Header Ads

Close
  • Semasa

    "Saya Telah Melafazkan Cerai Talak Satu Ke Atas Nurfarahin" - Kata Ally Iskandar




    Posted: 19 Aug 2016 10:22 AM PDT

    KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai seorang pengacara popular sebuah stesen televisyen swasta telah bercerai tersebar di media sosial sejak semalam. 

    Penerbit dan pengacara, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40, tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu melalui laman Facebooknya, 4 jam yang lalu. 

    Menurut Ally, beliau telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, pada 17 Ogos 2016, dengan persetujuan isterinya, Nurfarahin. 

    "Saya telah melafazkan cerai talak satu ke atas Nurfarahin di hadapan Hakim Syarie Azzeman Omar. Alhamdulillah urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar," katanya. 

    Jelas beliau, meskipun sudah tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan beliau dengan bekas isteri dan ahli keluarganya masih baik. - PIXEL MEDIA
    Posted: 19 Aug 2016 04:20 AM PDT
    luah hati
    SAYU !! Inilah Luahan Abang Kandung Mangsa Culik Dan Bunuh

    Noor Amila Edrus kini telahpun selamat dikebumikan namun impak kesnya masih lagi menyelubungi seluruh rakyat Malaysia.
    Rata-rata masih lagi terkejut dan sedih dengan kejadian dan kekejaman yang berlaku ke atas adik Edrus ini. Apatah lagi suspek merupakan abang iparnya, iaitu suami kepada kakak yang menjaganya sejak dari kecil.
    Ramai yang sedih membaca kisah ini namun sudah tentu orang yang paling sedih adalah keluarga mangsa iaitu ibu bapa dan adik beradiknya.
    Sebelum ini, ayah mangsa ada mengatakan orang yang melakukan kekejaman ini perlu diberi hukuman yang setimpal
    Ini komen ayahnya:
    "Kejam dan tidak berperikemanusiaan,Saya berdoa kepada tuhan agar sesiapa sahaja yang membunuhnya akan diberi balasan setimpal. Apa yang dilakukannya itu tidak berhati perut."
    Sementara itu, abang kandung mangsa bernama Naz telah meluahkan perasaannya di laman FB. Naz akui amat erinui adiknya itu selain terlalu sayangkannya.
    Ini luahannya:
    "Dari kecil sampai besar abang mak kakak ayah, jaga adek, dari baik comel sampai la nakal, hari-hari abang marah adek bukan sebab tak sayang , sebab Abg sayang adek
    Adek selalu cakap Abg tak sayang adek, Abg sayang adek sgt2 , Abg rindu adek..
    Lepas ni Abg janji , bila adek balik nanti, setiap waktu kite solat kat surau sama-sama…. Abg tahu adek mesti balik, abg tahu adek rindu abg kan..
    Kepada org yang amik Edrus, tolong lah pulang balik, saya tunggu dia …. Cakap kat dia abang rindu dia.."
    "Abang sayang adik sangat sangat.."
    Semoga ahli keluarga mangsa sentiasa tabah dan kuat hadapi dugaan ini. Semoga suspek menerima pembalasan dan hukuman yang setimpal dengan kekejaman yang dilakukan. – PENMERAHDOTCOM
    Posted: 19 Aug 2016 03:54 AM PDT
    nurse
    Zaman serba moden ni, anak-anak pun semakin'canggih'. Nak tukar pampers mak pun dah tak reti agaknya. Itulah yang kerap berlaku di hospital ketika ini.
    Memang ada anak yang jaga ibu bapa apabila mereka masuk hospital tetapi sekadar duduk di tepi. Sebarang masalah terus aju kepada nurse. Walaupun hal kecil.
    Ini luahan dari seorang lelaki bernama Khairi Malik
    "Doktor, sister ada tak? Saya nk pass menunggu. Pass menunggu mak saya"
    Kenapa nak tunggu? Kat hospital kan ada nurse dgn doktor jaga dia.
    " kalau anak-anak dia yg jaga lg senang doktor."
    Then when doctors and nurses are busy resuscitating and attending emergency cases, orang yg kononnya nak "menjaga" tadi datang menyibuk,
    "Err… staff nurse, mak saya berak la. Bole tukarkan pampers tak?
    Doktor, air liur mak saya meleleh la, boleh lap kan tak?.
    Sebenarnya, kau menunggu mak kau yg sakit kat hospital tu untuk apa? Ingatkan bila keluarga sendiri dah ada sebelah, dapat mudahkan kerja staff nurse. Padahal lagi menyusahkan staff nurse. Setiap 2 minit panggil suruh tukar pampers padahal nurse tengah tengok pesakit lain yg lebih memerlukan. Bila staff nurse lambat, marah-marah pulak.
    Seriously, kau "menunggu" untuk apa? Kononnya nak "menjaga". Apa yg kau jaga kalau setakat berak kencing mak xleh buat sendiri. Kalau setakat tolong suapkan makanan, xperlu lah guna alasan kononnya nak menjaga mak la apa lah.
    "Oh saya takut tersalah pegang takut nanti jarum tercabut, tulang mak patah, kena luka".
    Honestly, kau nak menunggu untuk apa? Menjaga? Apa yg kau jaga kalau berak, kencing pampers mak xleh tukar. Sekian.
    Teringat 2-3 minggu lepas. Tengah manual bagging patient, ada relative patient lain dtg cuit, " doktor mak saya dah berak xde org tukar pampers." And aku nampak sekampung sanak saudara duduk sekeliling pesakit tu xde pun boleh tolong cuci berak.
    Emo sikit. Sebab malam tadi pun terjadi lagi. Sekian.
    Lagi skali, kau tunggu untuk apa?
    Jadi kepada mereka yang menemani ibu bapa yang uzur di hospital pandai-pandailah tukarkan pamper ibu bapa kita. Dulu mereka yang tukarkan pampers kau berak kencing. Jadi silalah membalas jasa. - PENMERAHDOTCOM
    Posted: 18 Aug 2016 07:34 PM PDT

    "Saya Perlu Kerah Awak Untuk Berlari Lebih Laju" - Kata-Kata Pencabar Usain Bolt


    Gambar Usain Bolt, 29, berborak dengan seorang pencabarnya dari Kanada, Andre De Grasse, 21, dalam perlumbaan separuh akhir 200 meter, Olimpik Rio 2016, viral di media sosial.

    Mana tidaknya, ianya tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun. Pertandingan yang sepatutnya serius, dibuatnya menjadi santai itu mencetuskan pelbagai reaksi positif netizen.

    Menurut The Guardian 18 Ogos 2016, Usain Bolt dilihat sempat 'berborak' dengan De Grasse, kira-kira 10 meter menghampiri garisan penamat.

    Foto AFP

    "Apa yang awak buat? Ini hanyalah semi-final (sudah layak ke final), tak perlu kerah tenaga lagi," kata Usain Bolt.

    Bagaimanapun, De Grasse menjawab, "Saya perlu kerah awak untuk berlari lebih laju lagi,".

    "Saya tak tahu apa yang dia cuba lakukan tetapi dia anak muda yang hebat," kata Usain Bolt selepas tamat perlumbaan tersebut.

    Foto AFP

    Hebat, boleh berborak sambil berlumba. Dari sudut iktibar, dalam hidup ini adakalanya kita memerlukan seseorang untuk mencabar diri kita untuk terus menjadi lebih baik dari sebelumnya.

    Sumber: Mazlan Mohamad | The Guardian | PIXEL MEDIA
    Posted: 18 Aug 2016 06:01 PM PDT

    "Abang Baliklah Cepat, Nak Cium Ketiak Abang..."

    Assalamualaikum admin, please hide my profile.

    Begini, saya sudah berkahwin selama dua tahun dan isteri saya sekarang tengah mengandung 3 bulan. Yang membuatkan saya rimas sekarang ini ialah, isteri ada tabiat pelik. Saya nak buat kerja pun susah. Kejap-kejap dia call.

    "Cepatlah balik, cepatlah balik," 

    Kalau saya boss/tuan punya syarikat tak apalah juga. Ini saya cuma makan gaji saja. Bukan apa, isteri saya nak suruh saya balik semata-mata nak satu benda sahaja.

    "Dia nak cium ketiak saya!"

    Dari mula dia mengandung sehingga sekarang, tak berubah.

    Lagi satu perkara yang membuatkan saya tidak selesa. Dia tak bagi saya mandi bila saya balik kerja atau selepas main futsal. Dia kata kalau selepas mandi, bau ketiak tak sama. Maka terpaksalah saya ikutkan. Kalau tak, tak tahu apa yang akan terjadi. Nasib masa nak pergi kerja tak ada pula dia kata tak payah mandi. Hahahaha!

    Sekarang ini, apa yang patut saya buat nak bagi isteri berubah? Kalau boleh tak naklah macam ni. Kalau begini selama 9 bulan, tak tahulah apa yang akan terjadi pada saya nanti. Hahaha! - KRT | PIXEL MEDIA

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad