Header Ads

Close
  • Semasa

    OHBUANA!

    OHBUANA!


    TRAGIS !! Remaja Maut, Kain Terbelit Di Rantai Motosikal

    Posted: 14 Aug 2016 08:08 AM PDT


    http://infoterbaiik.blogspot.com/2016/08/tragis-remaja-maut-kain-terbelit-di.html

    MACHANG - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas kerana kain kakaknya terbelit pada rantai motosikal, lapor Harian Metro

    Dalam kejadian di Kampung Labok pada jam 6:35 petang itu, Muhammad Amirullah Halim, 16, maut ditempat kejadian, manakala kakaknya, Norfatin Akila, 21, cedera di bahagian jari kanan, pipi, dahi dan kaki. 

    Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, ketika kejadian, adik beradik itu dalam perjalanan ke Banggol Judah dari Labok. 

    "Sebaik tiba di lokasi kejadian, kain kakaknya terbelit pada rantai dan sprocket belakang menyebabkan motosikal terbabas sebelum kedua-dua mangsa terjatuh," katanya. 

    Mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutn Jalan 1987. - PIXEL MEDIA

    KEJAM !! Apa Salahnya Sehingga Sanggup Buat Macam Ini ?!

    Posted: 14 Aug 2016 07:34 AM PDT



    Mana sikap manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir baik dan buruk. Cuba kalau orang buat dekat kau macam ini. Sakit tak agak-agak???

    TANPA perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila badannya ditetak berkali-kali dengan objek tajam sehingga menampakkan isi dagingnya.
    Tidak diketahui apakah punca sebenar, kucing yang bergelar Tam itu telah dijumpai oleh pemiliknya ketika dia hendak memberikan haiwan tersebut makanan.

    Pemiliknya yang terkejut dengan keadaan haiwan kesayangannya itu terus bergegas membawanya ke klinik veterinar berhampiran dan mujurlah doktor memberitahu bahawa kecederaan yang menimpa haiwan terbabit tidak mengakibatkan kepatahan tulang.



    Posting berkaitan kejadian kekejaman terhadap haiwan kesayangan Rasulluah ini telah membuat netizen di media sosial mengecam tindakan pelaku yang disifatkan keterlaluan.

    Meskipun haiwan tersebut ada melakukan sesuatu yang diluar dugaan kepada pelaku, sanggupkah anda menetak haiwan tersebut sehingga 'terburai' seperti ini?


    Adalah berdosa besar bagi sesiapa yang melakukan penganiayaan sesama makhluk tuhan.
    Menurut maklumat, Tam menerima puluhan jahitan dan dilaporkan semakin sihat yang kini berada dalam jagaan pemiliknya.- MYNEWSHUB.CC

    Inilah 6 Cara Mudah Cepatkan Bukaan Rahim Yang Dikongsi Oleh Seorang Nenek. Menarik BETUL Cara Ini... ((SEBARKAN))

    Posted: 14 Aug 2016 07:21 AM PDT

    Inilah 6 Cara Mudah Cepatkan Bukaan Rahim Yang Dikongsi Oleh Seorang Nenek. Menarik BETUL Cara Ini... ((SEBARKAN))

     

    Buat para ibu muda khasnya amalankan cara yang dikongsikan ini, InsyaAllah anda tidak akan merana kesakitan sangat.


    Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berhari­hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.

    1. Banyakkan berjalan
    Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
    .
    2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
    Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
    .
    3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
    Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
    .
    4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
    Yang ni part paling syahdu. Dekat­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih­lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
    .
    5. Baring mengiring sebelah kiri
    Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
    .
    6. Banyakkan bersujud
    Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.

    Inilah 2 Cara Mudah Dan Pantas Menghilangkan Ketumbit

    Posted: 14 Aug 2016 06:25 AM PDT

    Inilah 2 Cara Mudah Dan Pantas Menghilangkan Ketumbit

    Menghilangkan Ketumbit

    Ada ketumbit di mata memang sakit dan agak memalukan.

    Cubalah petua mudah di bawah ini untuk menghilangkan ketumbit.

    Petua Menghilangkan Ketumbit 1:
    Parut sebiji ubi kentang dan bungkus dalam sehelai kain yang nipis. Sapukan bunjut kain itu pada bahagian mata yang terkena ketumbit dalam keadaan berbaring.

    Petua Menghilangkan Ketumbit 2:
    Gesel 2 batang sudu besi sehingga panas. Sapukan bahagian sudu yang bergesel itu pada bahagian mata yang terkena ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

    Jika Ada 9 Tanda-Tanda Ini Pada Suami Anda, Ketahui Anda Memiliki Suami Yang Terbaik

    Posted: 14 Aug 2016 05:37 AM PDT

    Jika Ada 9 Tanda-Tanda Ini Pada Suami Anda, Ketahui Anda Memiliki Suami Yang Terbaik


    Tanda anda memiliki suami yang terbaik. Walau pun suami tak memiliki semua sikap ini tapi syukurlah jika dia ada sebahagian besar ciri ini. 

    Tak semua manusia sempurna bukan. Anggaplah anda wanita yang bertuah kerana telah memiliki lelaki terbaik untuk jadi pasangan hidup yang mungkin didambakan oleh para isteri lain.

    1. Dia Masih Cuba Memenangi Hati

    Walaupun sudah sah memiliki anda sebagai suri hidupnya tapi dia terus menambat hati anda. Dia suka memuji, memberi hadiah dan suka keluar berdua seperti waktu bercinta.

    2. Dia Meminta Nasihat Anda

    Meski punya kuasa veto tapi dia tetap meminta nasihat anda sebagai isteri dalam banyak perkara. Bukan sekadar mendengar tapi mempraktikkannya kerana menghargai isterinya.

    3. Dia Memuji Isteri Ketika Bersama Temannya


    Dia menghargai anda dan meluahkannya kepada mereka yang dekat dengannya.

    4. Dia Suka Pegang Tangan Isteri

    Sama ada ketika keluar makan, shopping dia senang memegang tangan si isteri. Ia adalah salah satu bahasa tubuhnya untuk memberitahu 'saya mengambil berat tentang awak'.

    5. Dia Tidak Menonton Cerita Lucah

    Intimasi hanyalah bersama isterinya bukan dengan orang lain atau menonton filem lucah.

    6. Dia Buat Kerja Kotor


    Suami tahu tanggungjawabnya di rumah, dia tak kisah membasuh tandas, mencebok anak atau membersihkan stor rumah.

    7. Dia Menikmati Masakan Isterinya

    Walaupun kurang sedap tapi suami tetap makan dan menghargai apa yang dihidangkan isteri.

    8. Dia Ketawa Mendengar Lawak Anda

    Dia tidak terlalu serius, anda boleh berbual dengan apa saja dengannya malah dia boleh ketawa terbahak-bahak mendengar cerita kelakar atau lawak anda.

    9. Dia Jaga Hubungan Dengan Tuhan

    Dia tahu kewajipan agama dan juga kewajipan sebagai ketua keluarga. Dia membimbing isteri dan anak dalam hal agama.

    Macam mana adakah ciri-ciri ini ada pada suami anda? Mesti ada kan, kalau tak semua tak mengapa. Bukankah kita dan suami ditakdirkan bersama untuk saling melengkapi kekurangan masing-masing.

    sumber

    MENYERAMKAN !! "Satu Malam Aku Memandu Ditemani 'Benda' Itu Di Highway Plus..."

    Posted: 14 Aug 2016 05:00 AM PDT

    MENYERAMKAN !! "Satu Malam Aku Memandu Ditemani 'Benda' Itu Di Highway Plus..."


    Aku nak cerita sikit pengalaman aku sendiri pada malam Ahad (8 Ogos 2016) di Highway Plus dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur. Maaf kalau cerita aku ini buat korang rasa tak selesa atau takut. Tetapi itulah, aku nak cerita juga sebab maklumlah pertama kali terkena hal seperti ini.

    Ceritanya, weekend semalam aku ada family trip 3 hari 2 malam ke Pulau Langkawi. Bertolak dari Puncak Alam pada Jumaat petang dengan dua buah kereta. Cerita yang aku nak beritahu ini sebenarnya ialah masa perjalanan balik dari Alor Setar sampailah ke Puncak Alam ini.

    Maghrib Ahad itu, bermulalah perjalanan kami sekeluarga dari Kuala Kedah ke Puncak Alam. Sudah tentu sekali kena lalu Highway Plus, kena lalu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan barulah sampai ke Selangor kan. Entah macam mana aku terlupa nak baca doa, even doa naik kenderaan pun aku terlupa nak baca! Excited punya pasal agaknya pada masa itu, excited nak upload gambar di Instagram juga agaknya. Jangan bash, memang salah aku.

    Masa awal perjalanan di Kedah dan Pulau Pinang, keadaan masih normal lagi. Pada masa ini, bukan aku yang memandu. Aku cuma penumpang sahaja. Bila sampai di Perak dan Rnr Sungai Perak, abang ipar aku dah rasa mengantuk gila. Jadi, kitorang pun exchange tugas. Abang ipar aku tidur sebab dah penat sangat. Abang aku pula memandu kereta abang ipar aku. JAdi aku kena pandu kereta abang aku. Dari sinilah kejadiannya bermula.

    Bermula dari RnR Sungai Perak lagi aku rasa tak yakin dan takut walaupun aku tak tahu apa benda yang aku takutkan itu. Aku memang ada masalah lemah semangat tetapi bukan bermaksud aku ini penakut. Selepas saja terowong di Ipoh itu, kemudian lalu Tol Jepang kalau tak silap dan sampailah ke Simpang Pulai, aku dah boleh kira aku dah termasuk dalam 'game' benda ini.

    Jam 1 pagi lebih, aku memandu perlahan di area Simpang Pulai ini dan terpandang satu menara pencawang elektrik voltan tinggi di sebelah kanan. Aku perhatikan ada satu benda putih seperti layang-layang tersangkut di atas pencawang itu. Curious punya pasal, aku pun tenunglah benda itu lama-lama untuk memastikan apa benda yang tersangkut itu sampailah kereta yang dipandu lalu di tepi pencawang itu.

    "Ahh! Sudah!!!" 


    'Benda' itu terjun turun dari pencawang, melompat dan terbang mengikut arah kereta aku. Masa itu aku dah tak boleh buat apa-apa, hanya mampu memecutkan kereta sambil baca surah-surah dalam hati sebab mulut aku memang terkunci pada masa itu, tergamam.

    Aku mula perasan yang 'benda' itu mengekori kereta aku semasa di Gopeng. Bila aku toleh ke kanan, 'benda' itu terbang di seberang jalan atas pokok-pokok. Aku cuba pandu selaju mungkin, 130kmj/140kmj tetapi 'benda' itu masih juga mengekori.

    Selepas itu aku beri hint tangan, suruh mak aku di sebelah tidur, nak sedapkan hati punya pasal sebab aku tak mahu mak ajak borak tetapi aku tak dapat nak layan sebab aku memang tak boleh nak bercakap langsung pada masa itu. Kakak dan adik di belakang memang sudah tertidur.

    Bayangkanlah dari Simpang Pulai di Ipoh sampailah ke RnR Tapah, aku dikejar 'benda' yang aku syak pontianak itu. Bila dah sampai RnR Tapah, aku rasa macam dah lega sikit sebab ramai orang tetapi masih tergamam. Namun aku dah boleh buka mulut baca apa-apa yang patut. Masa ini, aku masih belum berani keluar dari kereta. Aku rehat dan tidur di dalam kereta saja sambil menunggu kereta abang ipar. Sambil-sambil itu usha-usha atas pokok, ada lagi ke tidak 'benda' itu.

    Abang aku ada di kereta lagi satu, memang dah kena tinggal dengan aku masa ni. Diorang lambat sampai ke RnR Tapah sebab aku speeding gila-gila, takut punya pasal.

    Jam 2 pagi, aku tersedar dari tidur bila abang aku ketuk-ketuk pintu kereta, ajak gerak dari RnR Tapah itu. Aku tak sedar rupanya diorang parking dekat-dekat dengan aku juga.

    Kemuncaknya aku kena bila perjalanan selepas RNR Tapah inilah. Selepas saja RnR Tapah, aku memang dah memandu dengan laju gila di lorong kanan sebab masih tak sedap hati. Perasaan tergamam itu masih belum hilang lagi sejak insiden di Simpang Pulai.

    Sampai di Slim River di kawasan yang boleh nampak Hospital Slim River, aku perasan makhluk itu ada lagi sebab bila aku nak toleh ke kanan pandang hospital, benda itu terbang di seberang jalan."Ah sudah!

    Pontianak itu masih mengekori kereta aku!" 


    Mujur aku sudah mula tersedar pada masa itu, sepatutnya jangan dilayan untuk lari daripada 'benda' itu. Hati aku kuat kata jangan layan, jangan lari, duduk lorong tengah saja, memandu dengan relaks.

    Dugaan seterusnya lain pula, aku nampak jalan yang aku lalui all the way turun bukit curam. Yess! Walaupun tak ada bukit bukau di kawasan itu tetapi aku nampak dengan kepala mata aku sendiri yang jalan di Slim River ke Behrang itu turun bukit macam di Karak. Sah! Aku dah kena game dengan benda itu! Aku baca-baca surah dan zikir dengan lebih kuat tetapi tak boleh juga sebab mulut terkunci. Dah pasang radio ceramah-ceramah agama tetapi 'benda' itu masih mengekori.

    Sehinggalah tiba di area Behrang, aku sekali lagi diuji bila 'benda' itu menjelmakan diri di depan kereta aku secara mengejut! Mujur aku bawa perlahan di lorong tengah weh! Aku sempat mengelak ke kiri, nasib baik tak ada lori treler atau bas di sebelah kiri. Kurang ajar gila 'benda' yang aku syak pontianak itu dah cuba nak buat kereta aku terbabas. Semua orang dalam kereta terjaga sebab mereka ingatkan kami nyaris kemalangan.

    Bermula dari saat itulah mak, kakak dan adik aku berjaga. Mungkin mereka fikir yang aku mengantuk tetapi mereka tak tahu yang aku sebenarnya menahan diri dari menangis sejak dari Simpang Pulai lagi. Masa ini badan aku dah lemah gila sebab terkejut. Jadi aku pandu perlahan di lorong tengah sebab dah tergamam sangat. Rasa macam nak pengsan saja pada masa itu, sampailah kami berhenti di RnR Rawang. Aku minta abang pula yang pandu sebab aku dah memang tak boleh memandu.

    Dari RnR Rawang, 'benda' itu dah tak mengekori kami tetapi aku masih baca ayat kursi dan surah semua itu sampailah di depan pintu rumah. Even masa nak baring tidur pun aku baca sampailah aku terlelap sendiri.

    Jadi inilah pengalaman aku. Keesokkannya, barulah aku cerita pada keluarga aku dan mereka sebenarnya juga sudah perasan yang aku dikejar oleh 'benda' itu dan nampak aku lain macam.

    Pengajarannya di sini, kalau korang terkena situasi seperti ini semasa memandu, tolong jangan layan benda itu dengan memandu laju untuk lari dari 'benda' itu. Buat tak tahu sahaja. Yang penting jangan mengelabah seperti aku. Cuba bayangkan kalau masa di Behrang itu aku pandu laju 140kmj selepas itu aku elak benda itu, sudah pasti kereta aku terbalik dan berpusing-pusing. Nauzubillah. - FA | PIXEL MEDIA

    Dengan 9 Cara Mudah Ini Tekanan Darah Anda Turun Dengan PANTAS !!

    Posted: 14 Aug 2016 03:57 AM PDT

    Dengan 9 Cara Mudah Ini Tekanan Darah Anda Turun Dengan PANTAS !!



    Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.

    1. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

    2. Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

    3. Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

    4. Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

    5. Makan biji buah Peria.

    6. Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

    7. Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

    8. Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

    9. Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

    Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.

    Inilah 8 Cara Mudah Untuk Hilang Panas Badan Yang Patut Anda TAHU !!

    Posted: 14 Aug 2016 03:05 AM PDT

    Inilah 8 Cara Mudah Untuk Hilang Panas Badan Yang Patut Anda TAHU !!

    mengatasi-demam-anak

    Petua hilangkan panas badan

    Badan selalu berasa panas akibat suhu persekitaran yang tinggi atau makan makanan yang memanaskan badan? Badan sering berpeluh menimbulkan masalah bau tengit dan adakalanya sukar untuk tidur malam?

    Cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan.

    1) Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.

    2) Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.

    3) Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali

    4) Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari

    5) Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.

    6) Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari

    7) Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.

    8) Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.

    Boleh juga minum air cap badak bila badan panas.

    Selamat mencuba.

    Sumber: 101petua

    LUAR BIASA !! TERNYATA JUS BUAH INI 5X LEBIH EFEKTIF DARI PADA SIRUP UBAT BATUK !! INILAH CARA MERAWATNYA...

    Posted: 13 Aug 2016 06:15 PM PDT

    LUAR BIASA !! TERNYATA JUS BUAH INI 5X LEBIH EFEKTIF DARI PADA SIRUP UBAT BATUK !! INILAH CARA MERAWATNYA...

    Jus-nanas
    Sudahkah anda tahu lagi? Ada yang lebih berkesan merawat batuk 5 x lipat ubat batuk. juga hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi. Iaitu jus nenas!
    Nenas mempunyai enzim bromelain, sejenis kandungan yang mempunyai ciri-ciri anti-radang yang melawan jangkitan dan membasmi bakteria. Jus nenas adalah diiktiraf 500% lebih cekap dalam rayuan sirap batuk yang wujud semalam!

    Sebabnya ialah:

    Kaya dengan Vitamin C
    Hampir 1/2 jumlah vitamin c yang anda perlukan / hari dimasukkan ke dalam segelas jus nenas. Vitamin C membantu badan metabolisme enzim utama yang mengawal metabolisme dan kawalan kuasa tertentu.

    Sumber yang baik makanan
    Jus nenas ini juga merupakan punca mineral mangan yang hebat. Membantu penyerapan kalsium, mangan diperbesarkan menjadi badan anda membantu metabolisme karbohidrat dan lemak, dan oleh itu membuatnya lebih mudah bagi manfaat saraf sihat.

    Bromelain iaitu anti-radang potensi

    Bromelain obati keradangan dan membantu untuk meringankan keadaan seperti artritis.

    Lebih baik daripada ubat batuk

    Masa untuk bermesyuarat dengan batuk, cuba nenas secara semula jadi bukanlah ubat-ubatan batuk OTC. Di samping itu, jus adalah lebih murah dan mempunyai kandungan unsur-unsur yang toksik tidak. Nutrien yang akan membantu anda menghilangkan selesema.

    Berjuang mukus dengan jus nenas

    Jus nenas asli bersama, madu, garam dan lada sulah, masa yang diambil setiap hari boleh membantu dalam membubarkan mukus di dalam paru-paru. Jadi, bukan sahaja nenas jus akan membantu anda menenangkan kerengsaan batuk, tetapi akan membantu anda menyingkirkan mukus itu adalah menyakitkan hati.
    Menyediakan jus Nenas (jus nenas)

    Jus nenas yang beredar di pasaran hanya mungkin sahaja ada telah ditambah gula, sehingga pilihan terbaik adalah untuk menyediakan jus semulajadi yang tiada pemanis dan anda sendiri di rumah. Anda hanya perlu nenas dan jus.

    Ini adalah resipi jus nenas semulajadi untuk melawan batuk yang:

    1 cawan jus nenas segar
    Satu suku cawan jus lemon segar
    Sepotong kecil halia
    1 sudu besar madu
    ½ sudu teh lada cayenne haba

    Masukkan semua bahan-bahan di dalam jus dan minuman anda sudah bersedia! Anda akan mendapat menghilangkan kahak tersebut dan batuk dalam satu minit.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad