kebersihan. 

    Tempat untuk membuang sampah telah pun disediakan, namun perangai malas masih menebal dalam masyarakat kita. Tidak malukah dengan pasangan mat salleh ini yang sanggup mengotorkan tangan mereka sendiri untuk mengutip sampah anda semata-mata mahu memastikan persekitaran di situ kelihatan bersih? - PIXEL MEDIA
    Posted: 29 Aug 2016 04:00 PM PDT


    Musim cuaca panas, memang ramai yang demam. Selalunya bila batuk menyerang, kahak mula akan berkumpul. Kadang-kadang batuk dah elok, tetapi masih ada banyak kahak. Suara pun jadi serak.

    Selain ubat yang dijual di pasaran ada beberapa petua untuk hilangkan kahak. Bahan-bahannya mudah didapati dan hasilnya pun memang cukup berkesan.

    1. Minum Teh O Lemon Dan Madu

    Kalau nak senang boleh beli teh o ais limau yang dijual tapi kalau nak lebih berkesan kenalah buat sendiri. Caranya mudah je, buat secawan air teh O yang panas, lepas tu campurkan dengan sehiris dua lemon. Boleh campurkan sedikit gula sebagai penambah rasa. Tapi nak lagi berkesan campurkan dengan sesudu madu asli.

    2. Makan Makanan Yang Pedas

    Selalunya bila batuk, orang akan elak dari makanan yang pedas-pedas tetapi sebenarnya makanan pedas ni secara tak langsung membantu untuk mencairkan kahak.

    3. Minum Air Suam Panas

    Seeloknya bila ada banyak kahak, elakkan dari minum air sejuk. Minum air suam panas atau sup panas memang membantu untuk mencairkan kahak.

    4. Berkumur Dengan Air Garam

    Campurkan setengah sudu garam dengan secawan air suam dan kumur. Memang membantu untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan di kerongkong.

    Apa yang penting bila terasa ada banyak kahak, pastikan minum air secukupnya. Boleh juga sapu Vicks di bahagian dada bermula dari kerongkong untuk memberi rasa kelegaan ketika tidur malam.

    Semoga Petua Hilangkan Kahak Dengan Mudah Dan Berkesan ini membantu anda untuk menyelesaikan masalah kahak yang dihadapi. Selamat mencuba.


    Posted: 29 Aug 2016 08:14 AM PDT
    Cuepacs: Pertimbang Beri Bonus Dua Bulan Gaji

    PASIR PUTEH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap permohonan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam dipertimbangkan untuk diluluskan Perdana Menteri.

    Image result for Datuk Azih Muda


    Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, beliau akan menemui PM dalam waktu terdekat bagi membincangkan perkara tersebut kerana menyedari penjawat awam yang masih berdepan kos sara hidup tinggi dan pelbagai bebanan.

    Katanya, walaupun sebelum ini kerajaan sudah menyelesaikan semakan skim perjawatan dan semakan gaji, bonus tahunan itu amat diharapkan bagi menghadapi khususnya ketika penggal persekolahan tahun depan akan bermula.

    "Kita berterima kasih di atas pelbagai pemberian sebelum ini termasuk bonus Hari Raya RM500 kepada kakitangan awam yang boleh dianggap sebagai dorongan kepada mereka dalam meningkatkan prestasi.

    "Perkembangan mengenainya memang dinantikan penjawat awam yang memerlukan kos tambahan untuk menyelesaikan pengurusan pendidikan anak-anak mereka," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Taklimat Perkhidmatan Awam di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sini, hari ini.

    Azih berkata, beliau bersimpati dengan nasib lima peratus daripada penjawat awam yang hampir bersara tetapi belum mampu memiliki rumah sendiri gaji mereka hanya cukup untuk pengurusan harian dan anak-anak sahaja.

    "Hasil kajian Cuepacs, kita mendapati dua faktor yang menyebabkan kakitangan awam gagal memiliki rumah sendiri disebabkan bilangan anak yang terlalu ramai selain dibebani hutang dengan institusi kewangan tertentu untuk menampung keperluan semasa.

    "Kita berusaha membantu menyelesaikan perkara ini dan berharap masalah diselesaikan menerusi skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan termasuk menyediakan kediaman secara sewa beli kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan membuka peluang untuk mendapatkan peluang memiliki rumah menerusi Syarikat Perumahan Negara," katanya.

    Beliau juga memina Akta Perlindungan Guru dipercepatkan dalam usaha membela nasib guru yang sering terdedah dengan pelbagai masalah termasuk saman daripada ibu bapa dan sebagainya.

    "Penyediaan khidmat guaman adalah satu penghormatan kepada guru kerana kerjaya pendidikan perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

    "Soal pelanggaran undang-undang oleh guru, itu soal lain, tapi dalam perkaran membabitkan bidang kerjaya, guru diberi kemudahan membela dan mempertahankan diri," katanya.
    Posted: 29 Aug 2016 08:13 AM PDT


    PELAWAK Along (Cham) berkata, antara sebab dia memfailkan cerai dan melafazkan talak satu terhadap isterinya, Zila (AF4) pada 29 Ogos 2016  selepas wanita itu ditangkap khalwat.




    Posted: 29 Aug 2016 05:41 AM PDT

    Apakah hukum sekiranya terdapat seseorang itu sengaja untuk tidak mahu membayar hutang? Walaupun orang yang memberi hutang itu masih mampu dan tidak mempunyai masalah dengan kewangan. Atau dalam situasi yang lain, sengaja untuk menganiaya orang yang membantunya secara ikhlas.

    Roh Orang Berhutang

    Roh orang yang berhutang tidak dapat temui Allh SWT selagi hutang tidak dibayar. Bahkan Rasulullah SAW tidak akan bersolat ke atas mayat yang hutang belum dijelaskan. Ada hadisnya.

    Sabda Nabi Muhammad SAW:
    "Sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehingga hutang dijelaskan". (Bukhari dan Tarmizi)
    Hadis lain pula meriwayatkan Abu Qatadah pernah menjamin membayar hutang seseorang mati sebelum sebanyak dua dinar. 

    Setelah dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda;
    "Sekarang telah sejuk kulitnya". (Al Hakim, Ail Baihaqi, At Tayalisi dan Ahmad)
    Kadang-kadang orang yang hendak menuntut semula hutangnya berasa malu. Orang yang berhutang pula rasa tidak berasa dan buat-buat lupa dengan hutangnya.

    Berdosa besar bagi seseorang sekiranya sengaja untuk tidak membayar hutangnya. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

    1. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    2. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
    3. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    4. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

    Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya:
    "Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)". (Riwayat Ibnu Majah)
    Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya:
    "Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas". (Riwayat Baihaqi)
    Sekiranya anda berhutang dan anda sudah mampu untuk membayarnya lebih baik anda melunaskan hutang anda tersebut. Renung-renungkan dan selamat beramal.



    Posted: 29 Aug 2016 08:12 AM PDT
    Sah Cerai Talak Satu, Along Cham Biarkan Huluran Tangan Zila Tak Berbalas

    Selepas terlalu banyak kontroversi yang melanda pasangan Along Cham dan ZIla, akhirnya mereka sah bercerai talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.



    Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini.

    BACA LAGI
    "Saya Failkan Cerai Selepas Dia Ditangkap" - Along (Cham) - VIDEO

    Selepas empat bulan tidak sebumbung, pasangan ZIla Seeron dan suami Along Cham bersemuka di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah di situ pagi tadi.

    Walaubagaimanapun, ketika Zila menghulurkan tangan untuk mencium tangan suaminya itu, kelihatan Along Cham lebih senang membiarkan tangannya berada di dalam poket jaketnya sahaja.

    Sepasang suami isteri itu kini berada di dalam mahkamah untuk kes sebutan nusyuz oleh Along terhadap Zila.

    Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial, 5.
    Posted: 29 Aug 2016 03:43 AM PDT

    Apabila cermin hadapan kereta retak pasti ia secara tidak langsung mengganggu pandangan anda semasa pemanduan. Bukan itu sahaja, kadang-kadang risau juga jika cermin yang retak boleh pecah serta merta.

    Jika terjadi hal sebegini, ramai yang ambil keputusan untuk menukarnya di bengkel, bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.

    Tetapi tak ramai yang tahu ada cara yang tidak memerlukan anda mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menukar cermin baru atau perlu 'claim' insurans untuk cermin yang retak itu.


    Ikuti sahaja langkah yang telah disediakan oleh video tersebut. Mudah kan? Retakan boleh hilang selepas dua jam. Bahan-bahan yang diperlukan juga anda hanya boleh dapatkan di kedai 'hardware' saja


    Posted: 29 Aug 2016 05:09 AM PDT


    Ada kajian yang mengatakan urutan kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan anda lebih segar dan santai sekaligus mengurangkan risiko kekejangan di bahagian otot. Antara manfaat urut kaki sebelum tidur adalah seperti berikut.




    Posted: 29 Aug 2016 04:03 AM PDT


    Warna air kecing seringkali digunakan sebagai satu alat untuk diagnos pesakit. Warna, bau dan ketumpatan air kencing kita boleh memberi pelbagai tanda. Di Sini disertakan warna air kencing dan apa tandanya kepada sesorang.


    Tidak Berwarna (Lutsinar) – Anda meminum terlalu banyak air.


    Warna Pucat jerami – Anda sihat, kandungan air dalam badan cukup.


    Kuning lutsinar – Anda Normal


    Kuning gelap – Normal, tetapi anda perlu minum selepas ini.


    Warna kuning madu – Anda kekurangan air, minum air sekarang.


    Berwarna perang – Anda kemungkinan ada masalah hati (liver)


    Berwarna merah jambu kemerahan – Adakah anda ada makan bit, blueberri, atau klembak? Jika ya, ianya normal. Jika tidak, anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau hati. Segera jumpa doktor.


    Biru Atau Hijau – Ini sangat jarang, mungkin juga anda termakan makanan yang ada pewarna. Ini tidak berbahaya , walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya ianya berterusan.


    Warna Ungu – Gurau je, mana ada air kencing warna ungu.


    Berbuih ataupun kabut – Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda. Mungkin juga disebabkan masalah pada kidney anda. Segera jumpa doktor.


    Posted: 29 Aug 2016 03:40 AM PDT


    Amalan pemakanan yang manis atau tinggi kadar gula menyebabkan baik lelaki mahu pun wanita berisiko tinggi untuk terkena penyakit diabetes atau kencing manis.

    Namun tak ramai tahu simptom atau tanda-tanda penyakit kencing manis pada wanita berbeza sedikit dengan lelaki. 10 tanda ini antara yang dialami oleh pesakit kencing manis wanita. Sila awasi!

    1. Jangkitan kulat
    Jangkitan kulat yang sinonim dengan pesakit kencing manis wanita adalah Candida albicans. Ia penyebab kepada masalah keputihan yang sering dialami wanita.

    Jangkitan kulat lain juga boleh berlaku pada bahagian badan lain seperti ulser pada mulut, celah jari kaki mahu pun kuku.

    2. Jangkitan salur kencing
    Sakit ketika hendak buang air kecil disertai rasa panas adalah antara yang dirasai oleh wanita yang mengalami masalah jangkitan saluran kencing.

    Salah satu punca jangkitan ini adalah kesan dari kadar glukosa tubuh yang tidak teratur.  

    3. PCOS
    Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), masalah kesihatan wanita yang terjadi akibat gangguan keseimbangan hormon. Ia boleh menjadi indikasi kepada penyakit diabetes.

    Kebanyakan pesakit ini turut menghadapi masalah berat badan yang seringkali dikaitkan dengan penyakit kencing manis.

    4. Disfungsi seksual
    Tidak bernafsu untuk melayan suami sejak akhir- akhir ini? Salah satu gejala kencing manis manis adalah penurunan nafsu atau ghairah untuk seks. 

    5. Sering lapar dan haus
    Kadar gula darah yang tinggi boleh menyebabkan anda lebih cepat rasa lapar dan haus. Jika anda berasa perkara ini dalam tempoh yang lama sila dapatkan pemeriksaan doktor.

    6. Kerap buang air kecil
    Tanda biasa pesakit diabetes yang dialami wanita dan juga lelaki adalah kerap buang air kecil.

    7. Penyakit kulit
    Sering mengalami penyakit kulit termasuklah gatal-gatal selain berasa kebas pada bahagian tangan dan kaki. Pesakit kencing manis memang kerap berdepan masalah penyakit kulit.

    8. Berat badan turun
    Walaupun kerap makan tapi wanita yang mengalami penyakit kencing manis akan tetap mengalami penurunan berat badan. Ada juga yang turut mengalami penambahan berat badan.

    9. Mudah penat
    Penyakit kencing manis juga menyebabkan anda mudah penat walau pun tidak melakukan kerja berat, pandangan kabur dan rasa mual. Awas jika situasi ini sering anda rasai.

    10. Luka lambat sembuh
    Satu keluhan yang biasa didengar dari pesakit kencing manis adalah luka yang dialami akan mengambil masa untuk sembuh. Jika ini berlaku pada anda setiap kali luka, sila dapatkan pemeriksaan. 

    Dapatkan pemeriksaan jika kebanyakan simptom di atas sudah anda alami untuk kepastian tentang penyakit ini.

    Sumber : vanillakismis


    Posted: 28 Aug 2016 11:56 PM PDT
    Mana Tahu Esok Lusa Saya Bercerai dan Berkahwin Lagi - Asyraf Muslim

    Sebelum ini Ashraf Muslim menafikan desas-desus mengatakan beliau berhubung semula dengan bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim, namun beliau akui bahawa kedua isterinya ada bertanya kepadanya jika dirinya ingin mengambil wanita itu untuk menjadi isteri ketiga. Bagi Ashraf pula, beliau tidak menolak kemungkinan jika ditakdirkan dirinya akan berkahwin buat kali ketiga.



    "Sejujurnya sudah lama tidak berjumpa dengan Sherry apatah lagi menghubunginya sejak putus hubungan sekitar tahun 2009. Gosip itu sama sekali tidak benar. Perkara berkaitan jodoh dan takdir saya tidak boleh menidakkan. Mana tahu esok atau lusa saya bercerai dan berkahwin semuanya ketentuan Allah," katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara berkenaan.

    Terdahulu, Ashraf yang terkejut dengan gosip yang mula tersebar itu bersyukur kerana kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi tenang menghadapi kontroversi yang mengaitkan beliau dan Sherry Ibrahim yang baru sahaja putusa cinta bersama pelakon, Fattah Amin. Walaupun mereka ada mempersoalkan perkara itu, namun beliau menafikannya.

    Sebelum itu, Sherry dalam masa yang sama turut menafikan gosip berkenaan dengan menjelaskan bahawa tiada kepentingan untuk dirinya berhubung semula dengan Ashraf. Selain itu Sherry juga meminta kepada semua pihak untuk tidak lagi mengaitkan nama beliau bersama pelakon kacak itu yang juga bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang dan mempunyai tiga anak
    Posted: 29 Aug 2016 03:40 AM PDT

    PUTRAJAYA - Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Presint 9 (2) Putrajaya, maut selepas terjatuh dari tingkat 3 bangunan, pagi tadi. 

    Dalam kejadian jam 9.40 pagi tadi, mangsa, Azim Hakimi Bin Abu Shuja, pelajar tingkatan 3 Elit, SMK Presint 9 (2) maut terjatuh dari tingkat tiga selepas cuba mengambil beg rakannya. 

    Menurut laporan Daily Traffic Report, punca kejadian mangsa cuba mengambil beg rakannya yang telah dibuang keluar oleh rakan yang lain. 

    "Namun, ketika mangsa melompat keluar, mangsa gagal mengawal diri untuk bertahan dan terus terjatuh ke bawah," kata sumber. 

    Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat. 

    Polis juga sedang mengambil keterangan beberapa saksi (rakan mangsa) untuk membantu siasata
    Posted: 28 Aug 2016 10:30 PM PDT



    SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak Along (Cham) melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, penyanyi Zila (AF4) kira-kira pukul 10.40 pagi Isnin.

    Lafaz berkenaan dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini.

    Along selaku plaintif kes berkenaan memfailkan permohonan perceraian itu pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

    Terdahulu, Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, yang hadir bersama peguam syarie, Nurul Aini Yusoff dilihat cuba bersalaman dengan suaminya namun ditolak lelaki itu.

    Along pula yang tiba sejak 8.40 pagi di mahkamah dilihat tenang bersama peguamnya, Roshdan Sujak Rafie.

    Pasangan selebriti itu berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

    Media sebelum ini melaporkan, isteri seorang pelawak ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil, dekat sini.

    Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.


    Lagi 

    Pelawak dan pelakon Along Cham telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya penyanyi Zila Seeron atau Nor Azilah Seeron, 28.

    Lafaz telah dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling kira-kira jam 10.40 pagi tadi (Isnin) di hadapan hakim syarie, Abd. Halim Abu Samah.

    Sementara itu Zila hanya menunduk faham dan bersetuju ketika hakim membacakan keputusan selepas lafaz cerai dibuat.

    Along ketika ditemui diperkarangan mahkamah turut menjelaskan sebab mendiamkan diri sebelum ini.

    "Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga.

    "Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya," katanya.

    Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai gambar Smule bekas isterinya bersama seorang lelaki yang tersebar baru-baru ini, Along mengakui tidak mengenali individu tersebut.

    "Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu.

    "Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan mungkin selepas ini menyanyi pakai baju pengantin mungkin lebih afdal," ujarnya.

    Along dan Zila bernikah pada 23 Januari 2010 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak, Ahmad Danial, 5.
    Posted: 28 Aug 2016 10:05 PM PDT
    SAYU !! Maut Sebelum Hasrat Tercapai, Ibu Naik Pentas Terima Ijazah Arwah Anak…

    Impian setiap anak yang bergelar mahasiswa adalah membanggakan ibu bapa dengan pencapaian akademik yang diraih setelah mengharungi susah payah zaman universiti. Sudah tentu, masa yang paling ditunggu dan menjadi highlight bagi kehidupan seorang pelajar universiti adalah majlis graduasi atau konvokesyen. 

    Pun begitu, saat gembira bagi mahasiswa menerima segulung ijazah di atas pentas bertukar menjadi sedih dalam majlis konvokesyen UNITEN yang ke-19 baru-baru ini. Apa yang membuatkan suasana dewan tiba-tiba bertukar sayu?Hayatilah kisah dibawah ini, hampir menitis air mata kami apabila membacanya!

    Tunai Hasrat Arwah! 


     


    Ibu Naik Pentas Terima Sijil; Momen Paling Sedih! 


     


    Sumber: Utusan Online, twitter Abdul Karim
    Posted: 28 Aug 2016 10:02 PM PDT

    Ditulis oleh Mohd Fadli Salleh

    Kau pernah nampak tak post yang mengatakan lelaki yang membawa handbag isteri/teman wanita ini jenis lelaki yang lurus bendul? Lebih parah lagi bila ada yang kata lelaki seperti ini menjadi hamba perempuan.



    Kalau kau lelaki merangkap suami, jangan kau dengar dan terpengaruh dengan hasutan syaiton Facebook tersebut. Kalau kau terpengaruh, kau bodoh! Kenapa? Meh, aku jelaskan. 



    1. Bantu Ringankan Beban Isteri

    Nama pun perempuan, handbag dia memang besar. Dalam itu segala benda ada. Dari barang berharga sehingga yang langsung tak ada harga. 

    Dalam handbag perempun ini ada gelang emas, handphone, dompet, duit, pampers anak, pampers dia, pengepit kuku, gincu, deodorant, resit tol, tiket wayang 20 tahun lepas, ada telur lipas dan segala bagai. Silap-silap ada periuk Noxxa sebiji dalam handbag mereka. 

    Bila banyak barang, maka handbag mereka menjadi berat. Kau kalau lelaki yang bertanggungjawab, kau tolonglah bawakan untuk meringankan beban dia. Dia kan kaum yang lemah, kau pula hari-hari update status angkat besi di Gym. Tolonglah ringankan beban mereka. 

    Ini tidak, sudahlah anak berderet, bawa isteri pergi shopping. Sudahlah segala barang dapur, isteri yang bayarkan. Tolak troli pun dia. Anak seorang atas dukung, seorang lagi pegang baju dia. Handbag lagi. 

    Kau? Kau sebatu di depan sana jalan laju-laju menghisap rokok sambil membalas mesej di WhatsApp. Gelak-gelak, senyum-senyum seorang diri baca mesej di WhatsApp, sedangkan anak dan isteri bersusah payah di belakang. Macam yahudi dah perangai kau. 

    Demm! Baru satu point dah panjang berjela. Aku target 3 Point malam ini. Lantaklah panjang pun, aku tulis sampai habis.

    2. Utamakan Keselamatan

    Kau tak pernah baca suratkhabar dan tengok berita ke? Siapa yang menjadi mangsa ragut? Perempuanlah beb! Mereka jadi mangsa sebab mereka lemah. Bawa beg pula berlenggang-lenggang sambil membetulkan contact lense warna hijau yang nak tercabut. Memang jadi mangsalah. 

    Sampai ada yang meninggal dunia, ada yang baby dalam perut gugur dan ada yang luka parah. Lelaki sejati takkan biarkan nyawa teman wanita dia dipertaruhkan kerana sebuah handbag. Apatah lagi nyawa isteri dan anak dalam kandungan. 

    Kau ketua keluarga beb, keselamatan mereka tanggungjawab kau. Tak payah aku bacakan hadis tentang tanggungjawab suami di sini. Padan kau hadam apa yang aku tulis saja.

    3. Takkan Hilang Macho

    Takkan hilang macho seorang lelaki kerana membawa handbag isteri. Tambah-tambah di mata orang tua dan kaum hawa. Tak percaya? Kau tengok gambar aku pikul handbag puan isteri aku. Siap dukung anak lagi, bertambah macho ada la. 

    Siapa yang kata aku lurus bendul dan jadi hamba wanita sebab bawa handbag dan dukung anak, sila baca semula ayat terakhir perenggan kedua. Itu jawapan aku untuk kau. 

    C'mon brader, jangan abaikan keselamatan isteri dan anak dalam perut kerana dakyah syaitan di Facebook ini. Join aku jadi macho dengan membawa handbag isteri sambil dukung anak. 

    Nak nampak lebih macho, kau pikullah isteri kau sekali tiap-tiap kali pergi jalan-jalan. Kau cubalah, aku tak nak. Aku tunggu nak kutuk kau saja nanti kalau gambar kau viral. - Mohd Fadli Salleh

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad