Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    "BMW 520i Ini, Hadiah Untuk Ayah" - Kata-Kata Yang Membuat Ayah TERKEDU..

    Posted: 15 Aug 2016 02:49 AM PDT



    Ketika aku menulis ini, ayah dan ibu sudah selamat berada di dalam perut kapal terbang Saudi Airlines, memulakan perjalanan 9,000 kilometer, perjalanan menuju ke kota Mekah al Mukarramah untuk menunaikan ibadah haji. Ibadah iltimatum yang berada di tangga terakhir dalam rukun agama.

    Tengah hari semalam, kami buat kenduri doa selamat di rumah ayah dan ibu. Syukur ramai tetamu yang datang bersama-sama mengucap selamat dan mendoakan kesejahteraan mystical journey yang bakal ayah dan ibu tempuhi di Haramain nanti. 

    Semalam, ketika tetamu dan saudara mara kian beransur pulang, dalam jam 3 petang, adik aku, brader farmasi mendapat panggilan daripada rakannya di Ipoh memberitahu bahawa dokumen yang ayah aku kena sign perihal gurantor syarikat yang adik aku itu tengah uruskan. 

    Masalahnya, dia tidak boleh turun ke Tanjong Malim kerana dia perlu pergi ke Pulau Pinang. Mahu tak mahu, sebelum pergi haji, ayah mesti juga menurunkan tandatangan dan perkara itu mesti berlaku di Ipoh petang iut juga. Jika tidak, hal urusan adik aku ini akan tertangguh lama sebab dokumen guarantor tidak lengkap. 

    Aku, brader farmasi dan adik aku seorang lagi, Taufiq Ahmad berbincang seketika dengan ayah dan ibu bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini. Di rumah masih ada saudara mara, sahabat handai semua. Sedang kipas khemah masih ligat berpusing dan lauk pauk pun masih berbaki menunggu baki tetamu yang mungkin tiba lewat, akhirnya ayah setuju juga untuk pergi ke Ipoh semata-mata satu tandatangan. 

    Begitulah ayah dan ibu aku, kalau ada hal yang melibatkan urusan anak-anak, hal-hal mereka yang lebih penting mereka sanggup ketepikan. Bayangkan tengah kenduri di Tanjong Malim, esoknya jam 8 pagi sudah perlu bertolak ke Kelana Jaya, jam 3 petang anak minta ikut pergi ke Ipoh pula. Maka ke Ipohlah kami pada masa itu juga. 

    Kebetulan pada masa itu, anak murid master yang datang, abang Masri, abang Lan dan abang Rahim masih berborak di bawah khemah dan mereka memang berniat nak stay sampai malam. Maka ayah ajak mereka temankan sekali ke Ipoh untuk selesaikan hal adhoc yang tiba-tiba muncul mendesak ini. 

    Ayah tidur sepanjang perjalanan, mungkin sebab penat dengan urusan kenduri dan melayan 1-2 tetamu hari ini. Sampai di Tol Ipoh, ayah pun terjaga dan kembali berborak.

    "Kita ke BMW, sign kat situ yah, tak jadi ke McD. Member dah ada di situ," terang adik aku, brader farmasi.

    Aku yang menjadi driver, keluar exit area Tasek dan terus drive ke Jalan Kuala Kangsa menghala balik ke pekan Ipoh. 

    "Apa hal tukar BMW pula ni? BMW belah kiri ni ke atau aku nak kena u-turn?" aku pula membalas.

    "Belah kiri ini saja, tu haa dah nampak signage. Ready signal masuk," katanya. 

    Aku belok ke kiri, masuk terus ke parking. Adik aku, Taufik (Opik) ajak ayah aku keluar lepak depan pintu masuk pejabat BMW sementara aku pula mengikut brader farmasi masuk ke dalam mencari rakannya bernama Davis. 

    Davis muncul dari satu ruang, kami bersalaman dan dia senyum sambil memberi aku sesuatu. Aku patah balik keluar dan memanggil Opik dan ayah masuk ke dalam.

    Opik dan Ayah berjalan mengikut aku sementara brader farmasi sudah hilang bersama Davis ke ruang belakang.

    Sampai di ruang belakang BMW showroom, aku keluarkan dari poket barang yang Davis beri tadi, kunci kereta. Aku hulur pada ayah. 

    "Nah ayah, test!" 

    Ayah aku terpingga-pingga. 

    "Eh? Kita nak cepat ni, bukannya ada masa nak test kereta. Mana dokumen nak sign tadi?" tanya ayah yang agak pressure. 

    Kunci kereta yang aku hulur tadi ayah masih pegang. Aku, brader farmasi dan Opik senyum.

    "Ayah cuba tengok nombor plat tu," kata Opik sambil menunjuk ke nombor plate kereta yang jarak 2 meter dari tempat kami semua berdiri.

    Ayah perhatikan nombor plat, sama macam nombor plate kereta dia sekarang.

    "Inilah kereta baru ayah. Hadiah sebelum pergi haji," celah brader farmasi.

    Suasana menjadi senyap sunyi. BMW 520i dengan warna carbon black cuma memerhatikan kami anak beranak sedang cuba memberitahu dan menyakinkan ayah yang sang kereta telah dibeli dan dihadiahkan oleh anak-anak kepada seorang ayah.

    Rancangan aku, brader farmasi dan Opik untuk trick bawa ayah ke Ipoh berjalan lancar. Yess!! 


    Ayah nampak sebak dalam tak percaya. Kami tiga beradik lagilah sebak. Ya, sepanjang hidup ayah aku, dia tidak pernah membeli kereta baru. Semua kereta yang dia pernah beli adalah kereta terpakai. Kereta-kereta ini pula sering bertukar ganti atas banyak sebab, tak habis bayar, sangkut bayar, sambung bayar, downgrade bayar dan ada juga yang aku ingat masa sekolah rendah, kereta ini kena tarik sebab sudah berbulan tak bayar.

    Pada ayah aku, jenis kereta apa tidak penting pada masa itu. Apa yang penting ialah keluarga cukup makan, pakai dan anak-anak punya duit nak belajar tak sangkut. Antara hal yang paling aku ingat masa kecil dulu, bila kami nampak kereta besar seperti Merc atau BMW, ayah aku akan cakap,

    "Nanti hangpa dah besar, kerja elok-elok. Ada duit boleh beli kereta macam itu, dapat bagi ayah dan ibu tumpang pun jadilah. Naik kereta macam tu best, rasa macam duduk dalam kapal terbang," katanya.

    Kami tiga beradik pun terhangguk-hangguk walaupun kami tahu ayah tak pernah pun naik BMW atau Merc yang selesa itu apatah lagi naik kapal terbang pun ayah tak pernah. 


    Sekarang kami sudah dewasa. Ya, pesan ayah aku, "nanti hangpa dah besar..."  itu roll back semula. Betul, sekarang kami dah kerja elok. Betul, sekarang kami beli BMW520i baru. Kereta yang sedap macam naik kapal terbang itu. Semua pesan ayah dulu kami ikut, kecuali satu saja yang kami tak ikut ialah kami tak beli kereta untuk ayah dan ibu tumpang tetapi kami beli kereta untuk ayah dan ibu supaya kami dapat tumpang macam masa kami kecil-kecil dulu.

    Terima kasih. Selamat menunaikan ibadah haji ayah dan ibu. Kereta ini jangan risau, kami tak bawa jauh-jauhlah. - Fdaus Ahmad | PIXEL MEDIA

    INILAH CARA MUDAH SECARA SEMULAJADI HILANGKAN KARAT GIGI !!

    Posted: 14 Aug 2016 10:32 PM PDT

    INILAH CARA MUDAH SECARA SEMULAJADI HILANGKAN KARAT GIGI !!

    karat-gigi
    Petua Menghilangkan Karat Gigi

    Petua Menghilangkan Karat Gigi 1

    Bersihkan biji asam jawa dan goreng tanpa minyak hingga garing. Kemudian tumbuk sehingga lumat. Campurkan sedikit air dan gaul rata.Sapukan pada gigi dengan jari atau berus gigi setiap hari. Lihatlah hasilnya selepas beberapa hari.

    Petua Menghilangkan Karat Gigi 2

    Ambil sedikit pasir laut dan gosokkan pada  gigi dengan jari atau berus gigi setiap hari. Lihatlah hasilnya selepas beberapa hari.

    "Kalaulah Saya Tahu Dia Suami Orang..." - Kata-Kata Wanita Ini Rasa Tertipu..

    Posted: 14 Aug 2016 09:46 PM PDT

    "Kalaulah Saya Tahu Dia Suami Orang..." - Kata-Kata Wanita Ini Rasa Tertipu..

    1 (51)

    Saya pernah berkahwin dan suami saya meninggal dunia akibat barah otak, dua tahun lalu. Sepanjang perkahwinan, kami tidak dikurniakan cahaya mata. Sekarang saya berusia 24 tahun dan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang merupakan suami orang.
     
    Pada awalnya, saya tidak tahu status sebenar lelaki ini. Kami berkenalan selama tiga bulan dan pada satu malam itu dia telah melamar saya. Saya pun setuju saja sebab dengan status saya sekarang ini pun, saya tak kisah sangat. Yang penting, dia menjaga saya dan sayang sayang sebaik mungkin.
     
    Dua minggu sebelum tarikh perkahwinan tiba, dia membuat pengakuan pada saya bahawa dia sebenarnya sudah berkahwin. Isterinya kerja sebagai jururawat di Kuala Lumpur, manakala dia menetap di Perlis. Dia membuat pengakuan itu kerana tidak mahu terus menipu saya sebelum kahwin.
     
    Hancur hati saya mengenang diri ini ditipu hidup-hidup selama ini. Kalaulah awal-awal lagi saya tahu dia suami orang, milik perempuan lain, saya tidak akan mengizinkan hati saya rapat dan mencintai dia. Patutlah dia beria-ria mahu membuat majlis perkahwinan kecil-kecilan sahaja.
     
    Sekarang, saya sedang menjauhkan diri daripada dia. Panggilan, SMS dari dia semua tak dijawab. Dia jadi seperti orang gila mencari saya, merayu memohon maaf dan masih mahu memujuk saya berkahwin dengannya. Tetapi saya tidak mampu, saya rela hidup bersendirian daripada mengambil suami orang. Biarlah hati saya hancur, asalkan saya tidak merosakkan kebahagiaan kaum sejenis.
     
    Saya bersyukur saya mendapat tahu perkara itu sebelum kami berkahwin. Dari situ saya dapat menilai siapa sebenarnya lelaki ini, ternyatalah dia bukan lelaki yang jujur. Untuk apa saya nak bersuamikan lelaki yang tidak jujur seperti ini?
     
    Kepada wanita di luar sana, walaupun awak rasa awak cuma mahu menumpang kasih, bukan suami orang tempatnya. Kalau awak isteri pertama kepada suami awak, barulah awak rasa betapa peritnya dimadukan.
     
    Arwah suami saya dulu selalu berpesan semasa dia terlantar sakit kritikal selama sebulan kerana kanser otak.
     
    "Kalau apa-apa terjadi pada abang, awak carilah seorang lelaki yang sayang awak seperti mana abang sayangkan awak. Yang jujur, setia dan menjaga hubungan dengan tuhan,"
     
    Pesanan arwah itu masih terngiang-ngiang fikiran sampai ke hari ini.
     
    Lelaki itu bukanlah lelaki yang setia dan jujur. Saya tidak akan menerima dia dan sudah hampir tiga bulan saya tidak mengendahkannya. Namun setiap minggu itu jugalah dia masih datang mencari saya di tempat kerja. Dan setiap kali itulah saya beritahu dia yang saya tak sayangkan dia. Biarlah dalam hati saya masih sayangkan dia, tetapi saya bukan perampas.
     
    InshaAllah saya dalam proses meminta pertukaran ke negeri lain. Semoga Tuhan mempermudahkan urusan saya dan hadirkanlah seorang lelaki yang lebih baik, sebaik arwah suami saya dulu. Mungkin ini dugaan Tuhan untuk saya, untuk mendapatkan kebahagiaan yang lebih besar suatu hari nanti. - KRT | PIXEL MEDIA

    Inilah 6 Perkara Penting Ini Sebelum Pilih Bank Terbaik Untuk Pembiayaan Rumah Yang MESTI Anda TAHU !!

    Posted: 14 Aug 2016 07:45 PM PDT

    Inilah 6 Perkara Penting Ini Sebelum Pilih Bank Terbaik Untuk Pembiayaan Rumah Yang MESTI Anda TAHU !!


    "Bank apa yang paling bagus untuk beli rumah? Saya nak yang beri interest paling rendah tau."

    Soalan hang tu, umum sangatlah dik oi! Lagi satu, orang pilih home financing bukan tengok bank profit/interest yang paling rendah saja, ada banyak lagi faktor lain yang anda perlu tahu.
     
    Mengikut pengalaman, saya akan menghantar lebih daripada dua permohonan kepada bank yang berbeza. Risau berharap pada satu bank sahaja. Kalau tak lepas bank A, ada back up pula daripada bank B, C, D dan seterusnya.

    Selain itu, tujuannya agar saya dapat memilih bank yang menawarkan pakej terbaik pembiayaan yang sesuai untuk rumah kita. Ada lagi faktor-faktor yang lain, tetapi dah dapat enam faktor ini pun sudah cukuplah.

    1. Tempoh Pembiayaan Maksimum

    Kalau muda-muda boleh dapat tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun, pilih yang maksimum agar bayaran bulanan menjadi rendah. Kadar sewa nanti, boleh cover bayaran balik bulanan dan dapat aliran tunai positif. Inilah salah satu sebab yang memotivasikan saya untuk membeli rumah banyak-banyak di kala usia masih remaja. Kalau umur dah 40 tahun, dapat 30 tahun saja pembiayaan. 70 - 40 = 30.

    2. Kadar Keuntungan Bank Terendah

    Lagi rendah keuntungan bank, lagi baguslah sebab bayar bulanan mesti lebih rendah. Ada bank yang menggunakan kiraan 'lebih mahal harga rumah, lebih rendah keuntungan bank'. Tetapi masih mengambil kira skoring dari banker. Kalau kita dikategorikan sebagai high risk applicant, besar kemungkinan kadar keuntungan bank itu akan tinggi juga.

    3. Tiada Lock In Period

    Biasanya pembiayaan Islamik memang tiada lock in period. Jadi, tiada halangan dari pihak bank untuk kita menjual semula rumah kita pada bila-bila masa. 

    Contohnya kalau kita ambil yang 5 tahun lock in period, jadi kita tak boleh jual rumah kita dalam tempoh masa tersebut melainkan kita rela membayar penalti kepada pihak bank. No lock ini period sesuai untuk flipper. Kalau nak duduk sendiri rumah itu, tak payah kisah sangatlah.

    4. Fleksibel

    Fleksibel yang paling best sebab bila-bila masa kita ada duit lebih, kita boleh buat bayaran lebih kepada pihak bank untuk memendekkan tempoh pembiayaan. Kalau jenis term, hanya boleh diselesaikan dengan full settlement sahaja. Kalau setiap bulan anda bayar lebih daripada jumlah sebenar sekali pun, ia hanya dikira sebagai advance payment. Selain itu, wujud juga yang jenis separa fleksibel.

    5. Margin Pembiayaan Maksimum

    Untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua, biasanya bank akan beri 90% margin of financing (MOF), lagi 10% perlu disediakan sendirilah. Tetapi masih bergantung kepada skoring tahap kewangan kita.

    Kalau kita high risk apllicant, mungkin hanya dapat 80% atau mungkin permohonan ditolak. Untuk pembiayaan rumah ketiga dan berikutnya bank akan bagi 70% MOF sahaja. Harap maklum. Pembeli rumah pertama boleh mencuba nasib untuk mendapatkan 100% MOF.

    6. Pembiayaan Islamik

    Tidak perlu dipertikaikan lagi, kita sebagai orang Islam mesti mengambil pembiayaan Islamiklah berbanding pinjaman konvensional sebab kita kan orang Islam. Sebaik mungkin, jika ada pilihan kita perlu pilih yang patuh syariah. Kalau bab makanan, kita boleh pilih yang halal, kenapa tidak masa nak beli rumah kan? Wajib tau, jangan mengelat!

    Sejujurnya memang sukar nak mendapatkan pakej yang menepati semua 6 point di atas. Kalau tak dapat semua, dapat menepati beberapa point pun jadilah. Sama seperti nak memilih pasangan, kalau boleh semua nak ciri-ciri yang top-top. Nak yang cantik, kaya, berpelajaran tinggi, banyak rumah, pandai masak, ada sifat keibuan.

    Tetapi akhirnya kita akan memilih yang paling setia juga sebab yang tidak setia itu tak kekal lama. Lagipun bila kita cermin diri sendiri, kita tidak layan pun mendapat ciri top-top itu sebab kita sendiri tak top sangat pun. Hahaha! - Harith Faisal | PIXEL MEDIA

    Solat Taubat? Pernah Buat? Jika Tak Pernah, Jom Baca Sedikit Panduan Mudah Ini..

    Posted: 14 Aug 2016 07:17 PM PDT

    Solat Taubat? Pernah Buat? Jika Tak Pernah, Jom Baca Sedikit Panduan Mudah Ini..

    13173889_10153526992042513_2296546599142887323_n
    13102816_10153526992147513_2896745025027923537_n
    13178985_10153526992342513_6317231191611803813_n
    13164346_10153526992482513_7658152614253546763_n
    13227038_10153526992567513_91101730977783586_n
    13151815_10153526992647513_2877769881958976377_n

    Solat Taubat? Pernah buat? Jika tak pernah, jom baca sedikit panduan mudah, moga kehadiran Ramadhan akan datang akan menjadikan kita lebih baik dari ramadhan sebelum ini.

    Asas utama Solat Taubat:

    1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.

    2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.

    3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

    (Sumber dan adaptasi dari tazkirah.net) / hafizhamidun.com

    Kenapa Hanya Sebut Nama Nabi Ibrahim Semasa Tahiyat Akhir Dan Bukan Nabi Lain? INI PENJELASANNYA...

    Posted: 14 Aug 2016 06:39 PM PDT

    Kenapa Hanya Sebut Nama Nabi Ibrahim Semasa Tahiyat Akhir Dan Bukan Nabi Lain? INI PENJELASANNYA...

    Seperti yang sedia maklum, Solat adalah berdasarkan apa yang diajar dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Berdasarkan sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam "Sollu Kama Roaitumuni Usolli" (Solatlah kamu seperti mana kamu melihat ku solat).

    Tapi ada timbul persoalan berkaitan bacaan dalam Tahiyat Akhir. Kenapa hanya sebut nama Nabi Ibrahim semasa Tahiyat Akhir dan bukannya nama nabi lain. Bacaan Tahiyat Akhir adalah seperti berikut.
     Tahiyat Akhir

    Kenapa Hanya Sebut Nama Nabi Ibrahim Semasa Tahiyat Akhir Dan Bukan Nabi Lain

    Berikut adalah jawapan Ustaz Azhar Idrus tentang soalan berikut. Bacaan Tahiyat Akhir ada menyebut nama Nabi Ibrahim as adalah kerana Nabi Ibrahim as adalah abul-anbiya' iaitu bapa segala nabi – nabi. Jelasnya Nabi Ibrahim as mempunyai 2 orang isteri iaitu Siti Hajar dan Siti Sarah. Siti Hajar adalah ibu kepada Nabi Ismail as manakala Siti Sarah adalah ibu kepada Nabi Ishak as. Nabi Ishak as adalah ayah kepada Nabi Ya'qub as. Nabi Ya'qub as pula adalah ayah kepada Nabi Yusuf as dan begitulah seterusnya.

    Jadi bacaan nama Nabi Ibrahim as adalah merangkumi semua nabi- nabi yang ada. Manakala sebutan nama Nabi Muhammad SAW adalah kerana Nabi Muhammad SAW adalah nabi kita dan merupakan penghulu dan pemimpin segala manusia iaitu daripada nabi Adam as sehingga ke hari kiamat.

    Wallahu a'lam



    Sumber: Nizarazu.com

    WAHAI SUAMI MESTI BACA NI !! Dengan Mencium Ini Dapat Melanjutkan Usia Anda ?!

    Posted: 14 Aug 2016 06:24 PM PDT

    WAHAI SUAMI MESTI BACA NI !! Dengan Mencium Ini Dapat Melanjutkan Usia Anda ?!


    Masih ramai sebenarnya yang tidak tahu mamfaat mencium seluar dalam isteri,dalam beberapa bahasan yang dilakukan oleh menemukan bahawa suami yang gemar mencium seluar dalam isterinya akan nampak lebih sehat ,kuat dan awet muda.

    Nampak agak menjijikkan namun faktanya seluar dalam isteri adalah salah satu pengobatan alternatif pengobatan wajah agar nampak lebih muda dan sihat selain dari pada mampu mengawal timbunya jerawat.perkara ini dilakukan pada pagi hari sebelum mencuci muka atau mandi.

    Ramai sebenarnya yang sudah melakukan perkara ini namun mereka malu mengakuinya disebabkan terlalu peribadi untuk dibacarakan kepada umum.
    Seorang pakar mengatakan sesiapa yang mencium seluar dalam pasangannya akan mengalami sensai yang meningkatkan ghairah s3k$.

    Hal ini berkait kepada kejiwaan(lumrah manusia) namun efek dari perbuatan ini mampu membuat seseorang mengalami peningkatan libido tidak seperti biasa.

    Maka dari itu dianjurkan kepada setip pasangan suami isteri yang ingin melakukan hubungan intim mencium seluar dalam isteri untuk meningkatkan gairah seks masing masing.

    Mencium seluar dalam isteri mampu mempercepat detak jantung, perkara itu berpunca daripada imajinasi perilaku yang menciumnya.

    Saat mengalami pasa ini detak jantung akan meningkat,sama seperti seseorang berlari 15 minit,beberapa pakar juga menyarankan kepada pasangan agar memakai seluar dalam pasangannya.

    Sumber

    "Tak Wajar Mereka Diberi Pencen RM3,000 Seumur Hidup" - Kata Pesara Tentera

    Posted: 14 Aug 2016 06:05 PM PDT

    "Tak Wajar Mereka Diberi Pencen RM3,000 Seumur Hidup" - Kata Pesara Tentera

     
    GURUN - Ganjaran kemenangan pingat Perak yang dimenangi oleh dua penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, dipertikaikan oleh seorang pesara tentera.
     
    Gambar salinan laporan polis yang dibuat oleh Rozzeli bin Pin tersebar di laman sosial sejak semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen.
     
    Dalam laporan polis itu, Rozzeli berkata, adalah tidak wajar memberikan ganjaran pencen RM3,000 seumur hidup kepada dua altet kebangsaan itu.
     
    "Saya mempertikaikan pemberian tersebut dan berasa tidak wajar kerana banyak lagi pejuang-pejuang negara dan bekas kakitangan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis yang berkhidmat dan berjasa tidak diberikan ganjaran sewajarnya," katanya.
     
    Laporan polis itu dibuat pada pagi Sabtu itu di Balai Polis  Gurun, Kuala Muda.
     
     
    Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong mendapat tempat kedua dalam acara platform berirama 10 meter wanita berjaya mendapat pingat perak di Olimpik Rio 2016. Mereka juga diberikan ganjaran sebanyak RM600,000 (berkongsi) serta pencen bulanan RM3,000 setiap seorang untuk seumur hidup yang bermula serta merta.
     
    Difahamkan, di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, atlet yang memenangi pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000. Bagi atlet yang menerima pingat perak pula akan mendapat RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000. Manakala pingat gangsa akan diberi ganjaran RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.  - PIXEL MEDIA

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad