Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    SAYU !! "Tergamak Buat Warga Tua Begitu"

    Posted: 16 Aug 2016 03:17 PM PDT

    SAYU !! "Tergamak Buat Warga Tua Begitu"


    KUALA LUMPUR - Rakaman video seorang wanita mengasari seorang wanita warga emas yang dipercayai ibunya sendiri di Klinik UTC Sentul, viral di media sosial mencetuskan kemarahan netizen.

    Video yang baru dimuat naik sejam yang lalu itu telah ditonton 118,874 kali di Facebook, 2,577 shares di laman yang sama.

    Dalam video tersebut, wanita berbaju merah yang dipercayai anak kepada wanita warga emas yang duduk di kerusi roda itu, kepalanya ditolak dan ditarik dengan kasar. Wanita itu bertindak demikian mungkin kerana berang terpaksa menemani warga emas terbabit di klinik.



    Jururawat bertugas yang menyaksikan insiden itu cuba menegur tindakan wanita itu namun tidak diendahkan. Sebaliknya warga emas itu terus dikasari.


    Tampil beberapa individu mendakwa mengenali dua wanita terbabit. Mereka mendakwa, wantia berbaju merah itu mempunyai masalah mental semenjak ditinggalkan oleh suami. Beliau juga dikatakan kerap bercakap seorang diri sudah lebih setahun. - PIXEL MEDIA

    Hajat Kanak-Kanak Buang Air Terbantut, Jumpa Ular Sawa Di Dalam Mangkuk Tandas (5 Gambar)

    Posted: 16 Aug 2016 08:12 AM PDT

    Hajat Kanak-Kanak Buang Air Terbantut, Jumpa Ular Sawa Di Dalam Mangkuk Tandas (5 Gambar)

    Kredit Foto: Bomba Malaysia

    Hasrat seorang kanak-kanak berumur 11 tahun ke tandas rumah mereka untuk membuang air kecil terbantut selepas dia dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa di dalam mangkuk tandas di rumah mereka yang terletak di Jalan Bukit Mertajam, Klang malam tadi, lapor Harian Metro.

    Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam di mana ular sawa tersebut dikatakan telah masuk melalui saluran septik tandas berkenaan.


    Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.08 malam dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi.

    "Pasukan yang diketuai Ketua Operasi, Mawardi Ahmad mengambil masa 25 minit untuk mengeluarkan ular itu dengan menggunakan penjerut ular.

    "Ular itu kemudian dilepaskan di tempat yang selamat," katanya.
    Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kes ini. - Siakapkeli.my


    "Saya Ceraikan Isteri & Tinggalkan Anak-Anak Demi Perempuan Lain Tapi Selapas Itu..."

    Posted: 16 Aug 2016 07:40 AM PDT

    "Saya Ceraikan Isteri & Tinggalkan Anak-Anak Demi Perempuan Lain Tapi Selapas Itu..."

    Saya harap cerita saya ini dapat dijadikan sebagai pengajaran baik lelaki mahupun perempuan.

    Lima tahun yang lalu merupakan titik hitam dalam hidup saya bila saya telah memilih untuk menceraikan isteri dan meninggalkan anak-anak kerana perempuan lain.

    Saya berkahwin dengan isteri, Hana, atas dasar suka sama suka. Hana ini pendiam orangnya, tetapi lembut dan baik. Keluarga saya pun Alhamdulillah boleh menerima Hana dengan baik.

    Selepas Hana bersalin anak pertama, saya meminta dia berhenti kerja sebagai guru. Hana akur dengan menjadi surirumah tangga sepenuh masa menjaga saya dan anak dengan baik. Kehidupan kami amat bahagia, tambah-tambah lagi Hana pada waktu itu sedang mengandungkan anak kami yang kedua.

    Rezeki anak-anak, kedudukan kewangan kami semakin stabil. Daripada makan cukup-cukupo, dah boleh bawa keluarga pergi jalan-jalan dan bercuti.

    Segalanya bermula apabila saya dinaikkan pangkat. Saya perlu berurusan dengan ramai orang. Salah seorangnya ialah Mr Goh. Dan saya perasan, setiap kali mesyuarat Mr Goh pasti akan membawa setiausahanya bersama, Asmat.

    Mula-mula saya dan Asmat hanya berurusan biasa sahaja. Tetapi lama kelamaan setiap kali mesyuarat, kami mula menjadi rapat dan kadang-kadang saya tumpangkan Asmat untuk pulang dengan kereta saya. Tak nak cerita part ini.

    Asmat memang pandai mengambil kesempatan, dia tahu saya sudah semakin tergila-gilakan dia. Jadi dia akan mengajak saya pergi bershopping dan saya akan menurut segala kehendak dia.

    Hana mula perasan dengan perubahan saya, tetapi dia tidak terus melenting. Dia cuma bertanya beberapa soalan sebab sudah banyak kali terkantoi jumpa resit pembelian barang-barang wanita dalam poket seluar.

    Lama kelamaan saya menjadi baran, semua yang saya nampak pada Hana dan anak-anak menjadi menyakitkan hati. Saya mengaku yang saya ada perempuan lain. Hana menangis pada malam itu. Saya masih ingat lagi, betapa kejamnya saya. Saya ingat lagi saya beritahu Hana pada malam itu yang dia langsung tak menarik dan tidak cantik seperti Asmat yang sentiasa fashinable.

    Satu malam, saya buat perkara yang paling saya kesalkan seumur hidup. Asmat minta saya pertemukan dia dengan Hana agar dia boleh meminta Hana mengizinkan saya berkahwin lagi. Dan saya ikutkan saja permintaan Asmat. 

    Betapa bodohnya saya pada waktu itu.

    Hana baru siap menidurkan anak sulung dan bayi kami. Bila dia buka pintu untuk menyambut saya, muka dia berubah bila ternampak Asmat. Tetapi dia langsung tidak mengamuk. Dengan tenang, dia beri peluang pada Asmat untuk bercakap.

    Asmat dengan sombongnya mengarahkan Hana untuk mengizinkan saya berkahwin lagi. Tetapi Hana berkeras, katanya kalau perempuan itu orang baik-baik, dia akan mengizinkan. Tetapi kalau dengan Asmat, maaf dia tak akan mengizinkan.

    Asmat marah dan merajuk. Dia masuk dalam kereta dan meminta saya memberi kata putus sama ada saya memilih dia atau Hana. Saya masuk semula ke rumah. Saya marah pada Hana dan waktu itulah saya melafazkan cerai pada Hana. Saya beritahu dia untuk kemaskan barang dan keluar dari rumah esok.

    Hana diam seketika, kemudian dengan perlahan dia menyebut, "Allahuakbar.." sambil berlalu ke atas. Saya dengar suara tangisan anak sulung kami. Mungkin marah tidurnya terganggu. Hana turun ke bawah dengan anak-anak dan terus keluar tanpa mengambil sehelai pun pakaiannya.

    Tak lama, Allah nak tunjuk. Rupanya Asmat hanya mendampingi saya atas niat mahu mengikis. Dia nampak kesenangan saya pada waktu itu. Padahal semua kesenangan itu adalah rezeki isteri dan anak-anak.

    Merata-rata saya cuba mencari Hana semula. Yang membuatkan saya terkilan, Hana pulang ke rumah ibu bapa saya meminta maaf di atas salah silap. padahal dia tak buat apa-apa kesilapan pun. Mak ayah saya terlalu marahkan saya sehingga tidak bertegur dengan saya selama setahun.

    Tetapi lama kelamaan lembut juga hati mereka. Mereka kasihan melihat saya seperti orang gila talak. Akhirnya mereka berterus terang bahawa Hana telah pergi ke luar negara untuk sambung belajar Master dan terus menetap di luar negara bersama anak-anak. Namun mereka enggan memberitahu saya di negara mana mereka berada.

    Allah, saya rindukan Hana dan anak-anak.

    Buat Hana, ini saja jalan terakhir abang untuk Hana. Abang tak tukar pun nama-nama supaya Hana tahu, ini kisah kita. Abang minta maaf banyak-banyak sayang. Abang silap, abang berdosa dengan Hana dengan anak-anak. Ya Allah, macam manalah Hana menjaga anak-anak kita yang masih kecil dengan belajar lagi.

    Hana Safiyyah, tolonglah. Kalau Hana ada di page ini, tolonglah abang.
    Lagu di atas ini khas untuk Hana. Abang terdengar lagu ini semalam. Padan muka abang kan? - KRT |PIXEL MEDIA

    "Jangan Kecam Mereka (Petugas) Dapat 'Title Haji' Secara Free" - Kata Saiful Nang

    Posted: 16 Aug 2016 03:11 AM PDT

    "Jangan Kecam Mereka (Petugas) Dapat 'Title Haji' Secara Free" - Kata Saiful Nang

    Tahun 2013 saya berpeluang memasuki saf petugas. Tapi saya menyarung jaket bertanda hijau bermakna untuk syarikat Tabung Haji Travel sementara yang ramai ialah petugas haji muassasah yang bertanda nama putih. Tiada beza sebenarnya antara putih atau tanda nama hijau seperti di dalam gambar ini. 

    Once sarung jaket ini sahaja, semua orang akan mencari kita. Walaupun tugas rasmi saya untuk ambil gambar VVIP dan VIP yang menyertai beberapa pakej tertentu namun itu hanya salah satu dari tugasan.

    Saya menulis artikel ini kerana komen salah seorang dari pemberi komen dalam artikel saya yang lepas tentang Haji itu JEMPUTAN ALLAH dan tidak berpuas hati seperti melihat petugas-petugas yang bekerja di Tabung Haji telah pun bergelar Haji walaupun masih muda hanya kerana menjadi petugas.

    Berikut saya senaraikan tugas-tugas petugas dan cabarannya yang mungkin buat korang akan fikir kembali "Kena bayar pun redho sahajalah".

    1. Berjalan kaki antara 10-20 km sehari kerana kerja petugas memerlukan pergerakan dari satu kawasan ke satu kawasan. Ini tidak termasuk jarak perjalanan semasa di Mina, Mudzallifah dan Arafah.

    2. Tidur kurang dari 4 jam sehari dan itu pun kalau nak kumpul 4 jam straight tidur pun susah kerana staff petugas sangat terhad. Tidak kira staff untuk pakej mahupun staff untuk muassasah walaupun telah dibantu oleh staff tempatan.

    3. Bila sarung jaket ini sahaja, tunggulah dalam 5-10 minit akan ada jemaah tanya jalan, jemaah tua sesat, jemaah sakit datang mengadu dan juga jemaah-jemaah dari Indonesia yang dah kenal kita ialah petugas yang boleh berbahasa Melayu.

    Di sana kita ada tugas khusus membantu jemaah haji Malaysia namun jika ada keperluan dan ketika itu kita tiada engagement mana-mana bantuan, wajib juga kita bantu walaupun mereka dari Indonesia, Turki, Nigeria, Zimbabwe, India atau mana-mana negara sekalipun kerana PASSPORT KITA SEMUANYA ISLAM.

    Pada ketika itu, bantuan mesti diberikan walaupun terpaksa kita berjalan menghantar mereka ke hotel mereka yang sejauh 2km dari masjid atau sehingga berjumpa dan pass jemaah bermasalah kepada petugas mereka.

    4. Walaupun engkau bukan doktor, tapi bila sarung baju ni sahaja jemaah expect engkau mampu selesai pelbagai masalah termasuk masalah kesihatan, jemaah pitam, jemaah miss dialisis sampailah ke peringkat selipar hilang juga mereka akan cari kita. Tak boleh marah nanti kena dam.

    5. Bila waktu makan kadangkala kita akan dapat bahagian terakhir makanan selepas jemaah semua selesai. Semasa mereka makan, kita sibuk uruskan urusan mereka semasa mereka dah mula ke masjid atau dan tidur masa tu kalau nak makan kadangkala tak tinggal apa. Terpaksa pula menapak ke kedai beli makan alas perut. Itu pun kalau masa nak beli makanan tak kena roadblock dengan jemaah bermasalah.

    6. Jaket ini jaket keramat. Petugas diwajibkan pakai walaupun ada yang semasa berehat mereka tidak pakai. Tetapi urusan petugas kerjanya ialah SEPANJANG MUSIM HAJI bukan ada cuti atau rehat sangat. Jika semasa tidur ada orang perlukan bantuan, bingkas bangkit tak ada alasan (ada juga orang yang silent handphone tapi kena insafi diri ada kemungkinan panggilan telefon itu mampu selamatkan 1 nyawa).

    7. Sanggup nak papah jemaah bermasalah kesihatan atau ke peringkat menggendong mereka untuk sampai tiba ke check point bantuan? Bayangkan ada jemaah pitam semasa melontar adakah kita sanggup merisikokan diri kita untuk selamatkan mangsa sehingga kita juga boleh dipijak dan menjadi mangsa dan ketika itu jika perlu digendong akan digendong di belakang sehingga team paramedik tiba ke lokasi. Belum lagi nak cerita menguruskan jenazah yang hancur dan hangus dan berurusan dengan waris mereka.

    8. Sanggup tak kita menahan sabar dengan segala kerenah, komplen dan macam-macam termasuk sebahagian yang memang suka maki hamun atau menghambur kata-kata yang lembut tapi sarcastic atau ‪#‎deep‬ sangat dan kita cuma boleh senyum sahaja.

    9. Sanggup tak semasa kita menjalankan tugas sampai tak sempat langsung nak bershopping abaya untuk isteri atau petugas wanita tak sempat nak belikan jubah atau kepiah untuk suami akhirnya dah hujung-hujung jemaah semua dah balik baru ada masa nak membeli tapi ketika itu kedai pula semua dah mula tutup especially selepas wukuf bila orang beransur-ansur meninggalkan Mekah ke Madinah atau pulang.

    10. Sanggup tak lihat kawan baik sendiri atau keluarga pergi haji sekali dengan kita jadi petugas tetapi sepanjang mengerjakan haji tu kita cuma jumpa dia semasa dalam kapal terbang sahaja lepas tu hilang terus dan dia nak jumpa kita pun tak sempat. Bila pakai jaket ini, jangan haraplah kita boleh santai-santai minum di Assafwa sampai 1 gelas teh tarik Felda sampai 2 jam menyembang. Jangan harap. Baru nak hirup hirupan pertama dah akan ada orang datang minta bantuan.

    11. Kau akan rasa macam artis sikit di sana. Neelofa kalau pergi haji pun orang akan datang selfie sahaja tapi dia less wanted berbanding petugas haji yang asal nampak kelibat jaket Tabung Haji sahaja mula ramai orang datang minta bantuan.

    12. Kalau rasa kedekut jangan jadi petugas haji. Rasanya upah saya jadi petugas haji habis kepada bantu orang. Orang yang kena pick-pocket, ada orang yang nak buat urgent call pinjam telefon sampai kredit laju jer habis dan banyak lagi. Tak perlu nak menyesal sangat, di situ tak perlu nak berkira sangat kena percaya rezeki dari Allah.

    Dalam peristiwa tahun 2013 ada seorang jemaah VIP yang saya cover tertinggal tunai sekitar 20,000 Saudi Riyal dalam peti besi hotel. Dah ketika itu dia dalam perjalanan pulang bila ditelefon dia cuma jawab,
    "Takpe dik, tak ada rezeki saya. Saya sedekahlah kepada petugas-petugas semua".

    Bila di bahagi-bahagi sesama petugas tak besar manapun 20,000 itu tapi seronok jugalah dapat jamu semua makan-makan sikit.

    13. Jadi petugas bukan untuk haji free semata-mata seperti yang orang lain pandang TETAPI berjuang sedaya upaya untuk membantu orang lain mendapatkan haji walaupun ada kes petugas hampir miss wukuf disebabkan attend orang sakit. Ingat, jika miss wukuf bermakna tiadalah haji.

    14. Banyak lagi kalau saya sambung mungkin orang akan mengeluh panjang sangat nak baca.

    Seruan saya, hormati dan sayangi petugas haji anda di sana. Bagi orang di Malaysia, jangan mengecam mereka dapat haji FREE kerana pada saya petugas tidak dapat haji FREE tetapi mereka membayarnya bukan dengan RM tetapi mereka bayarnya dengan pengorbanan. Semasa jemaah mampu melayani tahajjud dengan tenang sekali, mereka bekerja tanpa henti bagi memastikan ketenangan tahajjud kamu itu dan kelicinan proses haji.

    Ada orang pesan, jika nak beri sedekah di Mekah dan Madinah cuba cari orang-orang yang bekerja sebagai cleaner di sana. Bagi saya, titipkan sedikit juga untuk sebahagian petugas yang membuatkan perjalanan haji kita lebih lancar. 

    Mereka tidak meminta-minta dan juga tidak mengharap tetapi as a gesture of appreciation, why not. Mereka juga sebahagiannya akan kembalikan wang itu kepada jemaah lain yang memerlukan. Yang beri kepada petugas dapat pahalanya, yang petugas kembalikan kepada jemaah dalam bentuk yang lain juga satu pahala lain. Ini baru betul pahala bertingkek-tingkek.

    Semoga penulisan ini mampu mengubah persepsi umum kepada petugas-petugas haji yang saban tahun asyik kena label dapat "haji FREE". Elok share kepada semua jemaah haji tahun ini supaya mereka lebih menghargai petugas. 

    Kerana mereka ada dan berfungsi menyebabkan kelancaran urusan haji orang lain tetapi mereka orang di sebalik tabir yang jarang dihargai. Kita cuma terasa mereka bermakna sekiranya mereka tiada.

    Selamat menunaikan fardhu haji kepada semua duyufurrahman. Semoga mendapat haji yang mabrur. - Bekas Petugas Haji, Saiful Nang 

    PENEMUAN BARU !! GUNAKAN INI SEKALI DALAM SEMINGGU UNTUK MEMBUAT WAJAH KAMU 10 TAHUN TERLIHAT LEBIH MUDA... ((BACA SELENGKAPNYA))

    Posted: 16 Aug 2016 02:09 AM PDT



    Kebanyakan orang di dunia ingin kelihatan muda. Ramai orang menggunakan pelbagai produk kosmetik. 

    Produk kosmetik yang menjanjikan untuk memenuhi hawa nafsu mereka, mengandungi bahan kimia yang mungkin berisiko untuk mereka. Tetapi perkara yang yang begitu mudah isi yang boleh memberi manfaat kepada anda.

    Di sini kita bercakap tentang kebangkitan; IE ini benar-benar membantu loji yang akan menjadikan wajah anda untuk melihat 10 lebih muda. 

    Kerana asid linoleik dan squalene, nasi jadi membantu untuk penyembuhan kulit. 

    Bahan-bahan ini meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit dan membuat anda kelihatan lebih muda.

    langkah-langkah untuk membuat nasi anda memakai 10. muda.

    SIAPA YANG SUKA SIDAI BAJU MALAM2 MOHON BACA NI !!

    Posted: 16 Aug 2016 01:20 AM PDT

    SIAPA YANG SUKA SIDAI BAJU MALAM2 MOHON BACA NI

    KENAPA ORANG TUA PANTANG BILA KITA SIDAI BAJU MALAM2 

    (Drp Ustaz Syahidan KUIS)

    👀Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus. 

    🌱 Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. 

    Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu².


    🌱Lazimi membaca & memasang ayat suci al-quran di rumah. 

    🌱Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.

    🌱Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin. 

    🌱Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.


    🌱Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas. 

    🌱Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia. 

    🌱Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).

    🌱Bagi rumah yg pintu²nya berhadapan dgn pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu² yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus 

    🌱Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam. 

    🌱 Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

    🌱 Elakkan duduk di pintu. 

    🌱 Selalu² baca surah Al~Baqarah. 

    🌱Selalu alih²kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda² mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.

    Inilah 6 Dosa Besar Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

    Posted: 16 Aug 2016 12:56 AM PDT


    Setiap manusia tidak lari dari dosa, tetapi ada dosa-dosa yang Allah tak ampunkan. Semoga kita jauh dari perkara-perkara dosa seperti ini. Semoga menjadi tauladan kepada kita dalam kehidupan ini insyaAllah.

    1. Makan harta anak yatim secara haram

    Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut. Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus.

    2. Menuduh wanita solehah berzina

    Orang yang menuduh wanita solehah berzina hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. Sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosanya tidak terhapus dan taubatnya tidak akan diterima Allah SWT.

    3. Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah
    SWT

    Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga. Cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu wahyu Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.

    4. Melakukan sihir

    Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.

    5. Syirik kepada Allah atau menyamakan Allah dengan makhluk

    Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyekutukan Allah SWT.

    6. Membunuh Para Nabi yang diutuskan Allah SWT

    Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah.

    "Mak Abah, Doakan Intan Bahagia Di Dunia & Akhirat"

    Posted: 16 Aug 2016 12:20 AM PDT


    Cerita ini mungkin sudah lama viral di media sosial, namun pengajarannya masih berguna sehingga ke hari ini. Kepada ibu bapa yang suka membanding-bezakan anak-anak, bacalah dengan hati yang terbuka. Kepada anak-anak, sayangilah ibu bapa anda walaupun adakalanya mereka tidak menyenangkan hati kamu. 

    Lapang benar dada Pak Uwei apabila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memaklumkan bahawa nama dia dan isteri tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini. 

    "Tetapi pakcik kena bayar segera bahagian makcik yang masih belum mencukupi sebanyak RM3,000 itu. Bayaran itu mesti dibuat selewat-lewatnya minggu depan," beritahu pegawai itu. 

    "InshaAllah encik, saya akan bayar segera yang mungkin," janji Pak Uwei. 

    Berita gembira itu segera dikhabarkan kepada isteri kesayangannya. Sebaik saja keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah. 

    "Pah! Oo Pah!" teriak Pak Uwei sebaik saja turun dari keretanya. 

    "Apa benda terjerit terlolong ni bang?" tanya Mak Pah.

    "Ada berita baik ni Pah. Nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. InshaAllah dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah itu sudah melambai-lambai," cerita Pak Uwei dengan wajah yang berseri-seri.

    "Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu yang dia dengan Minah tidak dapat pergi. Nama mereka tiada dalam senarai," kata Mak Pah.

    "Betullah Pah oii. Saya ni baru saja balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak itu kena bayar selewat-lewatnya minggu depan," Pak Uwei cuba yakinkan isterinya. 

    "Mana kita nak cari duit banyak tu bang? RM3,000 itu bukan sikit. Itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu," Mak Pah merenung gusar wajah suaminya. 

    "Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma RM2,000 seorang saja," wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anak yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. 

    "Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak itu balik. Boleh kita berunding," cadang Pak Uwei. 

    "Kalau tak cukup bahagian saya itu, awak sajalah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang. Lagi pun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah pun minta duit anak," Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan suaminya. 

    "Pah, Muaz dan Balkis itu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar mereka belajar tinggi-tinggi, takkanlah nak hulur RM2,000 pun tak boleh? Lagi pun selama ini kita tidak pernah meminta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin mereka tidak akan menghampakan kita kali ini," yakin benar Pak Uwei, harapannya pada anak-anak setinggi gunung. 

    "Tetapi bang..." 

    "Sudahlah, pergi siapkan kerja awak itu. Tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon mereka berdua," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. 

    Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang. Kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya. 

    "InshaAllah Kis akan balik nanti Abah. Abah nak Kis suruh Intan balik sama?" soal Balkis. 

    "Ikut suka kaulah. Bagi Abah, yang penting kau dan Muaz. Intan tu, ada ke takde ke, sama saja. Balik ya," balas Pak Uwei. 

    "ANAK TAK MENDENGAR KATA, IKUT SUKA HATI KAULAH!"

    Bukan dia membeza-bezakan anaknya tetapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tidak mahu mendengar kata anaknya itu membuatkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya mengenggam ijazah masing-masing. 

    Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat, gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja di kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun yang lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing. 

    Abah tak setuju kau nak kerja di kilang di Kuala Lumpur tu. Abah nak kau sambung belajar lagi," tegas Pak Uwei. 

    "Intah sudah tidak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram," jawapan Intan itu membuatkan Pak Uwei naik darah. 

    "Aku suruh kau belajar, kau tak nak. Kau nak kerja kilang. Kau tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duduk di Kuala Lumpur jauh dari mak bapa? Bolehlah buat apa yang kau suka kan? Kau nak bebas macam tu?" kata Pak Uwei. 

    "Itulah abah, selalu nampak yang buruk saja. Bukan semua yang kerja kilang duduk di Kuala Lumpur itu jahat. Abah, kerja apa dan di mana pun sama saja. Pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah," Intan cuba membuatkan abahnya faham. 

    "Kenapalah kau seorang ni, lain benar perangai dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis, tak pernah membantah cakap macam kau ni!" bentak Pak Uwei. 

    "Intan memang tak sama seperti Balkis. Abah, Intan suka berterus-terang. Kalau tak kena, Intan cakap depan-depan, bukannya membebel di belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi api kemarahan Pak Uwei. 

    "Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah! Kalau kau nak pergi, pergi. Aku dah tak larat nak melarang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah! Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!" Pak Uwei beredar masuk ke bilik. 

    Sejak dari kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan lakukan. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit tetapi hanya kepada ibunya sahaja. 

    "ABAH ADA HAJAT"

    Riang hati Pak Uwei bukan kepala bila anak-anaknya pulang. Tambahan dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. 

    Malam itu, selesai menikmati makan malam dan sembahyang Isyak berjemaah, mereka duduk berborak di ruang tamu. 

    "Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara. 

    "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. 

    "Abah dan mak kau nak ke Mekah. Nama sudah ada dalam senarai. Tetapi memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, RM2,000 seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya. 

    "Boleh tu boleh abah tetapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru saja keluarkan wang simpanan buat deposit beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz. 

    "Tetapi, pegawai Tabung Haji minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan," kata Pak Uwei. 

    "Kalau dalam seminggu dua ini abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun, cukup bulan ini. Nak cukupkan duit deposit itu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah. 

    "Kau beli rumah lagi? Rumah yang ada itu kau nak buat apa?" soal Pak Uwei melindungi kekecewaannya. 

    "Rumah baru tu besar sikit, Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak itu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi, Abah. Pelaburan masa depan juga," sampuk Mira, isteri Muaz. 

    Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. 

    "Kamu macam mana Kis? Boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu itu bila ada rezeki berbuah durian di dusun kita itu nanti," Pak Uwei berpaling pada Balkis. 

    "Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah sebab Kis baru saja keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni, faham sajalah. Ini tak lama lagi nak bersalin, nak guna duit lagi," kata Balkis. 

    Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. 

    "Man bukan tak mahu tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh, tetapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ini tak elok guna duit pinjaman," sampuk Azman. 

    "Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. 

    Kata-kata Azman dan Muaz itu bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharapkan itu menghampakannya. 

    "Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu. Nanti kalau dah ada rezeki, mak pula yang pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. 

    "Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi. Dah tak ada rezeki kita, nak buat macam mana?" Pak Uwei bingkas bangun masuk bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa yang penuh kekesalan. 

    Intan tahu ayahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tetapi Intan faham kecewa ayahnya itu teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disangku akan mengecewakannya begitu. 

    "Anak awak tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya. 

    "Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. 

    "Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat isterinya bersiap-siap.

    "Nak pergi ke kedai Long Semah tu, nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya," sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut begitu.

    Bukan sekali dua dia menegur sikap suaminya yang gemar membeza-bezakan anak-anak. 

    "ABAH, MAK, INTAN ADA BENDA NAK CAKAP..."

    Pagi Isnin itu, selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

    "Nak keman Intan pagi-pagi dah bersiap ni? tanya Mak Pah. 

    "Intan ada hal sikit kat bandar mak, Intan pergi dulu ya,"

    "Kalau nak ke bandar, suruhlah abah kau hantarkan," suruh Mak Pah.

    "Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu ya mak," katanya melangkah pergi. 

    Mak Pah menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuatkan anaknya itu menyisihkan diri. 

    Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari. 

    "Kau ni Intan, buat apa sampai lama benar-benar di bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai. Mak masak lemak cili api," Mak Pah mempelawa Intan ke meja makan. 

    "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. 

    "Mak bapak memang tak pernah melupakan anak-anak. Cuma anak-anak saja yang melupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis membuatkan Intan tersenyum pahit. 

    Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor. Kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar, Mak Pah pula melipat kain. 

    "Mak, abah, Intan ada hal sikit nak cakap ni," ujar Intan menghampiri mereka. 

    Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya, kemudian menanggalkan cermin mata. 

    "Apa hal? Kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. 

    Intan tergelak besar mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tergelak sama, begitu juga dengan Mak Pah. Riang rasa hatinya meliaht kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. 

    "Abah ni, ke situ pula." 

    "Habis tu?" soal Pak Uwei. 

    "Ini, kad Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. yang ini resit duit dah dimasukkan ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan dan ini duit RM2,000 untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang duit RM200 ini untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti," Intan serahkan duit itu ke dalam genggaman tangan abahnya. 

    "Apa?!" Pak Uwei terkejut dan tergamam. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya, bagai tak percaya. 

    "Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan abah. 

    "Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan, hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. 

    "Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin. Selepas tu, mak pula tak sihat. Sekarang ini masa yang sesuai, Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. 

    "Terima kasih Intan, malu rasanya abah nak ambil duit kamu. Dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi. Tetapi akhirnya anak abah yang kerja kilang ini yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat air mata. Terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. 

    "Sudahlah abah, yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi menerima pemberian Intan," pujuk Intan. 

    "Pemberian kau ini terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan," ujar Pak Uwei. 

    Intan memeluk abahnya dengan erat. 

    "Hah! Itulah jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ini," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran. 

    "Mak ni," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. 

    MASA YANG DINANTIKAN SUDAH TIBA

    Dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. 

    "Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik ibunya memerhatikan Mak Pah yang sedang mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

    "Dah rasanya, ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?" soal Mak Pah.

    "Tak ada mak, mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna," kata Intan.

    "Hah! Awak dengar tu, kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu. 

    "Intan tak mahu mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu saja yang Intan mahukan, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk ibunya. 

    Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan, tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu. 

    PULANG KE MALAYSIA

    Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya.

    Pak Uwei terkenang akan mimpinya bertemu dengan Intan di Tanah Suci. Intan tak berkata sepatah pun, tetapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh. 

    "Kenapa resah saja ni bang?" Mak Pah terjaga.

    "Entahlah Pah, saya teringat sangat pada Intan dan anak-anak kita," 

    "Sabarlah, dah nak sampai ni," pujuk Mak Pah. 

    Sampai di lapangan terbang, dari jauh lagi Pak Uwei ternampak Muaz dan Azman sedang menunggu mereka. 

    "Mak, abah..!" Muaz meraih ibunya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju. 

    "Mana yang lain? Kamu berdua saja ke?" Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

    "Mereka sedang menunggu di rumah, abah," beritahu Azman sambil mencium tangan Pak Uwei.

    "Intan pun tak datang juga ke?" soal Pak Uwei hampa. 

    "Awak ni, kan Man dah kata mereka menunggu di rumah?" Mak Pah menggeleng kepala. Dua tiga hari ini asyik nama Intan saja yang disebut suaminya. 

    Perjalanan selama tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut terasa bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. 

    "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit memanggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ini, tentu dia geli hati," cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.

    Muaz mengerling Azman yang sedang memandu. 

    "Tentulah abah ingatkan Intan sebab Intan yang bagi duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. 

    "Tapi abah rasa macam ada yang tak kena saja, Az. Dalam mimpi itu, abah nampak Intan macam nak beritahu yang dia nak pergi jauh. tetapi dia tak bercakap pun, hanya merenung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?" soal Pak Uwei.

    "Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu ya abah. Tentu mak pun dah haus," ajak Azman. 

    "Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik rumah," tolak Pak Uwei.

    Azman dan Muaz berpandangan. Sebaik saja turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

    "Mak dan abah sihat?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibu bapa mertuanya. 

    "Sihat, cuma batuk sikit-sikit saja. Intan mana? Dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. 

    "Naik dulu Ngahnya," suruh Long Semah.

    "Intan mana?" tanya Pak Uwei mula hilang sabar bila tiada seorang pun yang memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baju yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. 

    Dadanya bergetar.

    "Az, mana Intan? Mana adik kau?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

    "Sabar abah," Muaz menggosok belakang bapanya. 

    "Kenapa Az, kenapa?" 

    Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan. 

    "Mak, Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu-sedan memeluk ibunya yang terduduk lemah. 

    Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga, dia meliaht anak menantu mengelilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepala isterinya. 

    "Sabarlah Ngah, inilah dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak meliaht kamu naik haji sudah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

    "Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang sudah tahu yang dia tidak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala silap dan berpesan supaya kita jangan bersedih di atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," 

    Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu. 

    "Bila dia meninggal? Siapa yang menghadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah.

    "Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya. Sebenarnya dia ajak kami balik ni, katanya nak kemaskan rumah sebab mak dan abah nak balik. 

    "Masa sampai tu, dia sihat lagi. Tiba-tiba malam Khamis itu selepas solat Isyak, dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Masa itulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal dunia pada waktu Subuh hari Jumaat, mak. Tiga hari yang lalu. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang," cerita Muaz. 

    Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya. Terkenang bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan. 

    "Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu saja yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.." 

    Semoga cerita ini memberikan iktibar dan pengajaran kepada kita. - Facebook | PIXEL MEDIA

    Waspada Jika Selalu Alami Situasi Ini.. Ustaz Dedah Tanda Ada ‘PENGHUNI TIDAK DIUNDANG’ Dalam Badan !!

    Posted: 15 Aug 2016 09:32 PM PDT

    Tanda Kiamat Kubra Ini Terjadi di Hong Kong

    Posted: 15 Aug 2016 06:36 PM PDT

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memaparkan tanda-tanda kiamat kubra dalam banyak haditsnya. Salah satu tanda kiamat yang pernah disebutkan Rasulullah, terjadi di Hong Kong, baru-baru ini.
    Rasulullah mensabdakan bahwa salah satu tanda kiamat kubra adalah maraknya perzinaan yang dilakukan terang-terangan. Secara spesifik, disebutkan bahwa perzinaan itu terjadi di jalan-jalan.

    إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ ، وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ ، وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ ، وَيَظْهَرَ الزِّنَا

    "Di antara tanda-tanda datangnya hari kiamat adalah: sedikitnya ilmu, tersebarnya kebodohan, dan merebaknya perzinaan" (HR. Bukhari dan Muslim)

    لا تقوم الساعة حتى يتهارجون فى الطرق تهارج الحمر

    "Tidak akan terjadi kiamat hingga ada orang-orang yang melakukan hubungan intim di jalan-jalan bagaikan keledai" (HR. Ibnu Abi Syaibah)

    وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لا تَفْنَى هَذِهِ الأُمَّةُ حَتَّى يَقُومَ الرَّجُلُ إِلَى الْمَرْأَةِ فَيَفْتَرِشَهَا فِي الطَّرِيقِ ، فَيَكُونَ خِيَارُهُمْ يَوْمَئِذٍ مَنْ يَقُولُ لَوْ وَارَيْتَهَا وَرَاءَ هَذَا الْحَائِطِ

    "Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, tidak akan hancur umat ini hingga kaum pria mendatangi kaum wanita, lalu menggaulinya di jalan. Orang yang paling baik di antara mereka saat itu mengatakan: 'Seandainya engkau menutupinya dengan melakukannya di belakang tembok ini'" (HR. Abu Ya'la Al Haitsami dan ia menshahihkannya)
    Perzinaan di jalan terjadi di Hong Kong, baru-baru ini. Diberitakan oleh Mirror dan dikutipRepublika, Sabtu (4/4/2015), sepasang mahasiswa berzina di pinggir jalan. Karena tempatnya terbuka, ada orang yang menyaksikan peristiwa itu dan merekamnya. Entah tahu atau tidak aksi mereka direkam, mahasiswa dan mahasiswi yang sebelumnya mabuk itu pun "tidak terganggu" hingga rekaman usai dan orang itu berlalu.
    Orang lain yang juga memergoki mereka adalah seorang polisi, saat perzinaan itu baru selesai. Keduanya sudah berpakaian saat polisi datang, namun si wanita tidak sadar cd-nya masih melorot.
    Setelah video bukti diperiksa polisi, pria itu pun ditangkap polisi. Sedangkan si wanita hingga kini masih dicari.
    Apa yang disabdakan Rasulullah bahwa salah satu tanda kiamat kubra adalah terjadinya perzinaan di jalan tidak pernah terjadi di zaman itu. Bahkan terbayangkan pun tidak. Namun kini, peristiwa itu benar-benar terjadi. Selain menjadi tanda bahwa kiamat sudah dekat, peristiwa seperti ini juga menjadi kebenaran hadits Nabi
    Credit: bersamadakwah.net

    Awak Berhentilah Berharap – Kisah ‘Angah’ Yang Terlalu Kecewa & Tak Mahu Kahwin Setelah…

    Posted: 15 Aug 2016 05:42 PM PDT

    Awak Berhentilah Berharap – Kisah 'Angah' Yang Terlalu Kecewa & Tak Mahu Kahwin Setelah…

    ohbulan angah
    Dilukai dan dikecewakan oleh orang yang kita sayang memang satu perkara sangat menyentuh hati. Apatah lagi setelah bermacam pengorbanan yang dilakukan, sanggup bersusah payah demi untuk bersama namun segala hasrat itu dinafikan.
    Mungkin kisah 'angah' ini boleh memberi pengajaran kepada kita semua untuk lebih menghargai insan yang menyayangi kita dengan sepenuh hati.

    10 tahun lepas pernah ditinggalkan

    Screen Shot 2016-08-15 at 1.08.53 PM

    Minta berhenti berharap, terima lamaran orang lain

    Screen Shot 2016-08-15 at 1.09.15 PM

    Dia bagi duit

    Screen Shot 2016-08-15 at 1.09.29 PM

    Kau lelaki terbaik 'Angah'

    Screen Shot 2016-08-15 at 1.09.41 PM
    Sumber : IIUM Confessions | ohbulan

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad