Header Ads

Close
  • Semasa

    "Kalau Sempat, Edrus Datang Tidur Dengan Mak Ya..." - Kata-Kata Kali Terakhir...




    Posted: 18 Aug 2016 03:20 PM PDT

    KUALA LUMPUR - "Edrus minta maaf mak, Edrus minta ampun sangat-sangat. Nanti Kalau Sempat Edrus datang tidur dengan mak ya," demikian kata-kata Noor Amila Edrus Norsham, 5, kepada ibunya, Siti Nursharmilla Tengku Hanafiah, pada Aidilfitri yang lalu. 

    Berkata kepada wartawan Harian Metro, Siti Nursharmila, 46, tidak menyangka luahan maaf dari anak lelakinya itu yang dibuat bersungguh-sungguh kerana tidak dapat bermalam di rumahnya di Kepong pada Hari Raya pertama rupanya menjadi pertemuan terakhir mereka berdua. 

    Anak sulung daripada dua beradik itu tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara, dilaporkan hilang pada 11 Ogos lalu. Mayat mangsa ditemui di kawasan semak Kampung Kemensah Hulu Kelang, jam 12:30 tengah hari tadi. 

    "Hari Raya pertama itulah kali terakhir saya bertemu dengan Edrus," katanya di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur tak henti-henti menyeka air mata sambil dipujuk oleh saudara maranya, yang sebelum itu rebah sejurus keluar selepas mengecam mayat anaknya. 

    "Dia memang pantang dengar azan, dia akan terus pergi ke surau atau masjid untuk solat jemaah," kata ibunya lagi. 

    Bapanya, Norsyam Jali, 63, menyifatkan Edrus sebagai anak istimewa kerana dia begitu berminat pergi ke surau atau masjid sejak berusia 4 tahun. 

    "Dia juga pandai mengaji dan amat rapat dengan saya," katanya.
    Posted: 18 Aug 2016 06:37 AM PDT

    Wartawan Kosmo Kurang Ajar..Tulis Artikel Sesuka Hati...

    Mohon kosmo atau wartawan yang menulis artikel ini agar memohon maaf pada semua rakyat malaysia.....kami rakyat malaysia amat berbangga dgn pencapaian beregu campuran Peng Soon dan Liu Ying....tiada etika langsung !!!!...Tolong viralkan ...terima kasih — 
    Posted: 18 Aug 2016 02:39 AM PDT
    Kuala Lumpur: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai dibunuh ditemui di Kampung Kemensah, Ulu Kelang, di sini, kira-kira 2 petang tadi.
    Sumber memberitahu, mayat kanak-kanak itu dipercayai Noor Amilla Edrus Norsham, 5, yang dilaporkan hilang di Jinjang, di sini, sejak minggu lalu.
    Menurut sumber, mayat dipercayai dibuang ke dalam gaung di kawasan perkampungan itu sejak beberapa hari lalu.
    "Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan mengenai penemuan mayat ini dan diminta datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuat pengecaman.
    "Kes dipercayai berkaitan dengan dendam keluarga dan siasatan lanjut masih diteruskan," kata sumber itu. - hmetro 

    Posted: 18 Aug 2016 01:59 AM PDT

    Posted: 18 Aug 2016 12:24 AM PDT

    Posted: 17 Aug 2016 09:52 PM PDT

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad